WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU
Total questions: 30
Worksheet time: 19mins
1. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.
pada
dari
daripada
kepada
2. Masyarakat Asia telah lama menggunakan ____________ dalam masakan mereka.
sayur-mayur
pantang-larang
ulam-ulaman
rempah-ratus
3. Badrul memanjat pokok manggis itu sehingga ke puncaknya dan berasa ________ apabila terpandang ke bawah.
gagah
gayat
gusar
gerun
4. Nenek ______________ santan kelapa dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
menuras
mengayak
menapis
menyuling
5. Pihak polis berasa ___________ akan keterangan yang diberikan oleh pemuda itu.
khuatir
sangsi
gelisah
gementar
6. Kerja sekolah yang disuruh oleh Cikgu Syahrin __________ kami siapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
gagal
lepas
lulus
buka
7. Mulut budak lelaki itu ___________ apabila ditanyakan soalan yang dia tahu jawapannya.
tersipu-sipu
termangu-mangu
terkumat-kamit
tertanya-tanya
8. Perasaan baginda sultan __________ kerana permaisuri baginda dalam keaadaan gering.
pucat lesi
haru biru
muram durja
gundah gulana
9. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.
pantas
cepat
perlahan
laju
10. Beruang sarkas itu ______ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan pistol mainan.
tiba-tiba
cuba-cuba
ikut-ikut
pura-pura
11. Adik hanya akan makan ubat itu kalau ______ oleh ayah.
dipaksa
terpaksa
memaksa
paksaan
12. Pokok rambutan di belakang rumahnya tidak pernah ______.
buah
membuah
berbuah
terbuah
13. Kucing peliharaan itu sangat jinak. Perkataan antonim bagi jinak ialah
baik
ganas
liar
jahat
14. Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang. Perkataan sinonim bagi gerun ialah
mabuk
takut
bimbang
penat
15. Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
baris
patah
buah
rangkap
16. Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
ulas
butir
keping
potong
17. Pak Mael ternampak seekor harimau cuba untuk ____________ seekor kijang sewaktu berburu di dalam hutan itu.
menerkam
mencengkam
menggigit
membaham
18. ___________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas makan makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.
Sesetengah
Beberapa
Setiap
Sebilangan
19. Muhd Azzam menjadi ___________ apabila ditawarkan habuan ribuan ringgit oleh kontraktor yang hendak merasuahnya itu.
sakit mata
silap mata
gelap mata
mata duitan
20. Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah seribu
langkah kanan
langkah kiri
langkah bendul
21. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Berapakah jumlah jalur merah dan jalur putih yang terdapat pada bendera Malaysia?
Jalur merah dan putih terdapat pada bendera Malaysia.
Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih terdapat pada bendera Malaysia.
Jalur merah dan putih melambangkan 14 negeri di Malaysia.
Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang.
22. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Maaf Azizah, saya tidak bawa buku itu,” kata Ahmad.
Ahmad meminta maaf kerana membawa buku yang dimintanya.
Ahmad meminta Azizah membawa bukunya.
Ahmad meminta maaf daripada Azizah kerana tidak membawa buku yang dimintanya.
Azizah meminta Ahmad membawa bukunya.
23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.
Seramai 333 orang murid telah menyertai peraduan poster.
Bilakah peraduan poster akan diadakan?
Siapakah yang akan menyertai peraduan poster tersebut?
Berapa ramaikah murid yang telah menyertai peraduan poster?
Di manakah peraduan poster akan diadakan?
24. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
Humaira mengacau air kopi yang dibancuh sebelum meminumnya.
Bunyi bising jentera berat itu mengacau ketenteraman hidup penduduk.
Ayah tidak dapat tidur kerana fikirannya mengacau teringatkan kerja yang belum selesai.
Johari tidak mengacau masa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Soalan 25 -26 berdasarkan jawapan di atas.
25. Yoke Lan (a) sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
26. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia (a) .
Soalan 27 - 30 berdasarkan petikan di atas. Baca petikan dan fahami.
27. Di manakah perbualan ini berlangsung?
Sekolah
Rumah
Tepi jalan
Pejabat
28. Apakah penyakit yang dihidapi oleh nenek Navin?
Gastrik
Selsema
Sakit kepala
Angin ahmar
29. Pernyataan berikut terdapat dalam petikan, kecuali
Akupuntur ialah sejenis rawatan tradisional.
Bapa Chong Wei seorang tabib.
Nenek Navin menghidap penyakit angin ahmar
Chong Wei akan memberitahu datuknya selepas balik dari sekolah.
30. Berdasarkan petikan, apakah yang dimaksudkan dalam frasa membiayai rawatan sebegitu.
Merawat penyakit
Mencari punca penyakit
Cara menyembuhkan penyakit
Bayar kos perubatan
