Font size
WorksheetsT2 AKHIR TAHUN
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Antara yang berikut, pilih definisi yang betul bagi masalah inventif.
Masalah yang mempunyai kesan sampingan.
Masalah yang sukar untuk diselesaikan.
Masalah yang memerlukan banyak penambahbaikan.
Masalah yang wujud berkaitan sesuatu rekacipta.
Fasa penyelesaian masalah inventif terbahagi kepada...
tiga fasa
empat fasa
lima fasa
enam fasa
Analisis fungsi bertujuan untuk mengenal pasti...
sistem pada sesebuah produk.
konsep produk yang direka cipta.
hubung kait antara produk dengan reka bentuk.
peranan produk dan fungsinya.
Apakah lukisan yang menerangkan sistem fungsi komponen?
Lukisan fungsi produk
Lukisan model fungsi
Lukisan sistem komponen
Lukisan objek
parameter bagi percanggahan fizikal besar-kecil ialah...
saiz
ukuran
beban
ketinggian
Antara berikut, yang manakah contoh produk yang menggunakan cadangan prinsip inventif filem nipis dan cengkerang boleh lentur?
Antena radio
Sarung tangan ketuhar
Pelindung cahaya cermin kereta
Unit luar dan dalam pendingin hawa
Definisi yang tepat bagi teknologi pembuatan produk ialah...
pembuatan produk menggunakan teknologi moden
pembuatan produk yang berskala besar
perekaan dan pembuatan produk yang menggunakan teknologi terbaharu
menghasilkan produk menggunakan tangan atau mesin
Apakah alatan yang digunakan untuk menghasilkan model pada rajah?
Pencetak 3D
Pen 3D
Epoxy resin
Plaster of paris
Bahan kemasan yang sesuai untuk menyadur produk yang diperbuat daripada keluli ialah...
cat licau
perak
lekar
syelek
Apakah fungsi komponen mekanikal yang ditunjukkan?
Pengantara bagi penghantaran kuasa.
Memegang dan memegang mata gerudi.
Sebagai penghubung sesuatu komponen.
Memudahkan mengangkat beban yang berat.
Sistem mekanikal yang berkaitan dengan daya, beban dan fulkrum ialah...
bindu
takal
tuas
gear
Apakah aspek yang berlabel X ?
Kesesuaian bahan
Elemen dan prinsip
Saiz komponen
Kedudukan pemasangan
Yang berikut adalah elemen sistem elektrik kecuali...
peranti
kawalan
medium
beban
Pernyataan tersebut merujuk kepada elemen...
peranti
medium
beban
kawalan
Berdasarkan rajah, apakah nilai rintangan bagi litar tersebut?
0.2 Ω
5 Ω
1.8 Ω
3.6 Ω
Rajah berikut menunjukkan satu peranti. Apakah peranti tersebut?
Mikropemproses
Mikropengawal
Input digital
Random Access Memory
Antara berikut, yang manakah peranti input analog?
Pilih 2 lakaran dalam reka bentuk elektronik.
Lakaran gambar rajah litar
Lakaran asas elektronik
Lakaran litar skematik
Lakaran gambar rajah blok
Simbol berikut menunjukkan satu peranti yang terdapat pada binaan papan litar elektronik. Apakah fungsi peranti tersebut?
Membekalkan kuasa elektrik.
Mengehadkan arus elektrik
Menyambung dan memutuskan arus elektrik
menyimpan dan membuang cas elektrik
Sistem akuaponik terdiri daripada tiga unsur iaitu...
ikan, tanaman dan bakteria
air, media dan tangki
ammonia, nitrat dan oksigen
ikan, air dan tanaman
Model sistem akuaponik yang dinyatakan berikut ialah...
Raft
Ebb & Flow
NFT
Takungan
Apakah kelebihan reka bentuk sistem akuaponik model yang ditunjukkan berikut?
Tanaman tumbuh lebih cepat
Biji benih boleh disemai terus pada media tanaman
Air yang digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sedikit
Menggunakan media tanaman seperti hidroton
Reka bentuk makanan bermaksud...
sesuatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair
aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti.
pengetahuan tentang penghasilan idea melibatkan makanan yang kreatif dan inovatif
penghasilan makanan yang mempunyai nilai estetika, fungsi, keupayaan, pembuatan, dan kebolehpasaran
Pilih 3 alat yang digunakan untuk menghias reka bentuk makanan.
Apakah fungsi tipografi dalam pembungkusan makanan?
Merupakan nama yang diberikan kepada sesuatu produk atau perkhidmatan.
Mencipta satu jenama kepada sesuatu produk
Mewujudkan identiti sesuatu produk serta menyatakan sesuatu maksud
Berperanan untuk menggambarkan produk yang dibungkus
