Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 1 SBLM1013 A201

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

· Penterjemah mestilah memahami makna dan inti pati yang dihasilkan oleh pengarang asal dan boleh menjelaskan sebarang kekeliruan dalam teks asal.

· Penterjemah mestilah menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan sebaik-sebaiknya.

· Penterjemah mestilah mengelak terjemahan perkataan demi perkataan.


Penyataan di atas merupakan antara prinsip terjemahan yang dikemukakan oleh

a)

T. H. Savory

b)

John Dryden

c)

Etienne Dolet

d)

Eugene Nida

2.

Menganalisis tek sumber >>>> X >>>> Mencari penyamaan >>>> Menstruktur semula


Dalam rajah proses menterjemah di atas, langkah bertanda 'X' ialah

a)

Mengadaptasi teks

b)

Menyunting teks

c)

Peram teks

d)

Segmentasi teks

3.

Penggantian bahan teks dalam satu bahasa (bahasa sumber) dengan teks yang bersamaan dalam bahasa lain (bahasa sasaran).


Takrif terjemahan dalam petikan di atas diketengahkan oleh

a)

Eugene Nida dan Charles Taber

b)

Roman Jakobson

c)

Peter Newmark

d)

J. C. Catford

4.

· Mengutamakan kesan/reaksi serta sambutan khalayak pembaca teks sasaran.

· Menggunakan bahasa biasa, tidak terikat kepada pola-pola ayat asal.


Penyataan di atas merujuk kaedah terjemahan yang dikemukakan oleh Eugene A. Nida. Kaedah ini ialah kaedah

· Menitikberatkan kesepadanan.

a)

harfiah.

b)

literal.

c)

formal.

d)

dinamik.

5.

Menurut Peter Newmark, apabila penterjemah menterjemah ayat ' Amber and John has some ginger bread, cucumber gherkins and some eggnog at their grandmother's place' sebagai 'Aminah dan Johan menikmati kuih keria, acar limau dan air cincau di rumah nenek mereka', penterjemah menggunakan kaedah

a)

bebas.

b)

semantik.

c)

adaptasi.

d)

literal.

6.

Menurut Peter Newmark, apabila frasa 'Don't make a mountain out of a molehill' dipindahkan sebagai 'Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain' bentuk terjemahan yang berlaku ialah

a)

literal.

b)

harfiah.

c)

semantik.

d)

idiomatik.

7.

Dalam terjemahan, universal of translation merujuk

a)

Ketiadaan ciri-ciri situasi atau budaya yang sesuai dalam bahasa sasaran.

b)

Output yang yang diperoleh daripada terjemahan dan mempunyai fungsi dalam konteks sosio-budaya bahasa sasaran.

c)

Ciri-ciri yang lazimnya terdapat dalam teks terjemahan yang tidak ditemui dalam teks bukan terjemahan dengan teks terjemahan lazimnya lebih panjang daripada teks sumber.

d)

Perbezaan antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Khususnya dari aspek fonologi, kata, mahupun bahasa kiasan

8.

Apabila penterjemah menterjemah peribahasa ‘Don't play with fire’ sebagai ‘Meletekkan api di bumbungan' penterjemah sebenarnya mempertimbangkan aspek __________ dalam terjemahannya.


Don't play with fire

a)

kesepadanan

b)

literal

c)

universal of translation

d)

ketakbolehterjemahan

9.

Betty Botter bought some butter

But she said the butter’s bitter

If I put it in my batter, it will make my batter bitter

But a bit of better butter will make my batter better

So ‘twas better Betty Botter bought a bit of better butter.


Penterjemah yang berhadapan dengan isu perbezaan antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran semasa menterjemah ujaran di atas dikatakan mengalami masalah ___________________ dalam terjemahannya.

a)

ketakbolehterjemahan budaya

b)

ketakbolehterjemahan linguistik

c)

ketakbolehterjemahan komunikatif

d)

ketakbolehterjemahan emosi

10.

1. Penterjemah mestilah menyalin gagasan idea karya asli dengan selengkap-lemgkapnya.

2. Gaya dan bentuk terjemahan mestilah sama dengan karya asli.

3. Terjemahan mestilah tekal seperti teks asli.


Prinsip terjemahan ini diperkenalkan oleh

a)

John Dryden.

b)

Etienne Dolet.

c)

Alexander Tytler.

d)

Eugene Nida

11.

Penterjemah yang profesional lazimnya

I mengetahui dengan secukupnya bidang ilmu yang terangkum dalam kandungan teks sumber.

II mahir tentang penggunaan ejaan, tanda baca dan aspek mekanis.

III mengetahui konteks dan latar belakang pembiaya kerja-kerja terjemahan.

IV melakukan kerja-kerja terjemahan secara tekal.

a)

I dan II sahaja.

b)

I, II dan III sahaja.

c)

I, II dan IV sahaja.

d)

I, II, III dan IV.

12.

Penyataan berikut benar tentang kepentingan terjemahan, KECUALI

a)

menyuntik pembaharuan dalam sistem bahasa Melayu, khususnya dari aspek fonologi, pembentukan sistem tatabahasa dan penggunaan kosa kata baru.

b)

memperkenalkan bahasa baru, khususnya laras ketenteraan dan politik yang diwujudkan oleh akbar Melayu selepas perang dunia kedua.

c)

menyebarluaskan ilmu pengetahuan seperti yang dialami di Jepun dengan berlakunya ledakan terjemahan teks sains dan teknologi.

d)

memperkasa dan meningkatkan pemikiran sesuatu bangsa seperti yang berlaku dari abad ke-8 hingga abad ke-15 apabila bangsa Arab menterjemah ilmu daripada bahasa Yunani dengan giat.

13.

Teks sumber: An eye for an eye only ends up making the whole world blind.


Teks sasaran: Kezaliman yang dibalas dengan kezaliman tidak mengubah keadaan.


Menurut Eugene Nida, kaedah terjemahan di atas

a)

mengutamakan pengekalan bentuk teks asal.

b)

memberikan struktur yang janggal dan berbeza.

c)

mengutamakan kesan, reaksi atau sambutan khalayak pembaca teks sasaran.

d)

mengekalkan unsur bahasa seperti ritma, rentak, bunga bahasa serta nahu-nahu tertentu dalam bahasa sumber

14.

Apabila lukisan Van Gogh 'The Starry Night' digubah menjadi sajak 'The Starry Night' oleh Anne Sexton, proses terjemahan daripada lukisan kepada sajak dikenali sebagai terjemahan berbentuk

a)

interpersonal.

b)

intersemiotik.

c)

intralingual.

d)

interlingual.

15.

Dari tahun 1946 hinggan 1959, iaitu dari mula-mula majalah ini dihidupkan kembali selepas perang hinggga penghujung tahun 1959, sebanyak 67 daripada 155 keluaran memuatkan karya terjemahan.


Penyataan di atas merujuk sebuah majalah yang banyak menyumbang kepada perkembangan bidang terjemahan berbahasa Melayu. Majalah tersebut ialah

a)

Majalah Al-Hikmah

b)

Majalah Mastika

c)

Majalah Guru

d)

Majalah Dewan Bahasa

16.

· Ditemui di Batang Lontar di Pulau Jawa pada kurun ke-8

· Daftar kata ini berusia lebih 1000 tahun dan memuatkan daftar kata Sanskrit – Jawa Kuno.

· Dihasilkan kerana terdapat keperluan pada waktu itu untuk menterjemah buku Sanskrit ke dalam bahasa Jawa Kuno


Keterangan di atas merujuk

a)

Sukabumi.

b)

Candrakarana

c)

Hanacaraka.

d)

Tarumanegara

17.

· Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1886 di Johor.

· Ia memastikan bahawa usaha untuk memperbanyak dan meningkatkan mutu buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu digiatkan.

· Pertubuhan ini turut menterjemah buku daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, khususnya untuk hal pentadbiran dan kegunaan umum.

Antara tokoh bahasa yang dilahirkan menerusi pertubuhan ini, termasuklah Munsyi Sulaiman bin Muhammad Nur dan Datuk Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman.

Pertubuhan yang dihuraikan dalam petikan di atas merujuk

a)

Pejabat Karang Mengarang.

b)

Pertubuhan Rushdiyah Club.

c)

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku.

d)

Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa.

18.

Ilmu Kejadian atau Hikayat Ilmu Kejadian (1887), Kejadian Seluruh Anggota (1891), Urip Waras (1891), Ilmu Peladang (1892, Ilmu Dunia dan Hikayat Tanah-tanah Besar Melayu dan Pulau Perca.

Kesemua karya di atas diterjemahkan oleh

a)

Abdullah Munsyi.

b)

Sheikh al-Hadi.

c)

Za'ba.

d)

Syed Mahmud al-Hindi

19.

Pada kurun ke-14 dan kurun ke-15, X merupakan pusat perkembangan intelektualisme Melayu. Banyak hasil agama dan budaya dari Timur Tengah dan Mesir dipindahkan ke dalam bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat.


X dalam huraian di atas merujuk

a)

Palembang.

b)

Melaka.

c)

Acheh.

d)

Pasai

20.

Bahasa yang digunakan dalam produk terjemahan, sebagai contoh, sekiranya anda menterjemah daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu, bahasa yang anda hasilkan dalam terjemahan anda ialah bahasa Melayu.


Konsep yang dijelaskan dalam petikan di atas merujuk

a)

bahasa asal.

b)

bahasa sumber.

c)

bahasa sabir.

d)

bahasa sasaran.