wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 KERTAS 2

Total questions: 44

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apabila __________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

termangu

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

terkenang

2.

Ah Leong akan menyertai pertandingan _________ sotong di Pulau Aman pada minggu hadapan.

a)

mencandat

b)

memukat

c)

memancing

d)

menyauk

3.

Baginda Sultan __________ untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang sekolah itu.

a)

bersetuju

b)

berkenan

c)

bersedia

d)

bersiap

4.

Ibu membeli __________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

5.

Suasana di rumah Puan Shanti __________ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

6.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

14.

Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Walaupun Ah Meng seorang pendiam, namun prestasinya dalam pelajaran amat membanggakan.


Peribahasa yang sesuai untuk kenyataan di atas ialah

a)

sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

b)

sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

c)

kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

d)

diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.

19.

Sikap merendah diri pengurus itu disenangi oleh pekerjanya dan beliau dihormati oleh mereka. Baginya,

a)

menatang minyak yang penuh.

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

c)

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

d)

ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

20.

Pilih penyataan yang tepat ejaannya.

a)

Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana Negara.

b)

Beberapa orang arkitek termasyhur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana Negara.

21.

Pilih penyataan yang tepat ejaannya.

a)

Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infrastruktur, pihak berkuasa tempatan telah dalamkan longkang dan membina tebatan.

b)

Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infrastruktur, pihak berkuasa tempatan telah mendalamkan longkang dan membina tebatan.

22.

Pilih penyataan yang tepat ejaannya.

a)

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan kepada semua pengusaha kafeteria supaya sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

b)

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan kepada semua pengusaha kefeteria supaya sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

23.

Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam soalan dan TULIS KESALAHAN SAHAJA di ruang jawapan.


Soalan: Semua murid-murid diseru agar menjauhi najis dadah.

(a)  

24.

Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam soalan dan TULIS KESALAHAN SAHAJA di ruang jawapan.


Soalan: Apabila sampai di satu lorong, tiba-setiba perut aku berasa sakit.

(a)  

25.

Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam soalan dan TULIS KESALAHAN SAHAJA di ruang jawapan.


Soalan: Selain acara nyanyian dan tarian, lain-lain acara yang dipersembahkan oleh murid-murid termasuklah deklamasi sajak dan berbalas pantun.

(a)  

26.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai punca yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa.


Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka.

Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai.

Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.

Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah.

Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

4 lines
27.

Menagapakah Beluntung berasa risau akan Bawod dan Tuyog?

a)

kerana ada kes mencuri kerbau di kampungnya

b)

kerana ada orang mahu mebeli Bawod

c)

kerana hujan lebat dan banjir

d)

kerana Bawod dan Tuyog sakit

28.

Beluntung menunggang Tuyog untuk ke .... ?

a)

pekan

b)

kampung seberang

c)

bank

d)

sekolah

29.

Belakangan ini, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah semakin kurang memberansangkan. Nyatakan lima idea utama mengenai cara-cara yang perlu dilakukan untuk menarik minat murid menyertai aktiviti kokurikulum.


Klik pada jawapan-jawapan yang betul.

a)

Ibu bapa kurang memberi galakan kepada

anak-anak

b)

Pihak sekolah memberikan tumpuan dalam aspek

kemudahan infrastruktur seperti menaik taraf padang

c)

Guru penasihat mempelbagaikan aktiviti kokurikulum

agar lebih menarik

d)

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan guru tidak memberi bantuan kewangan untuk tujuan penganjuran aktiviti lebih meluas dan menarik.

e)

Peranan / pengaruh rakan sebaya yang sentiasa aktif memberikan galakan antara satu sama lain

30.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kenal pasti isi-isi penting, kemudian senaraikan isi-isi penting tersebut.


Dunia pekerjaan pada masa kini semakin mencabar generasi muda kerana peluang pekerjaan semakin terhad. Pada saban tahun, puluhan ribu graduan universiti keluar tetapi peluang untuk mereka bekerja sama ada dengan sektor kerajaan atau pun sektor swasta sangat sedikit.

Justeru, kerajaan menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Di universiti, mahasiswa diajar asas keusahawanan agar mereka memiliki ilmu perniagaan sebelum melangkah keluar dari universiti. Bidang perniagaan menjamin pendapatan lumayan kepada graduan universiti jika mereka mengusahakannya dengan penuh cekal, tabah dan inovatif.

Kerajaan menyediakan banyak dana sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman kepada generasi muda terutama graduan universiti untuk membuka perniagaan. Malahan kerajaan turut menyediakan kursus-kursus di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk memantapkan ilmu keusahawanan graduan universiti.

Segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan perlu direbut oleh generasi muda dalam usaha menjadi usahawan yang berjaya bukan setakat di dalam negara tetapi juga di peringkat global.

4 lines
31.

Tajuk : Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kehendak soalan : Cara Pengisian Bulan Kemerdekaan

Berdasarkan gambar, tandakan dua isi TERSURAT yang boleh ditulis dalam ulasan anda.

a)

Rakyat mengibar Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan.

b)

Sambutan Bulan Kemerdekaan dapat melahirkan rasa cinta akan negara

c)

Pihak sekolah mengdakan pertandingan kemerdekaan seperti mendeklamasi sajak kemerdekaan.

d)

Sambutan kemerdekaan dapat menambah ilmu pengetahuan murid tentang sejarah negara.

32.

Tajuk : Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kehendak soalan : Cara Pengisian Bulan Kemerdekaan

Berdasarkan gambar, tandakan dua isi TERSIRAT yang boleh ditulis dalam ulasan anda.

a)

Rakyat mengibar Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan.

b)

Sambutan Bulan Kemerdekaan dapat melahirkan rasa cinta akan negara

c)

Pihak sekolah mengdakan pertandingan kemerdekaan seperti mendeklamasi sajak kemerdekaan.

d)

Sambutan kemerdekaan dapat menambah ilmu pengetahuan murid tentang sejarah negara.

33.

Tajuk : Keselamatan Jalan Raya

Kehendak soalan : Cara-cara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSURAT yang sesuai.

a)

Pemandu akan hilang tumpuan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

b)

Pemandu memeriksa keadaan kenderaan sebelum membuat perjalanan.

c)

Pemandu memandu dengan had laju yang ditetapkan.

d)

Kemalangan jalan raya akan menyebabkan kecederaan dan kematian.

34.

Tajuk : Keselamatan Jalan Raya

Kehendak soalan : Cara-cara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSIRAT yang sesuai.

a)

Pemandu akan hilang tumpuan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

b)

Pemandu memeriksa keadaan kenderaan sebelum membuat perjalanan.

c)

Pemandu memandu dengan had laju yang ditetapkan.

d)

Kemalangan jalan raya akan menyebabkan kecederaan dan kematian.

35.

Tajuk : Permainan Tradisional

Kehendak soalan : Kebaikan memperkenalkan Permainan Tradisional.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSIRAT .

a)

Permainan tradiisional dapat merapatkan hubungan kekeluargaan,

b)

Permainan tradisional dapat menarik pelancong luar datang ke Malaysia.

c)

Kerajaan haruslah mengadakan kempen memperkenalkan dan memartabatkan permainan tradisional.

d)

Pihak sekolah membuat program bertemakan permainan tradisonal terutama ketika aktiviti kokurikulum.

36.

Tajuk : Perpaduan Kaum

Kehendak Soalan : Cara- cara memupuk perpaduan kaum.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSURAT.

a)

Pihak sekolah mengadakan Program RIMUP ketika aktiviti kokurikulum.

b)

Penduduk di kawasan perumahan boleh mengadakan aktiviti kokurikulum.

c)

Masyarakat dapat memupuk nilai murni seperti tolong-menolong tanpa mengira kaum dan agama.

d)

Masyarakat dapat mempelajari adar dan budayah kaum yang lain.

37.

Tajuk : Gaya Hidup Sihat

Kehendak soalan : Amalan gaya hidup sihat

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSURAT.

a)

Amalan gaya hidup sihat mengelakkan masyarakat daripada penyakit berbahaya.

b)

Masyarakat perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.

c)

Rehat yang mencukupi juga perlu dalam menjalani gaya hidup yang sihat.

d)

Badan akan menjadi cergas dan minda akan cerdas.

38.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sering menjadi buah mulut masyarakat.


Kenal pasti ayat tema bagi soalan ini

a)

Dalam meniti arus kemodenan ini, faktor-faktor kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

b)

Dalam meniti arus kemodenan ini, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

c)

Masalah kesesakan lalu lintas ini membuatkan masyarakat kota sering dibelenggu tekanan terutama selepas pulang dari tempat kerja.

d)

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

39.

Kenal pasti ayat huraian yang tepat

a)

Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.

b)

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.

c)

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.

d)

Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?

40.

Ayat rangsangan yang sesuai bagi tajuk di bawah ialah


"Kesan-kesan Negatif Penduduk yang tidak mengamalkan perpaduan kaum"

a)

Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, CIna, dan India.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan pelbagai agama dan budaya,

b)

Justeru, anggota masyarakat perlulah bersatu padu supaya kita dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera.

c)

Jika perpaduan kaum tidak wujud dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif yang akan timbul.

d)

Antara kesannya ialah boleh menjejaskan keselamatan negara.

41.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

42.

Yang manakah ayat arahan yang paling tepat

a)

Disedari atau tidak, paparan berita tentang kemalangan jalan raya sering disajikan dalam akhbar-akhbar tempatan

b)

saban tahun, kemalangan jalan raya menatijahkan maut dan trauma kepada keluarga yang terbabit terutama musim perayaan

c)

persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang pada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia?

d)

Antaranya, pengguna jalan raya menyalahi peraturan yang ditetapkan

43.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.

44.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan kebersihan kantin sekolah. Panjang karangan anda hendaklah lebih 180 patah perkataan. (TULIS DALAM BUKU KARANGAN PANJANG DAN HANTAR PADA 14/12/2020)

4 lines