NEW
Font size
Worksheetspenilaian akhir tahun
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Geoterma merupakan contoh tenaga alternatif yang terdapat di dunia. Negara yang membangunkan sumber tenaga geoterma adalah ________________.
Iceland
China
Perancis
Arab Saudi
Kala jengking merupakan hidupan liar yang terdapat di Gurun Panas. Kebanyakan hidupan liar di kawasan Gurun Panas adalah jenis ____________.
Xeforit
Nokturnal
Noktural
Xerofit
Penilaian Impak Alam Sekitar (Environment Impact Assessment) merujuk kepada kajian mengenai kesan alam sekitar akibat daripada _________________.
penyelidikan dan pembangunan
penyelidikan alam sekitar
projek pembangunan
ketidakseimbangan ekosistem
Pilih iklim yang sesuai bagi hidupan liar yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.
Steppe
Laurentia
Siberia
Gurun Panas
Tanih ____________ merupakan tanah hitam yang terdapat di kawasan padang rumput yang mengalami iklim Steppe.
permafrost
aridisols
latosol
chernozem
Apakah kepentingan kawasan tadahan air hujan terhadap alam sekitar?
I. Meningkatkan pendapatan negara
II. Menyederhanakan suhu
III. Membekalkan sumber air bersih
IV. Membekalkan bahan mentah untuk industri perabot.
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Sektor primer merupakan kegiatan ekonomi yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. Kegiatan ekonomi sektor primer adalah seperti…
I. pertanian
II. pembinaan
III. perindustrian
IV. perlombongan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Antara jenis tanih tersebut adalah seperti tanih laterit iaitu tanih yang sesuai untuk penanaman ____________________.
I. pokok getah
II. pokok kelapa sawit
III. pokok kelapa
IV. padi
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Kegiatan perindustrian di Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan sumber. Industri berasaskan sumber adalah seperti __________________.
I. pembuatan perabot
II. pembuatan alatan elektronik
III. pembuatan jentera
IV. pembuatan sarung tangan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Beruang Matahari (Beruang Madu) merupakan hidupan liar yang terdapat di Malaysia. Apakah cara pemakanan haiwan ini?
Onnivor
Omnivor
Karnivor
Herbivor
Tenaga _____________ merupakan tenaga alternatif yang dihasilkan daripada bahan buangan organisma hidup yang terdapat di dalam sesuatu ekosistem atau kawasan.
geoterma
biomas
fosil
empangan
Apakah yang dimaksudkan dengan ekopelancongan?
Pelancongan yang berfokus kepada sektor pertanian negara
Sektor pelancongan yang menumpukan kawasan bandar
Pelancongan yang berasaskan sumber alam semula jadi
Sektor pelancongan yang mementingkan sejarah binaan bangunan
Terdapat Hutan Pantai di Malaysia. Jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan Hutan Pantai adalah seperti __________________.
I. pokok tapak ru
II. pokok kelapa sawit
III. pokok tapak kuda
IV. pokok kelapa
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Kempen kesedaran merupakan salah satu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia. Berikut merupakan kempen kesedaran yang telah dilaksanakan iaitu ______________.
I. Kempen Save The Duck
II. Kempen Save The Day
III. Kempen We Hug Tapir 2018
IV. Kempen We Hug Tiger 2018
I & II
I & IV
II & III
III & IV
_______________ merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi, tumbuh-tumbuhan ubata dan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai. Tumbuh-tumbuhan di sini dijaga dan disimpan dengan baik bagi mengekalkan biodiversiti alam sekitar.
Taman Simpan
Taman Negara
Taman Negeri
Hutan Simpan
Tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput merujuk kepada tanih jenis ________________.
aluvium
laterit
gambut
berpasir
Tanah yang terbentuk dari batuan beku dan batuan sedimen yang mempunyai butiran kasar dan berkerikil merujuk kepada tanih jenis ______________.
berpasir
gambut
aluvium
berbatu
Sumber tidak boleh baharu ialah sumber semula jadi yang akan habis atau pupus dalam jangka waktu yang tertentu. Contoh sumber tidak boleh baharu adalah seperti…
I. petroleum
II. sungai
III. tanih aluvium
IV. bijih timah
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Bauksit merupakan sumber mineral logam. Bauksit digunakan sebagai bahan asas ______________.
kuprum
tembaga
besi
aluminium
Pilih kombinasi yang betul berkenaan pengaruh tanih terhadap kegiatan pertanian.
I. Tanih aluvium untuk penanaman teh
II. Tanih beris untuk penanaman kenaf
III. Tanih gambut untuk penanaman nanas
IV. Tanih laterit untuk penanaman gajus
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Cuaca yang sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira _________ di kawasan tanah tinggi seperti Kundasang (Sabah) dan Cameron Highlands (Pahang) amat sesuai bagi penanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
20oC
18oC
12oC
24oC
Graf ______________ digunakan untuk menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan serta sesuai digunakan untuk data dan maklumat seperti suhu dan hujan.
bar
gabungan
garisan
barisan
Berikut merupakan kawasan atau negara yang mengalami iklim Monsun Tropika, kecuali ________________.
Indonesia
India
Pakistan
Thailand
Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia mempunyai nilai perubatan. Berikut merupakan tumbuh-tumbuhan yang digunakan sebagai sumber perubatan, kecuali ____________.
Kasturi
Pegaga
Tongkat Ali
Senduduk
Baja organik hasil daripada penguraian tinja haiwan dapat membekalkan nutrien kepada tanah. Tinja merujuk kepada _____________ haiwan.
lemak
kulit
najis
organisma
Kawasan perlindungan bagi ekosistem marin, terutamanya terumbu karang, flora dan fauna dikenali sebagai _____________.
Taman Negara
Taman Negeri
Taman Pantai
Taman Laut
Gas asli merupakan sumber mineral bukan logam yang terdapat di Malaysia. Apakah kegunaan gas asli?
Industri kimpalan
Industri automotif
Industri perubatan
Industri pembinaan
Penerokaan sumber semula jadi berkaitan petroleum dan gas asli di Malaysia telah membangunkan bandar-bandar baharu seperti di ______________.
Endau-Rompin di Johor
Kerteh dan Paka di Terengganu
Shah Alam di Selangor
Klang di Selangor
Amalan 3R (reduce, reuse, recycle) merupakan amalan kitar semula di Malaysia. Contoh amalan “reuse” adalah seperti ___________.
Menggunakan tisu untuk membersihkan sisa masakan di dapur
Membeli makanan mengikut keperluan untuk mengelakkan pembaziran
Membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan
Menggunakan kedua-dua belah muka surat kertas semasa menulis
Berikut merupakan ciri-ciri carta pai, kecuali ________________.
saiz sudut
bentuk
tajuk
petunjuk
