Font size
WorksheetsSAJAK KUNCI BAHASA TING 1
Total questions: 12
Worksheet time: 3mins
Sajak Kunci Bahasa ditulis oleh ...
Abdul Hadi Mat
Abdul Hadi Yusof
Abdul Hadi Hussein
Abdul Hadi Shafiee
Rangkap kedua sajak Kunci Bahasa bermaksud ...
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
Tema sajak Kunci Bahasa ialah ...
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat
Bahasa dan kesannya dalam masyarakat
Kepentingan berbahasa secara santun
Perubahan bahasa mengikut waktu
Berikut adalah benar tentang persoalan yang terdapat dalam sajak Kunci Bahasa kecuali ...
Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain terguris hatinya.
Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan akan hilang jua ditelan zaman.
Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.
Yang manakah antara berikut tepat menggambarkan bentuk sajak Kunci Bahasa?
Berbentuk terikat.
Terdiri daripada enam rangkap
Setiap rangkap terdiri daripada dua baris
Rima akhirnya ab
Jambatan ukhwah
Rangkai kata di atas ialah contoh gaya bahasa ...
Anafora
Metafora
Aliterasi
Hiperbola
Tidak berbilur bahasa di lidah
Pengulangan bunyi vokal i pada baris sajak di atas ialah contoh gaya bahasa
Asonansi
Aliterasi
Anafora
Metafora
Yang manakah antara berikut merupakan contoh penggunaan bahasa Arab dalam sajak Kunci Bahasa?
Bahasa
Berbilur
Ukhwah
Bermaruah
Berikut adalah dua nilai yang terdapat dalam sajak Kunci Bahasa.
Pemurah
Amanah
Bersopan santun
Berjimat cermat
Bahasa bersejarah
Tidak luput bahasa bertingkah
Apakah pengajaran yang disampaikan oleh penyajak melalui rangkap di atas?
Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.
Kita haruslah menggunakan bahasa untuk membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik.
Kita wajar menggunakan ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis semasa berkomunikasi.
Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Nyatakan pendapat anda tentang langkah-langkah memartabatkan bahasa kebangsaan.
Menggunakan bahasa kebangsaan dalam majlis-majlis rasmi.
Mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar.
Menggunakan bahasa ibunda semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan pelbagai bangsa.
Menyokong dan menyertai kempen memartabatkan bahasa kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
Pada pendapat anda, mengapakah bahasa boleh menjadi punca perpaduan masyarakat?
Penggunaan bahasa yang sama akan menyatukan masyarakat.
Penggunaan kata yang berhemah dapat mengelakkan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan bahasa yang betul dapat menterjemahkan pendapat seseorang dengan jelasnya.
Penggunaan bahasa yang puitis ada kalanya dapat menyinggung perasaan seseorang.
