wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 6

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Afiq menangis _______ kerana kakinya terpijak paku di belakang rumah.

a)

teresak-esak

b)

terngiang-ngiang

c)

terkedu-kedu

2.

Seluruh muka budak itu ____________ apabila dia telah disengat oleh beberapa ekor tebuan.

a)

cobak-cabik

b)

calar-balar

c)

bengkak-bengkik

3.

Nenek terkejut melihat keadaan bilik tidur cucunya itu yang _______________.

a)

kusut-masai

b)

tunggang-langgang

4.

Faris _____________ basikalnya ketika pulang dari sekolah kerana tayar basikalnya itu pancit.

a)

menyeret

b)

memapah

c)

menuntun

d)

menyorong

5.

Kakak membantu ibu menyediakan _____ di dapur untuk memasak gulai.

a)

rempah-ratus

b)

kayu-kayan

c)

sayur-mayur

d)

rumput-rampai

6.

_________ tentera ditugaskan untuk menjejaki musuh yang bersembunyi di dalam hutan itu.

a)

Sebaris

b)

Seangkatan

c)

Sekumpulan

d)

Segerombolan

7.

Pilih ayat yang betul.

a)

Suhaila membeli dua setengah kilogram gula.

b)

Beberapa buah rumah roboh di dalam kejadian ribut itu.

c)

Amer mendapat kecederaan pada lututnya semasa bermain ragbi.

d)

Oleh kerana hari hujan, Fahmi tidak dapat ke sekolah.

8.

Dahan-dahan pokok di tepi Jalan Matahari akan ___________ oleh beberapa orang pekerja mulai hari esok.

a)

dicantas

b)

ditebang

c)

dibelah

d)

ditarah

9.

Dia dan keluarganya ____________ apabila pekedai itu tidak menghiraukan kedatangan mereka.

a)

langkah seribu

b)

angkat kaki

10.

Di belakang rumah Tok Piah ada beberapa _______ pokok serai.

a)

rumpun

b)

kelompok

c)

batas

d)

kumpulan

11.

Walaupun baru tinggal di negara ini, Cik MIsaki yang berasal dari Jepun itu ________ berbahasa Melayu.

a)

laju

b)

pelat

c)

fasih

d)

bijak

12.

Pekerja restoran itu membawa beberapa _________ buah tembikai di dalam pinggan untuk pelanggannya.

a)

biji

b)

kerat

c)

potong

13.

Amirul membawa ______payung dan _______ joran ketika memancing di tasik itu.

a)

sebatang......sekaki

b)

sekaki......sebatang

c)

sebatang......sebatang

14.

Matanya masih _______ walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi.

a)

sihat

b)

segar

c)

cerdas

15.

Farid dimarahi oleh ayahnya kerana mengeluarkan kata-kata yang ___________.

a)

kuat

b)

tajam

c)

kesat