wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tingkatan 1

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Razali sedang memetik _________ sambil menyanyikan sebuah lagu ciptaannya semasa mengadakan persembahan muzik di Turki.

a)

piano

b)

gitar

c)

kompang

d)

seruling

2.

"_________ pernah dinobatkan sebagai tokoh wanita Islam paling berpengaruh dalam bidang penyelidikan sains," kata Puan Rizana.

a)

Dia

b)

Anda

c)

Beliau

d)

Aku

3.

Kepelbagaian adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia telah mempamerkan ___________ setiap kaum dan etnik di negara ini.

a)

kekayaan

b)

kemajuan

c)

keunikan

d)

kemodenan

4.

"Perdana Menteri Malaysia yang kedua ialah __________," kata Mastura kepada Nandini.

a)

Tun Hussien Onn

b)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

c)

Tun Haji Abdul Razak

d)

Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj

5.

Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul di _______________.

a)

Pusat Sains Malaysia

b)

Universiti Putra Malaysia

c)

Sekolah Kebangsaan Taman Ros

d)

Taman Asuhan Kanak - kanak Permata

6.

Johan dan Amar memaka baju-T yang berwarna gelap, iaitu _________ semasa pergi ke Litar Formula Satu Sepang.

a)

merah saga

b)

hijau tua

c)

biru muda

d)

merah jambu

7.

Pemain ragbi itu berlari dengan pantas sambil membawa sebiji bola ragbi yang _________ bentuknya.

a)

leper

b)

bulat

c)

lonjong

d)

buncit

8.

Litar Formula Satu Sepang mempunyai laluan yang bengkang - bengkok, melengkung, dan _________.

a)

lurus

b)

tegak

c)

lekuk

d)

bujur

9.

"Saya berasa amat ________ akan kemajuan sains dan teknologi di negara kita," kata Haziq kepada rakannya.

a)

suka

b)

malu

c)

segan

d)

kagum

10.

Angkatan Tentera Malaysia sungguh ____________ berjuang demi menjaga keselamatan negara.

a)

gagah

b)

berani

c)

lasak

d)

yakin

11.

Semasa di Pameran Khazanah Alam, kami dapat melihat ___________ gambar foto tentang biodiversiti khazanah alam semula jadi.

a)

gambaran

b)

paparan

c)

pameran

d)

khayalan

12.

Kita hendaklah memelihara dan memulihara habitat semula jadi __________ liar yang tinggal di hutan.

a)

alam

b)

manusia

c)

kawasan

d)

hidupan

13.

"Pada cuti sekolah ini, saya dan keluarga akan pergi _________," kata Rizana kepada Ai Ling.

a)

melawat

b)

melancong

c)

melencong

d)

mengunjungi

14.

Bukit - bukau itu _________ gondol akibat aktiviti pembalakan haram yang dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu.

a)

menunjuk

b)

menjadi

c)

melihat

d)

membuat

15.

Marlisa ___________ melihat keindahan kawasan air terjun bertingkat itu.

a)

terperanjat

b)

tersedak

c)

terpegun

d)

tercegat

16.

Semasa mengikuti aktiviti jelajah pulau, Azian berpeluang memberi _________ makan semasa bersnorkel di Pulau Giam.

a)

kupu - kupu

b)

ikan - ikan

c)

labah - labah

d)

burung - burung

17.

Sarah ambil angin di tepi tasik itu sambil merakam gambar sekawan itik yang sedang ___________ di tasik.

a)

bersiar - siar

b)

bermain - main

c)

bergerak - gerak

d)

berenang - renang

18.

Para penduduk Taman Seri Mawar _________ membersihkan kawasan perumahan mereka agar bersih dan ceria.

a)

tawar - menawar

b)

kasih - mengasihi

c)

bantu - membantu

d)

kunjung - mengunjungi

19.

"Wah, air laut di pulau ini sangat jernih dan ____________ seperti warna langit!" kata Hannah dengan teruja.

a)

kebiru - biruan

b)

kehitam - hitaman

c)

kemerah - merahan

d)

kekuning - kuningan

20.

Masyarakat yang tinggal di apartmen atau kondominium boleh _________ tanam di koridor atau beranda.

a)

tercucuk

b)

bercucuk

c)

menyucuk

d)

dicucuk

21.

Pekerja di kebun buah - buhan itu sedang ___________ anak pokok belimbing dan jambu air.

a)

siraman

b)

menyiram

c)

tersiram

d)

bersiram

22.

Setiap hari, Amir Danial akan menyimpan baki wang sakunya ke dalam __________ buluhnya.

a)

laci

b)

poket

c)

tabung

d)

almari

23.

Raihana menulis sepucuk __________ kepada rakannya untuk menceritakan pengalamannya melancong di Sabah baru - baru ini.

a)

e-mel

b)

surat

c)

kertas

d)

poskad

24.

Pantai Rantau Abang yang terletak di negeri Terengganu terkenal sebagai tempat pendaratan __________.

a)

penyu

b)

burung

c)

ikan

d)

ketam

25.

Ibu dan ayah gemar membeli - belah di __________ kerana harga barangan yang dijual di situ agak murah.

a)

Klinik Wawasan

b)

Pasar Raya Jimat

c)

Menara Kuala Lumpur

d)

Bank Simpanan Nasional

26.

Semasa melnacong ke Pulau Langkawi, kami sekeluarga menginap di ____________.

a)

Pantai Cenang

b)

Makam Mahsuri

c)

Hotel Resort World

d)

Tasik Dayang Bunting

27.

Saya ________ memilih cenderamata di kedai in kerana semuanya cantik - cantik belaka.

a)

anak mata

b)

cahaya mata

c)

angkat mata

d)

rambang mata

28.

Jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke tempat penginapan kami agak ________ kerana hanya mengambil masa selama 10 minit.

a)

jauh

b)

rapat

c)

dekat

d)

nyaris

29.

Terdapat banyak pulau yang indah di Malaysia, _________, Pulau Pangkor, Pulau Redang, dan Pulau Perhentian.

a)

Misalnya

b)

Malahan

c)

Selain itu

d)

Walaupun

30.

"Saya akan mengambil ___________ dalam acara olahraga semasa Hari Sukan Negara nanti," kata Vineshwaran dengan teruja.

a)

bahagian

b)

terbahagi

c)

pembahagi

d)

pembahagian