NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Halim sedang mengasah pisau yang sudah _______________ itu.
tumpul
kasar
pendek
kesat
Air sungai itu ______________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
kotor
bersih
hitam
Penyanyi yang mempunyai suara _____________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
nyaring
serak
garau
merdu
Dahi adik kelihatan _________________ kerana terhantuk.
bengkok
bengkak
botak
kemik
Mata Aminah _________________ kerana terkena air sabun.
pedas
lebam
pedih
panas
Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya _________________.
hamis
tengik
hancing
hapak
Hayati berasa _______________ untuk berpisah dengan rakan-rakannya.
geram
gembira
marah
pilu
Seluar itu tidak _______________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
muat
muak
masuk
mual
Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu ____________.
cepat
lambat
laju
tajam
Air kopi itu_______________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
manis
masam
masin
pahit
Asap ______________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
nipis
berkilat
tebal
berwarna
Keropok ikan yang dibeli oleh emak sungguh enak dan _____________.
lemau
rangup
hanyir
hangit
Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang ______________ itu.
jauh
cetek
dangkal
dalam
Keropok ubi kayu itu menjadi ______________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.
hangit
lemau
garing
tengik
Bau ______________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi.
hanyir
hapak
hancing
hamis
