wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kaki Haikal sakit kerana dia ___________ berjalan di padang.

a)

langkah kanan

b)

kaki ayam

c)

kaki bangku

d)

langkah bendul

2.

Kucing itu _____________ semasa ditemui Fea.

a)

anak emas

b)

nyawa-nyawa ikan

c)

patah hati

3.

Dila _____ kerana dia tidak boleh tahan dengan cuaca panas.

a)

panas baran

b)

naik lemak

c)

naik tangan

d)

puteri lilin

4.

Zairul seorang yang bersikap _____ sudah diketahui oleh Cikgu Hannah.

a)

ada hati

b)

panjang tangan

c)

otak cair

d)

otak beku

5.

Walaupun Alisa anak orang kaya tetapi dia sentiasa _____.

a)

anak buah

b)

sakit hati

c)

hati batu

d)

rendah diri

6.

Dato' Nizar boleh memiliki rumah mewah itu kerana dia kaya bak kata pepatah _____.

a)

air besar sampan tak hanyut

b)

ada padi, semua kerja jadi

c)

bagai dakwat dengan kertas

7.

"Tidak sangka Laila sanggup memburukkan saya sedangkan saya amat percaya akan dia selama ini. Rupa-rupanya __________________________________,"kata Zarra.

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

b)

harapkan pegar, pegar makan padi.

c)

di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.

8.

Ayah selalu mengajar saya untuk berpegang pada janji kerana _____________________________________________________.

a)

bagai air titik ke batu

b)

bagai duri dalam daging

c)

seperti kacang lupakan kulit.

d)

jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.

9.

Malang sungguh nasib Fatiha kerana bekas suaminya dulu malas bekerja manakala suami baharunya pula kaki pukul. Bak kata pepatah _______________________________________________.

a)

rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan

b)

terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

c)

harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

10.

Wajah anak bongsu Pak Karim sangat cantik______________________.

a)

bagai bulan dipagar bintang

b)

sarang tebuan jangan dijolok.

c)

nasi sudah menjadi bubur

d)

takut akan bayang-bayang sendiri.

11.

Perangai dua beradik itu _____, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai anjing dengan kucing.

c)

hilang di mata, di hati jangan.

12.

Perkahwinan Syed dan Nina bertahan sahaja sebulan seperti _____.

a)

embun dihujung rumput.

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

13.

Saya berasa seperti ___________________________ kerana ayah dan ibu akan membawa saya ke Korea pada cuti sekolah nanti.

a)

tanam lalang tak akan tumbuh padi

b)

sudah terhantuk baru terngadah

c)

orang mengantuk disorongkan bantal

14.

Gadis itu lemah lembut orangnya, namun begitu dia mahir bersilat. Kata orang, _________________________.

a)

ada gula ada semut

b)

air dicincang tidak akan putus.

c)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

15.

Anak-anak perlu diasuh ketika usia mereka masih muda kerana setelah meningkat usia mereka sukar dibentuk lagi. Bak kata orang, ____________-.

a)

mencurahkan air ke daun keladi.

b)

membuang garam ke laut.

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

16.

Segala pertolongan yang telah diberikannya dahulu dibalas dengan sebuah pengkhianatan.

a)

belum duduk sudah berlunjur

b)

cacing hendak menjadi naga

c)

air susu dibalas dengan air tuba

17.

Tindakan Chandra membelakangkan abangnya yang banyak berjasa kepadanya tidak ubah seperti

a)

seperti air di dalam kolam

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

bagai kera mendapat bunga

18.

Walaupun mereka baru sahaja mengikuti sesi suai kenal, Wan Nee dan Janice lekas mesra.

a)

laksana kunyit kena kapur

b)

laksana wau melawan angin

c)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

19.

Meskipun sudah berjaya dan menjadi antara orang terkaya di Malaysia, beliau masih tidak melupakan kehidupannya dahulu yang ibarat ___________

a)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

b)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

c)

kalah jadi abu, menang jadi arang.

20.

Penjenayah itu sudah beberapa kali terlepas daripada ditangkap oleh pihak polis. Namun begitu, dia ditangkap juga akhirnya. Bak kata pepatah

a)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

b)

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

c)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam.