NEW
Font size
WorksheetsSains Sukan
Total questions: 25
Worksheet time: 49mins
1. Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan?
Kajian terkini yang diaplikasi dalam sukan.
Prinsip sukan diaplikasikan dalam sains.
Aktiviti sains diaplikasikan dalam sukan.
Prinsip sains diaplikasikan dalam sukan
Pernyataan berikut, yang manakah bersesuaian untuk menggunakan sistem pertandingan kalah mati bagi pertandingan perseorangan badminton?
Jumlah peserta 30 orang, masa 3 hari, kewangan yang sedikit dan mempunyai peralatan dan kemudahan yang tidak mencukupi.
Jumlah peserta 10 orang, masa 2 minggu, kewangan yang mencukupi, peralatan dan kemudahan yang mencukupi.
Jumlah peserta 15 orang, masa 1 minggu, kewangan yang mencukupi dan mempunyai peralatan dan kemudahan yang mencukupi
Jumlah peserta 8 orang, masa 2 minggu, kewangan yang banyak, kemudahan peralatan dan kemudahan peralatan mencukupi.
Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan tugas AJK Perhubungan
I Menyediakan pegawai yang mengiringi setiap pasukan.
II Memberi taklimat kepada pembantu-pembantu teknikal.
III Memastikan setiap pasukan sampai di tempat pertandingan tepat pada waktunya.
IV Mengenal pasti dan menyusun senarai pegawai dan petugas.
I dan II
II dan III
I dan III
III dan IV
Rajah 1 menunjukkan salah satu sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia.
Apakah sistem tersebut?
Sistem Otot
Sistem Respiratori
Sistem Kardiovaskular
Sistem Endokrina
Antara yang berikut, manakah sistem-sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia ?
i Sistem Saraf
ii Sistem Metabolisme
iii Sistem Endokrina
iv Sistem Respiratori
I,II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II,III, dan IV
Apakah maksud sains sukan
Sains sukan merupakan satu kajian yang saintifik mengenai perkembangan dan perubahan fisiologi
Sains sukan ialah perkembangan dan pengetahuan aplikasi sains terhadap peningkatan prestasi atlet
Sains sukan ialah bidang ilmu yang mengaplikasikan prinsip sains dalam sukan untuk meningkatkan prestasi
Sains sukan merupakan satu kajian yang sainstifik yang melibatkan perkembangan pertumbuhan fisioterapi dan anatomi sahaja.
Disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya merujuk kepada bidang ilmu sains sukan
Pernyataan di atas merujuk kepada bidang ilmu Sains Sukan .......................
A. Anatomi
B. Fisiologi
C. Kawalan motor
D. Kecergasan Fizikal
Ilmu tentang keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan dalam menghadapi cabaran kerja fizikal harian
Pernyataan di atas merujuk kepada bidang ilmu Sains Sukan .......................
A. Anatomi
B. Fisiologi
C. Kawalan motor
D. Kecergasan Fizikal
Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan aktiviti Sukan Untuk Semua?
A. Squash Terbuka Malaysia 2018
B. Larian 100 meter Sukan Asia 2018
C. Kejohanan Bola sepak MSSM 2018
D. Sukaneka Komuniti Kampung Pisang
Pernyataan manakah yang menunjukkan etika dan patroitisme yang rendah dalam sukan?
A. Penonton menunjukkan emosi dan mempertikaikan keputusan pengadil
B. Penonton berasa terhibur menyaksikan pertandingan dijalankan dengan adil
C. Penonton menunjukkan sikap bertimbang rasa, saling memahami dan semangat kesukanan yang tulen
D. Penonton masuk ke padang meraikan kejayaan pasukan sebagai tanda sokongan sejurus tamat perlawanan
Berdasarkan gambarajah, namakan bahagian X
A. Jantung
B. Paru-paru
C. Usus kecil
D. Usus Besar
Apakah fungsi X?
A. Pusat metabolik sel
B. Melindungi dan menebat fiber
C. Membawa impuls sarang ke badan sel
D. Meningkatkan kadar transmisi impuls saraf
Latihan kecergasan fizikal yang progresif akan menyebabkan berlaku adaptasi terhadap struktur sistem kardiovaskular. Apakah adaptasi yang berlaku kepada jantung?
A. Pertambahan saiz jantung (hipertrofi jantung)
B. Kadar keluaran jantung menurun
C. Kaviti ventrikel kanan bertambah besar
D. Penebalan pada kedua-dua dinding ventrikel
Keterangan manakah yang merujuk kepada posisi Superior anatomi badan manusia
A. Bahagian yang terhampir dengan garisan tengah jasad
B. Bahagian atas tubuh atau bahagian yang menuju ke arah kepala
C. Bahagian bawah tubuh atau bahagian yang menuju ke arah kaki
D. Bahagian yang menjauhi garisan tengah jasad atau bahagian yang menuju ke sisi tubuh
Rajah menunjukkan aktiviti mengangkat dumbell semasa sesi latihan seorang atlet.
Apakah otot yang bertindak sebagai agonis?
A. Bisep
B. Trisep
C. Deltoid
D. Brakioradialis
Rajah menunjukkan aksi permulaan acara 100 meter.
Apakah jenis penguncupan otot yang berlaku pada kaki dan tangan atlet tersebut semasa fasa sedia?
A. Esentrik
B. Isometrik
C. Isokinetik
D. Konsentrik
Pilih penyataan yang menerangkan ciri-ciri otot sentak lambat (slow twitch).
i. Dikenali sebagai otot fiber merah
ii. Penguncupan otot berlaku dengan kadar perlahan
iii. Pembentukan ATP berlaku secara anaerobik
iv. Dikenali sebagai otot fiber putih
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
Maklumat menunjukkan data yang diperolehi bagi seorang atlet
Hitungkan kadar keluaran jantung atlet tersebut. [ Q = KDJ x IS]
A. 0.13 L.min¹
B. 0.86 L.min¹
C. 1.16 L.min¹
D. 4.20 L min¹
Rajah menunjukkan sistem peredaran darah.
Apakah fungsi G?
A. Mengalirkan darah yang kurang oksigen ke paru-paru dan kembali ke jantung
B. Mengalirkan darah kaya oksigen dan nutrient ke seluruh badan
C. Mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh paru-paru
D. Mengalirkan darah nyahoksigen ke seluruh badan
Antara acara sukan yang berikut, manakah yang lebih dominan menggunakan sistem tenaga anaerobik alaktik (ATP-PC)?
i. Memanah
ii. Merentas desa
iii. Renang 1500 meter
iv. Boling tenpin
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
Latihan pliometrik adalah untuk melatih pergerakan atlit supaya menjadi pantas dan eksplosif. Namakan kecekapan sistem tenaga bagi latihan pliometrik.
A. Sistem otot rangka
B. Sistem tenaga aerobik
C. Sistem latihan bebanan
D. Sistem tenaga anaerobik
Antara berikut yang manakah kelebihan sistem liga?
i. Pasukan pilihan diletakkan dalam kumpulan berbeza
ii. Tempoh masa yang panjang untuk dikendalikan
iii. Menggunakan banyak gelanggang
iv. Tiada penyingkiran pada pusingan awal
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
Rajah menunjukkan aksi dalam gimnastik. Namakan komponen kecergasan fizikal bagi rajah
A. Kuasa
B. Fleksibiliti
C. Imbangan
D. Kekuatan otot
Dato Lee Chong Wei ialah pemain badminton negara yang sentiasa tenang dan tidak mudah terganggu dengan tekanan dari penonton. Apakah dimensi kesejahteraan yang dimiliki beliau..
A. Emosi
B. Mental
C. Fizikal
D. Rohani
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pertukaran gas semasa respirasi luaran.
"Semasa atlet melakukan aktiviti kecergasan fizikal, berlaku pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di dalam paru-paru."
Nyatakan tempat berlakunya pertukaran gas tersebut
A. Trakea
B. Bronkiol
C. Alveolus
D. Bronkus
