wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa : Pepatah dan Bidalan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Sebenarnya Kim Lye Chee yang menyembunyikan beg Aleesya, tetapi Nana pula yang dimarahi oleh guru kelas. Inilah yang dikatakan ________________

a)

lain orang makan nangka, lain orang kena getah

b)

air tenang jangan disangka tiada buaya

c)

menahan jerat di pergentingan

d)

malu bertanya sesat jalan

2.

Jamal sering menjadikan Pak Jali sebagai pakar rujuk tentang selok-belok dunia perniagaan.

a)

menepuk air di dulang terpecik ke muka sendiri

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

d)

jauhari jua yang mengenal manikam

3.

Encik Jamal terlalu memanjakan anak-anaknya sejak kecil. Akhirnya, apabila dewasa mereka tidak mahu mendengar nasihatnya lagi.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

tanam lalang tak akan timbuh padi

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

ukur baju di badan sendiri

4.
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.
a)
belum duduk, sudah berlunjur
b)
bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
c)
bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
d)
biar lambat asalkan selamat
5.
Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia.
a)
biar lambat asalkan selamat
b)
biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
c)
biar mati anak, jangan mati adat
d)
biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
6.

Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup membiarkan anak menjadi korban.

a)

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat

b)

biar mati anak, jangan mati adat

c)

buang yang keruh, ambil yang jernih

d)

biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

7.
Selalu berhati-hati semasa berbelanja.
a)
biar lambat asalkan selamat
b)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
c)
daripada cempedak baiklah nangka
d)
cermat masa banyak, jimat masa sedikit
8.

Rahsia hendaklah disimpan dengan baik.

a)

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat

b)

buang yang keruh, ambil yang jernih

c)

cermat masa banyak, jimat masa sedikit

d)

biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

9.
Membuat sesuatu kerja mestilah cermat dan berhati-hati.
a)
Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
b)
biar lambat asalkan selamat
c)
cermat masa banytak, jimat masa sedikit
d)
daripada cempedak baiklah nangka
10.
Merupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.
a)
buang yang keruh, ambil yang jernih
b)
Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
c)
genggam bara api, biar sampai jadi arang
d)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis