Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ 3 : PERNIAGAAN TINGKATAN 4IS

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pengilangan dan pembuatan

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan

2.

Pernyataan objektif "Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun".

Nyatakan SMART yang ada dalam pernyataan objektif.

a)

Boleh diukur dan spesifik

b)

Munasabah dan jangkamasa

c)

Boleh diukur dan jangkamasa

d)

Munasabah dan boleh diukur

3.

Apakah maksud struktur organisasi?

a)

Struktur jawatan pihak atasan

b)

Struktur pengagihan tugasan pekerja

c)

Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi

d)

Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan

4.

Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.


A. Mendapat Borang D → membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama


B. Membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D


C. Mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D → membuat pembayaran


D. Mengisi Borang Carian Nama → mengisi Borang A → membuat pembayaran → mendapat Borang D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?


A. Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata

B. Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual

C. Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya

D. Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?


A. Kilang pakaian

B. Kedai kek dan biskut

C. Loji penapisan minyak

D. Pengeluaran ubat-ubatan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Nama perniagaan: Farmasi Murni

Bentuk pemilikan: Sendirian Berhad

Aktiviti perniagaan: Menjual pelbagai jenis ubat dan peralatan perubatan

Modal berbayar: RM250 000

Bilangan pekerja tetap: 25 orang

Jumlah jualan pada tahun 2017: RM550 000


Yang manakah benar tentang perniagaan di atas?

a)

Diklasifikasikan sebagai perniagaan bersaiz kecil

b)

Terlibat dalam sektor kedua

c)

Perniagaan menjual produk sahaja

d)

Tidak sah melalui undang-undang

8.

Dua buah syarikat yang bersama-sama membentuk sebuah perniagaan baharu untuk menambahkan pendapatan perniagaan masing-masing dikenali sebagai

a)

Francais

b)

Usahasama

c)

Syarikat sendirian berhad

d)

Syarikat awam berhad

9.

Antara kekurangan perniagaan bersaiz kecil ialah

a)

Sukar menyediakan latihan

b)

Risiko kerugian lebih besar

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sukar memajukan kerjaya

10.

Saiz sesebuah perniagaan bergantung kepada

a)

Jumlah untung dan bilangan pekerja tetap

b)

Jumlah untung dan bilangan aset

c)

Jumlah jualan dan bilangan aset

d)

Jumlah jualan dan bilangan pekerja tetap

11.

berikut adalah kelebihan francais kepada francaisor kecuali

a)

Dapat menikmati ekonomi bidangan

b)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

c)

Dapat berkongsi risiko bersama francaisi

d)

Jenama yang sudah terkenal

12.

Rakan kongsi yang menyumbangkan modal dalam perkongsian dan dibayar gaji setiap bulan ialah

a)

rakan kongsi biasa

b)

rakan kongsi nominal

c)

rakan kongsi lelap

d)

rakan kongsi aktif

13.

Manakah yang merujuk kepada persamaan visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotifkan untung (OBU) dan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Menyediakan produk yang berkualiti

c)

Menjual produk di bawah kos pengeluaran

d)

Meminimumkan kos pengendalian operasi

14.

Kegiatan manakah yang digolongkan dalam sektor tertier?

a)

Syarikat Prima Sdn Bhd menghasilkan pelbagai jenis dan model kenderaan

b)

Bank XYZ Bhd menyediakan perkhidmatan perbankan kepada para pengilang

c)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melaksanakan usaha cari gali minyak

d)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membekalkan tenaga elektrik ke seluruh negara

15.
  • Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo
  • Perlu membuat bayaran fi (royalti)


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Koperasi

d)

Syarikat Sendirian Berhad

16.

Manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?

a)

Kadar pengangguran meningkat

b)

Pendapatan boleh guna meningkat

c)

Merancakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Pengurangan penggunaan teknologi

17.

Akta manakah yang dapat melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan?

a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Kontrak 1950

c)

Akta Hak Cipta 1987

d)

Akta Persaingan 2010

18.

Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

I Ekonomi

II Sosiobudaya

III Sumber manusia

IV Kewangan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

19.

Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global.


Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?

a)

Membuat promosi melalui radio dan surat khabar

b)

Membina laman web untuk memperkenalkan barang

c)

Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

d)

Mengambil lebih ramai pekerja untuk memeasarkan barang

20.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.

Perniagaan Prihatin menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau di bawah kos. Ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.


Ciri-ciri tersebut menerangkan

a)

perkongsian

b)

milikan tunggal

c)

organisasi bukan bermotifkan untung

d)

organisasi bermotifkan keuntungan

21.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kos berubah ?

a)

sewa kilang

b)

upah pekerja

c)

insurans kilang

d)

kos pentadbiran

22.

Apakah maksud syer pasaran ?

a)

jumlah penduduk yang terdapat di sesebuah pasaran

b)

jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran

c)

peratus barang yang dikeluarkan di sesebuah perniagaan

d)

peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan

23.

Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder.

a)

Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi

b)

Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing

c)

Syahmi Sazli menternak udang galah

d)

Ahmad menjual insuran kemalangan

24.

Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan


Aktiviti di atas di golong sebagai aktiviti dalam sektor..

a)

Utama

b)

Kedua

c)

Keempat

d)

Ketiga

25.

Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?

a)

menguatkuasakan undang-undang

b)

menjaga keamanan negara

c)

memberi pinjaman perniagaan

d)

mengutip cukai