wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 3

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Fatimah pandai membuat ________ tikar daripada daun mengkuang.

a)

ukiran

b)

anyaman

c)

binaan

d)

jahitan

2.

"________, cantiknya pemandangan di dalam gua ini!" kata Iwani dengan kagumnya.

a)

Eh

b)

Nah

c)

Oh

d)

Wah

3.

Soalan 2 berdasarkan gambar 1.


Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa itu.

a)

memanjat

b)

menaiki

c)

mendaki

d)

bergayut

4.

Soalan 12 berdasarkan gambar 4


Di kebunnya ditanam ________ bunga.

a)

daun-daun

b)

tangkai-tangkai

c)

batang-batang

d)

pokok-pokok

5.

Soalan 16 berdasarkan gambar 5

Ali ___________ ibunya pergi ke pasar.

a)

dan

b)

sebab

c)

jika

d)

tetapi

6.

Soalan 18 berdasarkan gambar 6


Awak mahu minum teh __________ milo?

a)

dan

b)

kerana

c)

sambil

d)

atau

7.

Cikgu Rahmah ialah guru besar. ____________ sangat tegas.

a)

Beliau

b)

Awak

c)

Dia

d)

Ia

8.

"________________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak makan!" keluh si Monyet.

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Cis

9.

Ayiem membelikan ibunya ______________ baju kurung semasa membeli-belah di Kuala Lumpur.

a)

sebuah

b)

seketul

c)

sepasang

d)

sebentuk

10.

Bangunan-bangunan di bandar raya itu ____________________ belaka.

a)

tinggi-tinggi

b)

dalam-dalam

c)

keras-keras

d)

pendek-pendek

11.

Ah Seng minum susu dalam _______________ .

a)

pasar

b)

cawan

c)

nanas

d)

katil

12.

Rasa ____________ itu masam.

a)

nanas

b)

kubis

c)

buluh

d)

mangga

13.

Mei Mei digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang rajin membaca buku bila ada masa terluang.

a)

buah tangan

b)

ulat buku

c)

mulut murai

d)

ringan tulang

14.

kata ganda membeli

a)

membeli - bela

b)

membeli - belah

15.

Sebagai ______ Malaysia, kita hendaklah menghormati undang-undang negara.

a)

pelancong

b)

murid

c)

rakyat

d)

pendatang

16.

Di tepi rumah saya terdapat se _____________ tiang lampu.

a)

bilah

b)

batang

c)

baris

d)

buah

17.
Kamu hendak pergi ke ...............?
a)
berapa
b)
mana
c)
siapa 
d)
kenapa
18.

Berikut ialah kata ganda kecuali

a)

mandi-manda

b)

gotong-royong

c)

membeli

d)

kekaki

19.
Ini gambar apa?
a)
bunga ros
b)
bunga orkid
c)
bunga raya
d)
bunga matahari
20.
Ini gambar apa?
a)
jalur merah
b)
jalur putih
c)
jalur biru
d)
jalur gemilang
21.
Ini _________ kereta.
a)
sebilah
b)
sehelai
c)
sebiji
d)
sebuah
22.

Pak Abu menternak dua ____________ lembu di kawasan rumahnya.

a)

biji

b)

buah

c)

ekor

23.
Pasukan bomba bertungkus-lumus _________________ api dalam kebakaran itu.
a)
padam
b)
pemadam
c)
dipadam
d)
memadamkan
24.

...................... itu menangkap ikan di tengah laut.

a)

Pesawah

b)

Nelayan

c)

Petani

d)

Pemancing

25.

...................... sudah lima tahun bertugas di Balai Polis Sentul.

a)

Inspektor Musra

b)

Doktor Mazlan

c)

Cikgu Maznah

d)

Profesor Muna