wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKOLOGI DAN EKOSISTEM (STPM SEM 3)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan foto di atas, apakah yang dimaksudkan dengan ekologi?

a)

Ekologi adalah satu cabang sains yang mengkaji hubungan manusia dan alam sekitar di mana manusia mengekploitasi sumber untuk kegiatan ekonomi.

b)

Ekologi adalah hubungan antara manusia dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang menjadi habitat sama ada dengan komunitinya atau dengan komuniti lain sekitarnya.

c)

Ekologi bermaksud satu cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup (organisma) dengan persekitarannya.

d)

Ekologi bermaksud satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain serta persekitarannya yang melibatkan komponen biotik dan abiotik.

2.

Apakah flora yang menjadikan hutan di atas sebagai habitatnya?

a)

Pokok rhu, pokok kelapa dan pokok mengkuang

b)

Pokok bakau kurap, pokok bakau minyak dan pokok nipah

c)

Pokok cengal, pokok meranti dan orkid

d)

Pokok akasia, pokok kaktus dan pokok kurma

3.

Berikut merupakan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal, kecuali?

a)

Sebagai menyederhanakan suhu. Hutan akan menjadi penghalang kepada cahaya matahari daripada memancar terus ke bumi dengan adanya lapisan kanopi. Oleh itu, suhu bahagian lantai hutan akan menjadi lebih sejuk.

b)

Sebagai kawasan tadahan. Hutan berperanan membantu air hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah dan seterusnya akan membentuk air bawah tanah di mana penting sebagai kawasan tadahan air.

c)

Sebagai habitat flora dan fauna. Hutan berperanan sebagai habitat bagi pelbagai spesis flora dan fauna. Di mana ia saling bergantung antara satu sama lain.

d)

Sebagai sumber makanan. Hutan berpotensi dijadikan sumber makanan serta buah-buahan. Buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan di dalam hutan boleh dijadikan sebagai makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem?

a)

Satu bentuk hubungan antara benda hidup dan benda bukan hidup yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

b)

Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain serta persekitarannya yang melibatkan komponen biotik dan abiotik.

c)

Komponen asas unsur biotik yang melibatkan komponen hidupan yang melibatkan pengeluar dan pengguna serta pengurai.

d)

Komponen hidup dan bukan hidup yang akan menjadi asas dalam pembentukan habitat.

5.

Ekosistem mempunyai 2 komponen utama iaitu __________ dan _________.

a)

makanan dan air

b)

pengeluar dan pengguna

c)

autotrof dan heterotrof

d)

biotik dan abiotik

6.

"Terdiri daripada benda hidup meliputi tumbuhan dan haiwan yang bernafas dan menjalankan aktiviti kelangsungan hidup dalam sesuatu ekosistem."


Penyataan di atas merujuk kepada?

a)

Komponen biosfera

b)

Komponen biologi

c)

Komponen biotik

d)

Komponen biodiversiti

7.

"terdiri daripada benda bukan hidup yang mudah didapati di persekitaran fizikal sesuatu ekosistem seperti tanah, air, udara dan cahaya matahari."


Penyataan di atas merujuk kepada?

a)

Komponen biosfera

b)

Komponen litosfera

c)

Komponen biotik

d)

Komponen abiotik

8.

"Merujuk kepada tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis organisma hidup untuk meneruskan kehidupannya dalam sesebuah ekosistem."


Penyataan di atas merujuk kepada?

a)

Komuniti

b)

Habitat

c)

Simbiosis

d)

Spesis

9.

"Merujuk flora dan fauna yang mempunyai ciri rupa bentuk dan kaedah pembiakan yang sama."


Penyataan di atas merujuk kepada?

a)

Spesis

b)

Komuniti

c)

Koloni

d)

Biosfera

10.

"Merujuk kepada sekumpulan organisma hidup daripada spesis yang sama dan hidup serta membiak di kawasan yang sama. Ia juga memiliki hubungan yang ringkas iaitu hubungan sesama spesis sahaja."


Penyataan di atas merujuk kepada?

a)

Populasi

b)

Komuniti

c)

koloni

d)

Spesis

11.

"Lebah merupakan organisma yang hidup dalam kumpulan dan saling bekerjasama untuk mencari makanan, membina kawasan perlindungan dan mempertahankan keselamatan demi kelangsungan hidup. "


Penyataan di atas menunjukkan lebah merupakan organisma yang hidup dalam___________?

a)

koloni

b)

komuniti

c)

populasi

d)

spesis

12.

Gambar berkenaan merujuk kepada?

a)

Organisma hidup yang tinggal secara berkumpulan dan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam mencari makanan, membina kawasan perlindungan dan mempertahankan keselamatan demi kelangsungan hidup.

b)

Pelbagai jenis populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling berinteraksi serta mempengaruhi antara satu sama lain. Ia juga memiliki hubungan yang kompleks iaitu hubungan antara spesis.

c)

Sekumpulan organisma hidup daripada spesis yang sama. Ia memiliki hubungan yang ringkas iaitu hubungan sesama spesis sahaja.

d)

Organisma yang memiliki ciri rupa bentuk dan kaedah pembiakan yang sama.

13.

Hutan Hujan Tropika mempunyai ___________ lapisan yang jelas.

a)

5

b)

3

c)

6

d)

4

14.

Tandakan BETUL bagi lapisan Hutan Hujan Tropika yang telah anda pelajari.

a)

Lapisan emergen @ renjung

b)

Lapisan kanopi

c)

Lapisan tengah

d)

Lantai hutan

e)

Lapisan atas

15.

Tandakan BETUL bagi ekosistem berskala makro.

a)

Ekosistem paya bakau

b)

Ekosistem daratan

c)

Ekosistem ladang

d)

Ekosistem lautan