Font size
Worksheetsgeografi tingkatan 3 IBK
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Antara berikut, jenis tanaman manakah yang terdapat dalam segi empat grid 3557 ialah
Kelapa sawit
Padi
Getah
Kelapa
• Kawasan hutan
• Kelapa sawit ditanam di sekeliling
Maklumat di atas berkaitan dengan segi empat grid?
3559
3059
3357
3160
Apakah maklumat peta yang perlu dirujuk untuk menentukan maksud simbol di dalam peta?
Tajuk peta
Skala peta
Petunjuk peta
Tanda arah peta
Apakah skala yang biasa digunakan dalam peta topografi?
Skala melintang
Skala lurus
Skala penyata
Pecahan wakilan
Keratan rentas membolehkan kita melihat pemandangan bentuk muka bumi dari
pandangan bawah.
pandangan sisi.
pandangan depan.
pandangan atas.
Berapakah peratus penduduk di kawasan X yang bekerja sebagai penoreh getah?
30%
26%
12%
24%
Berapa peratuskah penduduk kawasan X yang bekerja mencanting batik?
10%
25%
8%
5%
Apakah kelebihan mempersembahkan maklumat dalam bentuk jadual?
Mudah ditafsir
Mudah dilihat
Nampak menarik
Mudah dilukis
Mengapakah tenaga suria mempunyai permintaan yang tinggi di Jepun?
Mempunyai sektor perindustrian yang maju
Mempunyai penduduk yang ramai
Taraf hidup penduduknya rendah
Taraf hidup penduduknya tinggi
Apakah simbol yang sering digunakan untuk
menandakan ketinggian di dalam peta?
Tanda tinggi
Ukuran matrik
Garisan kontur
Stesen trigonometri
Berapakah selang kontur dalam rajah di atas?
80m
60m
40m
20m
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pandang darat fizikal?
Sungai
Bukit
Pinggir laut
Jalan raya
Tenaga suria boleh dijadikan sumber tenaga gantian di Malaysia kerana
Malaysia di kelilingi oleh hutan
menerima pancaran matahari lebih daripada lapan jam sehari
sumber yang tidak boleh diperbaharui
kelembapan yang tinggi
Apakah tujuan keratan rentas dilukis?
Untuk mengkaji ciri-ciri budaya
Untuk mentafsir bentuk muka bumi
Untuk melihat pandangan sisi bentuk muka bumi
Untuk menunjukkan bentuk muka bumi di sepanjang satu garisan pada peta topografi
Bearing diukur dalam peta dengan menggunakan
benang
jangka sudut
jangka tolak
jalur kertas
Apakah kegiatan ekonomi utama yang terdapat di tenggara peta?
Menanam padi
Mengeluar hasil-hasil hutan
Menoreh getah
Pemandu lori batu
Berapakah selang kontur di dalam peta di atas?
25m
20m
15m
10m
Apakah bentuk muka bumi di barat daya peta?
Berpaya
Tanah pamah
Tanah tinggi
Lembah sungai
Antara berikut, sumber yang manakah tidak boleh diperbaharui?
Angin
Solar
Mineral
Air
Hutan paling luas yang terdapat di Malaysia ialah
hutan paya air masin
hutan hujan tropika
hutan paya air tawar
hutan bakau
Mengapakah permintaan terhadap bijih timah semakin kurang?
Bekalan tidak tetap
Persaingan daripada bahan plastik
Kos pengeluarannya meningkat
Menurunkan harga tenaga elektrik
Kawasan penapisan petroleum di Malaysia terletak di
Kerteh, Terengganu
Lutong, Sarawak
Besut, Terengganu
Port Dickson, Negeri Sembilan
Apakah jenis cerun yang ditunjukkan oleh keratan rentas PQ dalam rajah di atas?
Cerun bertangga
Cerun cembung
Cerun landai
Cerun curam
Arah yang bertanda X dalam rajah di atas ialah
timur laut
tenggara
barat daya
barat laut
Apakah sumber alam yang boleh digunakan secara berterusan?
Bauksit
Sungai
Tumbuhan
Tanah pertanian
Tenaga biomas dihasilkan daripada
sisa-sisa tumbuhan
sisa-sisa tanaman seperti hampas
najis haiwan
tenaga suria
Antara berikut, yang manakah benar mengenai Garisan Utaraan?
Merupakan garisan grid yang menegak
Nilainya bertambah dari barat ke timur
Merupakan garisan grid yang mendatar
Nilainya bertambah dari selatan ke utara
Graf di atas dinamakan
rajah aliran
carta pai
graf gabungan
graf bar majmuk
Antara berikut, yang manakah sumber tanih yang sesuai dengan tanaman kelapa sawit?
Berpasir
Tanih lava bes
Laterit
Aluvium
Di manakah letaknya paya air tawar di Malaysia?
Delta Rajang
Pantai Melaka
Sungai Barau
Muara Sungai Rajang
• Sumber yang terhad bekalannya
• Bekalannya akan kehabisan jika digunakan secara berlebihan
Pernyataan di atas menerangkan tentang
sumber yang boleh diperbaharui
sumber yang tidak boleh diperbaharui
sumber tenaga gantian
sumber tenaga solar
Kawasan tanah pamah sesuai untuk
pertanian
jaringan perhubungan
kuasa hidroelektrik
petempatan
Manakah pernyataan berikut benar berkaitan sumber tenaga di Malaysia?
Penggunaan tenaga biomas menurunkan harga petroleum
Pengendalian sumber tenaga hidro telah mengganggu habitat flora dan fauna
Malaysia kekal sebagai pengeluar utama bijih timah dunia
Tenaga solar telah berjaya menggantikan sumber petroleum sebagai eksport utama
Apakah persamaan antara kawasan yang bertanda Q dan P di dalam peta?
Kawasan perindustrian elektronik
Kawasan penternakan ikan
Pusat pemprosesan makanan
Pusat penapisan petroleum
Malaysia mengimport hasil tenusu dari negara
Indonesia
New Zealand
Singapura
Australia
Antara berikut, yang manakah langkah yang sesuai untuk menghalang hakisan dalam kegiatan pertanian?
Menanam secara kontur
Menanam tanaman tutup bumi
Menanam tanaman selingan
Mengamalkan tanaman bergilir
Apakah kepentingan hutan?
Sebagai kawasan tadahan
Menjadi habitat hidupan liar
Pengawal iklim
Mengawal hakisan daripada berlaku
Tujuan program kitar semula diwujudkan ialah
untuk mengawal pembuangan sampah
untuk meningkatkan pendapatan penduduk
untuk meningkatkan kebersihan
untuk mengelakkan pembaziran sumber
Antara berikut, manakah bahan yang digunakan untuk membuat simen bagi sektor pembinaan?
Fosfat
Batu marmar
Batu kapur
Kaolin
Negara manakah yang menggunakan tenaga biomas secara meluas?
Singapura
Thailand
India
Malaysia
Apakah waktu tempatan di bandar W sekiranya waktu tempatan di bandar S ialah 7.00 malam?
3.00 pagi
4.00 pagi
10.00 pagi
9.00 malam
Antara berikut, yang manakah mineral bukan logam?
Marmar
Batu kapur
Gas asli
Emas
Apakah simbol ketinggian yang terdapat didalam peta topo di atas ?
Batu aras
Tanda aras
Keratan rentas
Stesen trigonometri
Jenis kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan kawasan berlorek ialah
perlombongan
pelancongan
pembalakan
pertanian
Susunan garisan kontur yang rapat menunjukkan cerun yang
bertangga
curam
tinggi
landai
Negara pengeluar dan pengguna tenaga angin yang kedua terbesar di dunia ialah
India
Malaysia
Belanda
Perancis
Antara berikut, yang manakah skala penyata yang mewakili pecahan wakilan 1 : 200 000?
1 cm mewakili 1 km
1 cm mewakili 2.5 km
1 cm mewakili 4 km
1 cm mewakili 2 km
Perbezaan nilai antara dua garisan kontur yang berdekatan dikenali sebagai
selang kontur.
warna kontur.
kontur indeks.
longitud.
Antara berikut, yang manakah benar tentang ciri-ciri kompas magnetik?
Jarum kompas akan terpesong apabila berhampiran dengan besi
Kompas magnetik mengandungi raksa
Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah timur
Jarum kompas sentiasa bergerak
Rajah di atas merupakan pola saliran?
jejari
selari
reranting
gegelang
