wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ting 3 - Ulangkaji Bab 4-8

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, faktor persekitaran fikizal yang manakah mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

a)

Cuaca

b)

Tanah

c)

Bahan Mentah

d)

Saliran

2.

Antara beriku, yang manakah ciri kawasan bersaliran buruk?

a)

Kawasan yang tidak bertakung air

b)

Terdapat di kawasan bentuk muka bumi yang beralun

c)

Kawasan tanah rendah dan sentiasa bertakung air

d)

Terdapat di kawasan cerun bukit dan tanah pamah

3.

Dimanakah kawasan terdapatnya tanih terra rossa?

a)

Hutan Tundra

b)

Gurun panas

c)

Hutan hujan tropika

d)

Hutan Mediterranean

4.

Dimanakah taburan tumbuh-tumbuhan seperti pokok pain, birch, fir dan sprus boleh ditemui?

a)

Hutan Konifer

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Tundra

5.

Kawasan tanah pamah yang sentiasa ditenggelami air ditumbuhi oleh

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Paya Air Masin

d)

Hutan Paya Air Tawar

6.
  • Tongkat ali
  • kacip fatimah

Apakah kepentingan tumbuhan semula jadi di atas?

a)

Sumber hiasan

b)

Kawasan tadahan

c)

Sumber makanan

d)

Sumber ubat-ubatan

7.

Antara yang berikut yang manakah kegiatan ekonomi primer di Malaysia

a)

Pelancongan

b)

Pembuatan

c)

Pertanian

d)

Perdagangan

8.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kegiatan ekonomi tertier?

I Menangkap ikan

II Melanjutkan pelajaran

III Melancong ke luar negara

IV Mengeluarkan barang keperluan harian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan II

d)

III dan IV

9.

(Malaysia berpotensi membangunkan tenaga X sebagai tenaga alternatif kerana menerima hujan lebat hampir sepanjang tahun) Tenaga alternatif tersebut ialah

a)

Tenaga hidroelektrik

b)

Tenaga suria

c)

tenaga biomas

d)

tenaga geoterma

10.

Apakah langkah yang dapat mengurangkan kesan kehabisan sumber semulajadi?

a)

penggunaan sumber semulajadi secara besar-besaran

b)

Menaikkan harga sumber semulajadi

c)

Penerokaan sumber semula jadi dikawal dan dirancang

d)

Mencatu penggunaan semula jadi

11.

Pilih 3 ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi iklim Gurun Panas.

a)

Pokok jenis xerofit

b)

Tumbuh antara 20 hingga 30 meter

c)

Tumbuh jarang-jarang

d)

Mempunyai akar yang panjang

e)

Pokok berbentuk silinder

12.

Antara berikut, pilih 3 ciri-ciri hutan Monsun Tropika?

a)

Daun pokok yang banyak dan lebar

b)

Hujung daun berbentuk tirus

c)

Batang pokok berbentuk silinder

d)

Ketinggian pokok antara 20 hingga 30 meter

e)

Pokok kayu keras sederhana

13.

Hidupan liar dalam gambar di atas hidup di kawasan hutan..........

a)

Hutan Gurun

b)

Hutan Monsun Tropika

c)

Hutan Konifer

d)

Hutan Daun Luruh

14.

Manakah hidupan liar yang sesuai hidup di kawasan gurun panas

a)
b)
c)
d)
e)
15.

Rajah menunjukkan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia. Kawasan bertanda X adalah kawasan

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Daun Luruh Sederhana

16.

Bagaimanakah hidupan liar di hutan daun luruh sederhana menyesuaikan diri pada musim sejuk?

a)

Bergerak aktif

b)

Berhibernasi

c)

Aktif waktu malam sahaja

17.

Antara berikut, yang manakah merupakah ciri tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan berlorek bertanda X?

a)

Batang pokok berkulit tebal

b)

Hujung daun berbentuk tirus

c)

Akar pokok panjang ke dalam tanah

d)

Permukaan daun bersalut lilin

18.

"Kanopi pokok berbentuk kon dan batang pokok lurus tinggi." Pernyataan ini merujuk kepada ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan

a)

Hutan Konifer

b)

Hutan Monsun Tropika

c)

Gurun Panas

d)

Hutan Daun Luruh Sederhana

19.

Antara berikut, apakah kepentingan akar pokok bakau?

a)

Menyembuhkan masalah sakit perut

b)

Menahan tindakan ombak di pinggir laut

c)

Mengurangkan kelajuan titisan air hujan

d)

Bahan mentah untuk membuat kertas

20.

MENGAPAKAH TUMBUHAN DI HUTAN KONIFER BERBENTUK KON DAN BERDAUN TIRUS?

a)

MENGELAKKAN DARIPADA TUMBANG

b)

MEMUDAHKAN PEMBALAKAN

c)

MELINDUNGI DARIPADA FROS

d)

MENGELAKKAN SALJI TERKUMPUL DIATAS POKOK