Font size
WorksheetsBab 6: Tamadun Yunani dan Rom (1D)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap negara kota merupakan tanah suci yang dikurniakan oleh dewa.
Apakah kesan daripada anggapan tersebut?
Sistem pentadbiran sering berubah
Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran
Hubungan antara warganegara makin renggang
Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota
Di Athens, Dewan Perhimpunan merupakan bedan pentadbiran yang tertinggi.
Apakah syarat yang mesti dipenuhi untuk menjadi anggota Dewan Perhimpunan?
Lelaki
Ahli Majlis
Gagah berani
Warganegara Athens
Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenali sebagai Majlis 500.
Apakah peranan majlis?
Melantik ahli Dewan Perhimpunan
Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan
Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan
Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang. Apakah tanggungjawab badan tersebut?
Menggubal undang-undang
Menguruskan pentadbiran
Melaksanakan segala dasar negara
Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan
Di Sparta, anak lelaki diberi latihan tentera dari kecil.
Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?
Melatih rakyat mentaati pemerintah
Memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas
Menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain
Memastikan rakyat mampu mempertahankan negara.
Apakah nilai murni yang boleh dicontohi daripada masyarakat Sparta demi Malaysia yang cemerlang?
Berdisiplin
Bertoleransi
Hemah tinggi
Taat setia
Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27M - 180M).
Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?
Keamanan empayar
Pembentukan politik
Pertambahan penduduk
Penyebaran agama
Tamadun Rom dikenali dengan kepakaran dalam bidang seni bina.
Apakah binaan Tamadun Rom yang terkenal sehingga kini?
Colosseum
Pantheon
Zigurat
Acropolis
Gambar menunjukkan binaan yang terbesar di dunia iaitu Pantheon.
Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?
Pusat pentadbiran
Pusat perniagaan
Tempat persembahan seni
Tempat penyembahan dewa-dewi
Amfiteater yang dibina di seluruh empaya Rom berbentuk lingkaran dan mempunyai pelbagai saiz yang berbeza.
Apakah kegunaan amfiteater?
Pengairan
Pertahanan
Pertunjukan
Perdagangan
