wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ADAB TERHADAP ORANG SAKIT & KURANG UPAYA

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Adab terhadap orang kurang upaya terbahagi kepada....

a)

aspek ibadah

b)

aspek sosial

c)

aspek fizikal

d)

aspek emosi

2.

-memberi layanan penuh kasih sayang

-tidak mengejek dan menghina


Pernyataan di atas adalah adab terhadap orang kurang upaya dari aspek...

a)

fizikal

b)

rohani

c)

emosi

d)

jasmani

3.

Ruangan tempat duduk orang kurang upaya dalam kenderaan awam seperti bas dan komuter adalah salah satu adab dari aspek...

a)

rohani

b)

keselamatan

c)

ibadah

d)

fizikal

4.

Berikut adalah akibat tidak beradab terhadap orang sakit dan orang kurang upaya kecuali

a)

wujud sikap pentingkan diri sendiri

b)

pesakit akan menghadapi tekanan emosi

c)

keluarga pesakit akan dihina oleh masyarakat

d)

menjalin hubungan yang erat dengan pesakit

5.
Yang manakah merupakan hak bagi golongan kurang berupaya ?
a)
Hak untuk tidak menjalani kehidupan yang normal
b)
Hak untuk bebas bergerak
c)
Hak untuk tinggal bersama keluarga
d)
Hak untuk disisihkan daripada masyarakat
6.
Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan melindungi hak golongan kurang berupaya ?
a)
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain
b)
membolehkan mereka hidup berdikari
c)
 untuk memberi layanan yang adil
d)
supaya mereka berasa tersisih daripada masyarakat
7.

-Memberi semangat dan motivasi agar bersabar dan reda

-Tidak menggangu ketenteraman ketika berziarah

Pernyataan di atas merujuk kepada adab terhadap orang sakit dari segi ______

a)

fizikal

b)

emosi

c)

rohani

d)

ibadah

8.

Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang menghadapi ujian Allah


Pernyataan diatas termasuk dalam.....

a)

adab terhadap orang sakit

b)

ibrah menziarahi orang sakit

c)

tatacara menziarahi orang sakit

d)

hikmah beradab dengan orang sakit

9.

Antara berikut, yang manakah tidak termasuk adab menziarahi pesakit?

a)

Memilih waktu yang sesuai untuk melakukan ziarah

b)

Tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah.

c)

Menundukkan pandangan pada perkara-perkara yang diharamkan

d)

Banyakkan bercakap dan bertanya kepada pesakit

10.

Menziarahi pesakit merupakan hak seorang.......

a)

Muslim dengan jirannya

b)

Muslim dengan Muslim yang lain

c)

Muslim dengan sesama makhluk

d)

Muslim dengan sesama manusia

11.

Adab terhadap orang kurang upaya dari aspek ibadat, kecuali

a)

menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadat dengan selesa

b)

membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadat

c)

melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan pesakit

12.

Adab terhadap orang kurang upaya dari aspek emosi

a)

menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadat dengan selesa

b)

membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadat

c)

melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan pesakit

d)

memberikan layanan dengan penuh kasih sayang terhadap mereka

13.

Adab terhadap orang kurang upaya dari aspek fizikal

a)

menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadat dengan selesa

b)

membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadat

c)

memastikan kemudahan asas yang disediakan kepada mereka tidak disalahgunakan

d)

memberikan layanan dengan penuh kasih sayang terhadap mereka

14.

Pengertian orang kurang upaya ialah

a)

seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya.

b)

seseorang yang mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya.

c)

seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara keterlaluan dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir

d)

seseorang yang cenderung melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya.

15.

Apakah tindakan Rasulullah SAW apabila dikunjungi oleh seorang wanita yang kurang upaya akalnya ?

a)

Membiarkan wanita itu berlalu begitu saja

b)

Meluangkan masa baginda menyelesaikan urusan wanita itu

c)

Meminta sahabat menyelesaikan urusan wanita itu

16.

Berikut adalah beberapa hikmah beradab dengan orang kurang upaya ialah _____

a)

Supaya orang kurang upaya rasa dihargai

b)

Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal yang sempurna

c)

Dapat mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka

d)

Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat

17.

Hukum menjaga orang sakit dan orang kurang upaya?

a)

Wajib

b)

Fardu ain

c)

Fardu kifayah

d)

Sunat muakkad

18.

Berikut adalah adab menjaga orang sakit dari aspek ibadah.

a)

Membantu mereka yang ingin melakukan ibadah

b)

Memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar dan redha

c)

Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih

19.

Tandakan adab-adab terhadap orang sakit :

a)

Memberikan semangat dan motivasi

b)

Memastikan tempat dan tubuhnya sentiasa bersih

c)

Mengembirakan hati pesakit

d)

Mendoakan kesihatan mereka

20.

Tandakan semua HIKMAH beradab terhadap orang sakit;

a)

Mengembirakan hati pesakit

b)

Membantu mereka melakukan ibadah

c)

Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan

d)

Mengeratkan silaturrahim