wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah kssm tingkatan 4 bab 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Perasaan yang membenci penjajah

c)

Semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai matlamat

d)

Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara

2.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18


Tahun : 1688

Revolusi : Revolusi Keagungan di England


Tahun 1789 : Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terlarang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

3.

Peristiwa X merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.


Peristiwa X ialah

a)

Satyagraha

b)

Semangat Bushido

c)

Dahagi India 1857

d)

Gerakan Islah

4.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanngup menanggung risiko,bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggunggjawab terhadap ketua dan negara.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Satyagraha

b)

Kamikaze

c)

al-Urwah al-Wuthqa

d)

Semangat Bushido

5.

Nasionalisme di Vietnam di Burma

( Myanmar ) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan Pendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.

Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.


Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan nasionalisme?

a)

Isu kesihatan

b)

Isu kapitalisme

c)

Isu kasut

d)

Isu baju

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan tafsiran maksud nasionalisme oleh Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid.

Sifat X
 \updownarrow  
Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme
Melayu ketika itu.
Apakah sifat  X  yang dikaitkan dengan tafsiran tersebut?

a)

Satu bangsa 

b)

Daulat  tuanku 

c)

Cintai negaraku

d)

Tanah Melayuan 

7.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menolak penjajahan

8.

Jean Jacques Rousseau


Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.

Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?

a)

Kata sepakat

b)

Hasrat umum

c)

Tuntutan rakyat

d)

Impian bersama

9.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

Menggerakkan perang gerila

b)

Melancarkan gerakan dakyah

c)

Merangka pembahagian India

d)

Melakukan penentangan militan

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.


SEMANGAT BUSHIDO


Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?

a)

Menjadi negara perindustrian

b)

Mencapai kemajuan pendidikan

c)

Menghalang gerakan anti Barat

d)

Mengatasi kelemahan pemerintahan

11.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?


Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang


I Bertindak secara revolusi

II Pertubuhan bersifat radikal

III Bekerjasama dengan penjajah

IV Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

13.

Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Memperkenalkan semangat jihad

b)

Mendorong gerakan radikal

c)

Mencetus idea revolusi

d)

Menyindir sikap penjajah

14.

Jadual berikut berkaitan dengan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu


Pejabat Karang Mengarang

Za'ba


Apakah kepentingan penubuhan pejabat tersebut?


I Mengasah bakat pelajar

II Melatih ramai penterjemah

III Menyatukan rumpun Melayu

IV Menghasilkan buku berkualiti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?

a)

Melancarkan gerakan bersenjata

b)

Membentuk Katipunan

c)

Menjalankan rundingan damai

d)

Menubuhkan Liga Filipina

16.

Dialog berikut diucapkan oleh golongan nasionalis.


Rakyat X : Kami menuntut kebebasan bersuara.

Rakyat Y : Kami inginkan hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.


Ia merupakan tuntutan gerakan nasionalisme tahap di

a)

Indonesia

b)

IndoChina

c)

Burma

d)

Filipina

17.

Antara berikut, padanan yang manakah benar?


I British - IndoCina

II British - Filipina

III Belanda- Indonesia

IV British - Burma

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjen Kartini.


Habis Gelap Terbitlah Terang


Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas

a)

Pengembalian kuasa raja

b)

Kemunduran rakyat

c)

Hak bersuara

d)

Kemerdekaan mutlak

19.

Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.

Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?


I Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar

II Melahirkan nasionalis bersikap sederhana

III Memperjuangkan pembelaan terhadap kemerdekaan sahaja

IV Menegakkan perjuangan melalui akbar La Solidaridad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.


  • Nasionalisme di India
  • Nasionalisme di China
  • Nasionalisme di Jepun


Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?

a)

Membentuk negara bangsa

b)

Menjadi kuasa Imperialisme

c)

Menamatkan penjajahan kuasa asing

d)

Memulihkan kuasa golongan bangsawan