Font size
WorksheetsLATIH TUBI PRINSIP PERAKAUNAN SPM KERTAS 1
Total questions: 40
Worksheet time: 57mins
Maklumat berikut merupakan ciri suatu entiti perniagaan.
> Liabiliti terhad
> Modal besar
> Sebarang keputusan perniagaan dibuat dalam Mesyuarat Agung
Antara yang berikut, entiti perniagaan yang manakah menepati ciri berkenaan?
I Koperasi
II Perkongsian
III Milikan tunggal
IV Syarikat berhad
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perniagaan perkongsian tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961.
Pernyataan manakah yang TIDAK terdapat dalam akta tersebut?
Faedah tidak dibayar atas modal pekongsi
Pekongsi tidak dibenarkan membuat ambilan
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pekongsi
Pekongsi yang menguruskan perniagaan tidak berhak menerima gaji
Urus niaga berikut berlaku dalam sebuah perniagaan.
Apaakah kesan urus niaga P dan Q terhadap Akaun Modal?
P bertambah, Q bertambah
P berkurang, Q berkurang
P bertambah, Q berkurang
P berkurang, Q bertambah
Maklumat berikut merupakan ciri suatu dokumen.
Apakah dokumen tersebut?
Slip bank
Nota debit
Keratan cek
Makluman kredit
Cara merekod dalam lejar yang manakah betul?
Kredit apabila hasil berkurang
Debit apabila liabiliti berkurang
Kredit apabila belanja bertambah
Debit apabila ekuiti pemilik bertambah
Akaun Kawalan Belum Terima berikut diperoleh daripada buku perniagaan Helmi Enterprise pd bulan Mac 2019.
Berapakah nilai Y pada 31 Mac 2019, jika terdapat sekeping cek bernilai RM270 yang diperoleh daripada Kedai Alim dipulangkan oleh pihak bank dengan tanda "Rujuk kepada penyuruh bayar" dan RM30 diskaun ditarik balik?
RM 3 400
RM 3 640
RM 3 670
RM 3 970
Maklumat berikut berkaitan dengan Kedai Perabot Syamin.
Catatan dalam Buku Tunai yang manakah betul?
Urus niaga berikut diambil daripada perniagaan milik Encik Ahmad.
Catatan pelarasan yang manakah betul dalam Jurnal Am?
Urus niaga berikut berlaku kepada Kedai Kasut Mussa pada 9 Mei 2019.
Pemilik menggunakan wang pinjaman peribadi yang diperoleh daripada Bank Saksama Berhad untuk membayar sewa kedainya.
Catatan bergu yang manakah betul?
DT Sewa, KT Tunai
DT Ambilan, KT Sewa
DT Sewa, KT Modal
DT Pinjaman, KT Sewa
Imbangan duga berikut diambil daripada buku perniagaan Kedai Runcit Norlela.
Apakah X?
Overdraf bank
Diskaun diberi
Angkutan keluar
Pulangan jualan
Maklumat berikut merupakan analisis kad inventori Even Trading.
Berapakah nilai inventori akhir?
RM 1 100
RM 1 450
RM 3 250
RM 4 250
Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Encik Amin seorang peruncit pada 31 Disember 2018.
Berapakah jumlah kerugian perniagaannya?
RM 100
RM 500
RM 900
RM 1 300
Format Akaun Perdagangan berbentuk "T" mempunyai beberapa ciri.
Pilih ciri yang betul.
I Kos jualan direkodkan di bahagian debit
II Belian direkodkan di bahagian kredit
III Untung kasar direkodkan di bahagian kredit
IV Kos barang untuk dijual direkodkan di bahagian debit
I dan III
II dan III
II dan IV
I dan IV
Urus niaga berikut berlaku pada perniagaan Salmah Enterprise.
2019
Mac 24 Belian barang niaga RM500 daripada Pembekal Aziq.
Apakah catatan bergu untuk urus niaga berkenaan?
Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Azmi.
Aset bukan semasa RM 10 000
Aset semasa RM 6 980
Liabiliti bukan semasa RM 6 000
Liabiliti semasa RM 580
Berapakah ekuiti pemilik Peniagaan Azmi?
RM 10 400
RM 11 560
RM 22 400
RM 23 560
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Dhuha yang tidak mengamalkan rekod yang lengkap.
Berapakah sewa yang diiktiraf dalam tahun kewangan tersebut?
RM 2 700
RM 3 600
RM 4 500
RM 5 400
Maklumat berikut menunjukkan pembelian mesin oleh sebuah firma sepanjang tahun 2018.
Berapakah susut nilai bagi tahun berakhir 31 Disember 2018?
RM 600
RM 840
RM 900
RM 920
Maklumat berikut diambil daripada sebuah perniagaan.
Inventori awal RM 16 876
Inventori akhir RM 19 564
Kos barang untuk dijual RM 82 000
Berapakah kadar pusing ganti inventori?
1.71 kali
1.79 kali
3.43 kali
3.57 kali
Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Kedai Ashikin.
Inventori awal RM 2 150
Inventori akhir RM 1 800
Aset semasa RM 12 000
Aset bukan semasa RM 30 000
Modal kerja RM 3 190
Berapakah nisbah ujian asid Kedai Ashikin?
0.37:1
0.67:1
1.12:1
1.16:1
Pada 31 Disember 2018. Ali Baba Enterprose telah membuat pelarasan pada tarikh imbangan. Insurans yang telah dibayar sebanyak RM 2400 setahun adalah sehingga 31 Mac 2019.
Catatan selepas pelarasan yang manakah betul?
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Kedai Buku Yusof.
Membeli perabot RM 2500 secara kredit daripada Kedai Perabot Lim tetapi urus niaga ini tidak dicatat dalam mana-mana buku.
Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?
Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Zaleha dan Aisyah Trading.
Berdasarkan analisis nisbah di atas, pilih pernyataan yang betul.
Perniagaan Zaleha lebih cekap menguruskan perniagaan berbanding Aisyah Trading
Pelabur luar lebih berminat untuk melabur dalam Perniagaan Zaleha berbanding Aisyah Trading
Aisyah Trading tidak mampu untuk membayar hutang jangka pendek berbanding Perniagaan Zaleha
Keupayaan Perniagaan Zaleha membayar hutang jangka pendek adalah lebih tinggi berbanding Aisyah Trading
Maklumat berikut diperoleh daripada beberapa perniagaan yang menghadapi kesukaran untuk mengira untung atau rugi bersih kerana kehilangan rekod perakaunan akibat banjir.
Pilih perniagaan yang mempunyai prestasi yang baik.
Perniagaan W:
Modal awal RM16 000
Modal akhir RM24 000
Modal tambahan RM3 000
Perniagaan X:
Modal awal RM15 000
Modal akhir RM20 000
Modal tambahan RM2 000
Perniagaan Y:
Modal awal RM12 000
Modal akhir RM10 000
Modal tambahan RM2 500
Perniagaan Z:
Modal awal RM13 000
Modal akhir RM15 000
Modal tambahan RM3 500
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Shahbandar yang tidak menyimpan rekod perniagaan dengan lengkap.
Berapakah untung atau rugi perniagaan?
Untung RM4 000
Untung RM6 400
Rugi RM4 000
Rugi RM6 400
Maklumat berikut adalah baki yang diambil daripada buku perniagaan Wadah Hakiki Enterprise pada akhir tempoh perakaunan.
Aset RM50 000
Liabiliti RM17 590
Berapakah modal awal perniagaan jika perniagaan mengalami kerugian sebanyak RM5 950?
RM23 540
RM26 460
RM32 410
RM38 360
Maklumat berikut ialah anggaran pembayaran Kedai Sinar.
Pada bulan September, Kedai Sinar membeli mesin berniali RM20 000 dan membayar 40% pendahuluan. Separuh daripada pendahuluan dibayar menggunakan wang simpanannya. Baki 60% dibayar secara ansuran sebanyak lima kali bermula pada bulan berikutnya.
Catatan yang manakah betul?
Mesin
September RM4 000
Oktober RM1 600
Mesin
September RM4 000
Oktober RM3 200
Mesin
September RM8 000
Oktober RM1 440
Mesin
September RM8 000
Oktober RM2 400
Maklumat yang manakah tidak diperlukan dalam Penyediaan Akaun Kawalan Belum Terima?
Hutang ragu
Hutang lapuk
Diskaun diberi
Pulangan masuk
Berikut adalah Penyata Penyesuaian Bank Kedai Zulaikha pada 31 Mac 2019.
Apakah X dan Y?
X: Baki kredit di Buku Tunai
Y: Baki kredit di Penyata Bank
X: Baki debit di Buku Tunai
Y: Baki kredit di Penyata Bank
X: Baki kredit di Penyata Bank
Y: Baki debit di Buku Tunai
X: Baki debit di Penyata Bank
Y: Baki debit di Buku Tunai
Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Nanu dan Lisa pada 31 Disember 2018.
Berapakah untung yang diterima oleh pekongsi Lia?
RM4 000
RM3 500
RM2 500
RM2 000
30. Butir manakah akan direkodkan dalam Penyata Pengasingan Untung Rugi?
Gaji
Ambilan
Faedah atas ambilan
Faedah atas pinjaman
Rajah 1 menunjukkan hubungan antara butiran akaun dengan Penyata Kewangan Perkongsian.
Apakah butir bagi S dan T?
S: Faedah atas modal
T: Gaji pekongsi
S: Faedah atas pinjaman pekongsi
T: Faedah atas modal
S: Gaji pekerja
T: Faedah atas pinjaman pekongsi
S: Gaji pekongsi
T: Gaji pekerja
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah-langkah merekod pembubaran perkongsian dalam Jurnal Am.
I Merekod pembayaran semua liabiliti perniagaan
II Merekod pembayaran balik modal kepada pekongsi
III Merekod penutupan semua akaun aset kecuali tunai dan bank
IV Merekod penerimaan tunai daripada penjualan aset serta membayar belanja realisasi
Pilih susunan yang betul.
I,II,III,IV
II,III,IV,I
III,IV,I,II
IV,I,II,III
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri Saham Keutamaan.
Manakah yang betul?
Dividen dibayar terlebih dahulu
Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung
Tidak berhak terima tunggakan dividen
Kadar dividen tidak tetap
Catatan Jurnal Am yang manakah betul apabila syer sebuah syarikat berhad diterbitkan?
Syarikat Sihat Berhad, pembekal produk kesihatan telah menerbitkan 200 000 unit 9% syer keutamaan pada harga RM2.00 sesyer dan 1 000 000 unit syer biasa pada harga RM1.00 sesyer. Semua syer telah dilanggan dan dibayar penuh.
Berapakah modal diterbitkan dan berbayar penuh?
RM0.324 juta
RM1,00 juta
RM1.036 juta
RM1.40 juta
Apakah sumber pendapatan utama bagi kelab dan persatuan?
Yuran masuk
Yuran keahlian
Yuran pendaftaran
Yuran pertandingan
Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan yuran kelab dan persatuan.
Yuran tahun perakaunan lepas dihapuskan dalam tahun perakaunan semasa.
Apakah komponen yuran tersebut?
Yuran lapuk
Yuran semasa
Yuran belum terima
Yuran belum terperoleh
Berikut adalah pernyataan tentang perbelanjaan hasil bagi sesebuah kelab dan persatuan.
Bayaran saguhati yang dibayar kepada ahli jawatankuasa kelab dan persatuan atas sumbangan yang telah diberikan.
Apakah perbelanjaan tersebut?
Gaji
Derma
Honorarium
Upah pekerja restoran
Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Kasut Best.
Berapakah kos pengeluaran?
RM 298 775
RM 300 275
RM 301 775
RM 340 775
Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Kek Kasturi yang membekalkan kek lapis di sekitar Lembah Klang.
Berapakah bilangan kek yang perlu dikeluarkan oleh kilang tersebut jika sasaran untungnya ialah RM3 000?
1 500 unit
2 250 unit
4 000 unit
4 500 unit
