wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains tahun 4 (unit 1-10)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, haiwan manakah yang melahirkan anak?

a)

cicak

b)

buaya

c)

rusa

d)

burung

2.

Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?

a)

mengelas

b)

melukis

c)

meramal

d)

memerhati

3.

Amirul dan Syafiq ditegur oleh guru kerana makan di dalam bilik sains. Mengapakah murid dilarang makan di dalam bilik sains?

a)

mengelakkan bilik sains kotor

b)

mengelakkan bilik sains berbau

c)

mengelakkan murid sakit perut

d)

mengelakkan eksperimen gagal

4.

Antara berikut, yang manakah tidak diperlukan semasa melakukan eksperimen?

a)

kot makmal

b)

sarung tangan

c)

kasut

d)

topi

5.

Antara berikut yang manakah benar mengenai perlakuan ketika manusia menarik nafas?

a)

dada naik dan mengembang

b)

peparu mengecut

c)

karbon dioksida dikeluarkan

d)

trakea mengempis

6.

Aktiviti apakah yang memerlukan kadar pernafasan yang tinggi?

a)

tidur

b)

memanah

c)

membaca

d)

berenang

7.

Antara berikut, yang manakah hasil perkumuhan bagi kulit?

a)

urea

b)

wap air

c)

peluh

d)

oksigen

8.

Apakah kesan terhadap perbuatan dalam situasi di atas?

a)

bertambah sihat

b)

berat badan akan menurun

c)

meningkatkan risiko obesiti

d)

mendapat penyakit kwashiorkor

9.

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai organ pernafasan sama seperti rusa?

a)
b)
c)
d)
10.

Rajah menunjukkan seekor belalang. Belalang tidak mati apabila bahagian mulutnya dimasukkan ke dalam air. Berikan inferens kamu?

a)

kerana belalang mempunyai insang

b)

kerana belalang mempunyai liang pernafasan di bahagian abdomen

c)

kerana belalang kalis air

d)

kerana belalang boleh berenang

11.

Rajah 1 menunjukkan satu situasi. Daun semalu didapati menguncup apabila disentuh. Apakah pemerhatian terhadap situai ini?

a)

Tumbuhan menjalani proses fotosintesis

b)

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan

c)

Tumbuhan mengikut arah tangan

d)

Tumbuhan menjauhi arah graviti

12.

Antara berikut, bahagian tumbuhan yang manakah tidak bergerak balas terhadap cahaya?

a)

pucuk

b)

akar

c)

daun

d)

batang

13.

Rajah menunjukkan salah satu sumber tenaga utama. Apakah bentuk tenaga yang dihasilkan oleh sumber dalam rajah di atas?

a)

tenaga cahaya dan tenagad bunyi

b)

tenaga haba dan tenaga keupayaan

c)

tenaga haba dan tenaga cahaya

d)

tenaga kimia dan tenaga bunyi

14.

Pernyataan berikut menerangkan tentang sejenis tenaga P.


Tenaga P boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan.


Antara berikut, yang manakah dikaitkan dengan tenaga P?

a)

nuklear

b)

ombak

c)

bateri

d)

arang batu

15.

Rajah 3 menunjukkan suatu alat komunikasi. Antara berikut, yang manakah menunjukkan perubahan tenaga bagi alat di atas?

a)

Tenaga kimia ---> Tenaga kinetik

b)

Tenaga cahaya ---> Tenaga keupayaan

c)

Tenaga kimia ---> Tenaga bunyi + Tenaga cahaya

d)

Tenaga suria ---> Tenaga kimia

16.

Apakah mesin ringkas yang terdapat dalam mesin kompleks di atas?

a)

roda, baji dan gear

b)

satah condong, tuas dan baji

c)

roda dan gandar, skru dan tuas

d)

roda dan gandar, tuas dan takal

17.

Rajah menunjukkan seorang angkasawan yang berada di bulan. Mengapakah angkasawan tersebut tidak dapat berjalan dengan betul ketika berada di bulan?

a)

tiada daya tarikan graviti

b)

daya tarikan graviti di bulan kurang daripada daya tarikan graviti di bumi

c)

daya tarikan graviti di bulan melebihi daripada daya tarikan graviti di bumi

d)

berat objek bertambah ketika berada di bulan

18.

Adik Amirah telah menumpahkan segelas air sirap di atas meja makan. Apakah objek yang paling sesuai digunakan untuk membersihkan meja makan tersebut?

a)

kain nilon

b)

mop

c)

kain kapas

d)

tisu muka

19.

Apakah sifat cahaya yang digunakan dalam pembentukan pelangi?

a)

cahaya boleh dipantulkan

b)

cahaya boleh dibiaskan

c)

cahaya boleh dipecahkan

d)

cahaya bergerak lurus

20.

Antara objek berikut, yang manakah diperbuat daripada sumber asas batuan?

a)
b)
c)
d)