wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ FORMATIF PDPR SEJARAH TING 1

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun.


Apakah maksud syajaratun?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

2.

Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah.


Tokoh yang memberikan pengertian ini ialah

a)

Herodotus

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

E.H. Carr

3.

Apakah maksud dekad?

a)

1 tahun

b)

10 tahun

c)

100 tahun

d)

1000 tahun

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber primer?

a)

jurnal

b)

Ensiklopedia

c)

Fosil

d)

Majalah

5.

Jika anda ingin membuat satu kajian tentang asal usul nama sebuah kampung, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan?

a)

Lisan

b)

Bertulis

c)

Arkeologi

d)

Kajian saintifik

6.

Mengapakah tafsiran terhadap peristiwa sejarah antara sejarawan berbeza-beza?

a)

Gagal mentafsir

b)

Kurang pengalaman

c)

Perbezaan ideologi

d)

Persamaan pandangan

7.

Apakah bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, fosil dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk hidupan purbakala?

a)

Arkeologi

b)

Geologi

c)

Astrologi

d)

Paleontologi

8.

~ Berlaku antara 23 juta - 5 juta tahun dahulu

~ Mamalia telah wujud di bumi

~ Suhu dunia panas dan kering


Zaman apakah yang dimaksudkan?

a)

Zaman Pliosen

b)

Zaman Miosen

c)

Zaman Pleistosen

d)

Zaman Holosen

9.

Rajah berikut menunjukkan garis masa Zaman Air Batu. Apakah X?

a)

Mioesen

b)

Pliosen

c)

Mesolitik

d)

Purba

10.

Apakah kesan peningkatan suhu bumi pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Berlaku tsunami

b)

Pembentukan gunung berapi

c)

Pencairan air batu

d)

Kemarau panjang di Kutub Selatan

11.

Kecairan air batu menyebabkan kawasan tanah rendah ditenggelami air dan membentuk

a)

Tasik

b)

Benua

c)

Sungai

d)

Lautan

12.

Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu terhadap Asia Tenggara?

a)

Tenggelamnya Pentas Sunda

b)

Paras air laut menjadi rendah

c)

Suhu bumi menurun

d)

Pembentukan Pentas Sunda

13.

Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal ............

a)

agama

b)

tulisan

c)

budaya

d)

sistem pemerintahan

14.

Gambar menunjukkan Stonehenge di Britain yang dibina antara 3700 hingga 1600 SM. Apakah DUA perkara yang boleh dikaitkan dengan binaan tersebut?

a)

Kawasan perkuburan

b)

Kawasan perumahan

c)

Tempat mengkaji bintang

d)

Tempat mengadakan upacara ritual

15.

Gambar menunjukkan lukisan yang terdapat di Gua Chauvet, Perancis. Apakah yang dapat dibuktikan oleh masyarakat Zaman Prasejarah dengan lukisan pada dinding gua tersebut?

a)

Mengamalkan upacara ritual

b)

Mempunyai kemahiran melukis

c)

Menjalankan aktiviti memburu binatang

d)

Melaksanakan urusan perniagaan

16.

Pada Zaman Paleolitik, manusia menggunakan peralatan yang diperbuat daripada ........ (pilih DUA jawapan)

a)

batu

b)

besi

c)

tembaga

d)

tulang binatang

17.

Mengapakah mayat dikebumikan bersama-sama dengan pelbagai peralatan?

a)

Kepercayaan kehidupan selepas mati

b)

Kehendak masyarakat

c)

Permintaan si mati

d)

Tanda perpisahan

18.

Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit. Amalan ini berkaitan dengan

a)

kesenian

b)

perburuan

c)

pertanian

d)

kepercayaan dan ritual

19.

Apakah DUA aspek yang boleh dikaitkan dengan HADARI?

a)

Seni bina

b)

Kepercayaan

c)

Tahap kemajuan

d)

Rumah yang didiami masyarakat

20.

Apakah pendapat Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang konsep tamadun?

a)

Tatasusila dan kebudayaan yang luhur

b)

Kesenian dan teknologi yang maju

c)

Pembangunan lahiriah

d)

Pencapaian rohaniah

21.

Antara berikut, yang manakah DUA ciri utama kemunculan tamadun?

a)

Pengkhususan pekerjaan

b)

Pembentukan bandar

c)

Pembinaan empayar

d)

Pertahanan yang kukuh

22.

Siapakah DUA golongan yang membantu raja dalam pemerintahan negara kota?

a)
b)
c)
d)
23.

Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal dunia?

a)

Kestabilan politik

b)

Perkembangan pendidikan

c)

Kebijaksanaan pemerintah

d)

Peningkatan jumlah penduduk

24.

Apakah hasil kesenian masyarakat tamadun awal?

a)

Pengenalan sistem tulisan

b)

Susun atur bangunan yang tersusun

c)

Ukiran pada gelas

d)

Wujud pengkhususan pekerjaan

25.

DUA ciri negara-kota Ur ialah

a)

Terdapat pelabuhan

b)

Berperanan sebagai pusat perdagangan

c)

Sistem pembentungan sistematik

d)

Pembinaan kolam mandi besar

26.

Pilih yang TIDAK BENAR mengenai Sungai Nil.

a)

Membekalkan sumber makanan

b)

Menjadi sumber pengangkutan dan perhubungan

c)

Membawa lumpur hitam yang subur

d)

Membawa lumpur kuning yang subur

27.

Manakah antara berikut BUKAN faktor kejatuhan Tamadun Indus?

a)

Gempa bumi

b)

Banjir

c)

Gunung berapi

d)

Serangan orang Aryan

28.

Apakah fungsi bandar Anyang pada zaman Dinasti Shang?

a)

Pelabuhan

b)

Pusat kerajaan

c)

Tempat ibadat

d)

Kubu pertahanan

29.

Salah satu sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek binaan bangunan dan kemudahan ialah

a)

Piramid

b)

Kolam mandi besar

c)

Sfinks

d)

Taman Tergantung Babylon

30.

Tamadun Indus bermula di Lembah Indus sejak tahun 2500 SM. Apakah sumbangan Tamadun Indus kepada peradaban dunia?

a)

Pembinaan bandar terancang

b)

Ciptaan sauh, roda dan bajak

c)

Pembinaan piramid

d)

Penciptaan kertas daripada papirus

31.

Di tengah-tengah polis dalam Tamadun Yunani terdapat ............... iaitu pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu.

a)

Kawasan lapang

b)

Bandar

c)

Agora

d)

Acropolis

32.

- Dianggotai oleh 500 orang ahli

- Dikenali juga sebagai Majlis 500


Apakah peranan Majlis?

a)

Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

b)

Melantik ahli Dewan Perhimpunan

c)

Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

d)

Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

33.

Sparta mempunyai dua orang raja yang memerintah bersama-sama kerana

a)

Raja menggubal undang-undang

b)

Raja dapat menunjukkan kehebatan masing-masing

c)

Mengelakkan salah seorang raja bertindak kejam

d)

Rakyat akan takut kepada raja yang memerintah

34.

Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27M-180M). Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?

a)

Pertambahan penduduk

b)

Keamanan empayar

c)

Pembentukan republik

d)

Penyebaran agama

35.

Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom. Apakah binaan di Malaysia yang dapat disamakan dengan Colosseum?

a)

Stadium Bukit Jalil

b)

Menara Kuala Lumpur

c)

Menara Berkembar Petronas

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

36.

Apakah fungsi Amfiteater yang dibina dalam Tamadun Rom?

a)

Pengairan

b)

Perdagangan

c)

Pertunjukan

d)

Pertahanan

37.

Dalam Tamadun Rom, akueduk yang pertama dibina adalah di Aqua Appia pada tahun 312SM. Apakah fungsi akueduk?

a)

Rumah ibadat

b)

Tempat persembahan

c)

Kawasan perdagangan

d)

Membekalkan air

38.

Lokasi Tamadun India terletak di

a)

Sungai Tigris

b)

Teluk Benggala

c)

Banjaran Himalaya

d)

Lembah Ganges

39.

Asoka telah mengubah dasar perluasan kuasa daripada perluasan fizikal kepada perluasan keagamaan. Apakah peristiwa yang menyebabkan Asoka bertindak sedemikian?

a)

Perebutan takhta

b)

Perang Kalinga

c)

Serangan orang Aryan

d)

Tuntutan penduduk tempatan

40.

DUA dinasti dalam Tamadun China ialah

a)

Dinasti Qin

b)

Dnasti Han

c)

Dinasti Shang

d)

Dinasti Shia

41.

Dalam Tamadun China, bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?

a)

Membayar cukai

b)

Mengumpul harta

c)

Meningkatkan tahap pendidikan

d)

Memberikan taat setia kepada raja

42.

Konfusius merupakan ahli falsafah yang terkemuka di China. Apakah karya beliau yang terkenal?

a)

Da Xue

b)

Lun Yu

c)

Tao Te Jing

d)

Zhong Yong

43.

Dalam masyarakat China, seseorang individu boleh meningkatkan taraf sosialnya ke arah kehidupan yang lebih baik. Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Menyertai pasukan tentera

b)

Mencari kehidupan di bandar

c)

Lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam

d)

Terlibat dalam aktiviti perdagangan

44.

Peperiksaan perkhidmatan awam dalam sistem pendidikan Tamadun China adalah berkisarkan

a)

Sembilan Buku Suci

b)

Salasilah kerabat diraja

c)

Sejarah negara China

d)

Sistem perundangan

45.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala yang bermaksud ?

a)

Jahil

b)

Daif

c)

Degil

d)

Jahat

46.

Mengapakah masyarakat Arab tidak mampu membina semula Empangan Maarib yang runtuh pada tahun 300 M ?

a)

Tiada tenaga kerja

b)

Tidak mempunyai modal

c)

Tiada pemimpin yang berwibawa

d)

Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

47.

Apakah surah yang mempunyai kaitan dengan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT ?

a)

Surah al-Alaq

b)

Surah al-Fatihah

c)

Surah al-Maidah

d)

Surah al-Mudassir

48.

- Mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat

- Mendapat gelaran Penyelamat Umat Islam


Siapakah tokoh tersebut ?

a)

Abu Bakar al-Siddiq

b)

Umar bin al-Khattab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abu Talib

49.

Merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib. Dikenali sebagai "Bapa Perubatan".

a)

Jabir bin Hayyan

b)

Ibn Sina

c)

Al-Battani

d)

Ibnu Battuta

50.

Apakah kepentingan ruang solat utama yang ditutupi kubah setengah lingkaran dan menara yang banyak di sisi masjid Masjid Sultan Ahmet di Turki ?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Menjadi pintu masuk utama

c)

Menyesuaikan budaya tempatan

d)

Memperindah bentuk geometri