WorksheetsTatabahasa 5 Marikh SK3BK
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Bayi lelaki yang .................... itu ialah anak sulung Datuk Mukriz.
cantik
tampan
comel
jelita
Nenek Kaushar menuang kopi yang panas itu ke dalam beberapa biji .................... untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
cangkir
cerek
jag
gelas
Titi kayu itu dibina .................... longkang yang besar untuk kemudahan orang ramai.
melalui
merentangi
menyusuri
menyeberangi
Sultan menitahkan agar .................... ayahanda baginda diadakan dengan penuh istiadat.
kemangkatan
pemakaman
persantapan
pertabalan
Tubuh datuk .................... kerana kesejukan selepas mandi di sungai.
mengecut
menggeletar
menggelabah
menggelembung
Badan Pak Adam .................... kerana disengat lebah ketika mencari madu di lereng gunung.
bengkak-bengkil
calar-balar
comot-momot
kusut-masai
Komuter yang bergerak .................... di atas landasan itu menuju ke utara.
deras
kencang
laju
lincah
Abang Thaqif pernah pergi ke Syria .................... tahun 2018 sebagai sukarelawan.
di
dari
daripada
pada
Kakak menghampar empat bidang tikar mengkuang di tengah rumah untuk majlis doa selamat sempena majlis perkahwinan abang.
Perkataan berlawan bagi menghampar ialah
melipat
menyisip
menggulung
membentang
Pilih ayat yang betul.
Aduhai, sakitnya gigiku yang berlubang ini!
Serkap ayam yang diperbuat daripada buluh dijual beliau.
Danish dan Irfan telah tiba di Alor Setar pagi tadi.
Tolong jangan merokok ke dalam kawasan sekolah.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Naqib mengecap bibirnya apabila melihat ibu membawa ubat demam.
Manisha mengecap sekeping biskut lemak ke dalam air kopi sebelum dimakan.
Islam melarang umatnya mengecap tatu di badan kerana perbuatan tersebut dilaknat oleh Allah.
Pak Haqimie baru mengecap bahagia setelah anak-anaknya telah bekerja.
Datuk Madina telah membina ............... di dalam kebun untuk menunggu buah duriannya gugur.
balkoni
dangau
foyer
serambi
............... sirih sering dijadikan pembuka bicara dalam acara peminangan orang Melayu.
Bekas
Daun
Mangkuk
Tepak
Cadangan ............... UPSR oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima pelbagai reaksi daripada ibu bapa.
peleraian
pembubaran
pemansuhan
penamatan
Hatiku ............... kencang apabila terdengar namaku dipanggil oleh guru disiplin melalui pembesar suara.
berdetik
berdegup
berlari
bergema
