WorksheetsBM Tahap 2
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Sakinah dan Balqis sangat rapat. Mereka seperti____________________________________.
anjing dengan kucing
aur dengan tebing
isi dengan kuku
cincin dan permata
Kawasan istana itu______________dengan cahaya lampu.
gelap-gelita
gilang-gemilang
hingar-bingar
terang-benderang
Ainul membeli tiga ______________ durian di Pasar Tani Taman Mutiara Rini.
ulas
biji
pangsa
butir
Zikrullah digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana dia suka membaca buku.
ulat bulu
ulat buku
ringan tulang
berat tulang
Fattah Amin kelihatan _________ apabila memakai baju kemeja.
anggun
segak
comel
muda
Anis menyimpan __________ yang diberi oleh ibunya ke dalam tabung.
wang saku
wang pusaka
wang pampasan
duit kopi
Mangsa-mangsa banjir ________________ air untuk mncari tempat perlindungan sementara
melintasi
menyeberangi
mengharungi
melalui
Encik Danish melayan para pelanggan yang datang ke gerainya dengan ____________.
kalut
mesra
tenang
gopoh
Ayah bersetuju dengan ___________ Arissa untuk pulang ke kampung menziarahi nenek pada hujung minggu ini.
rancangan
bayangan
sepakat
pendapat
Pekerja kantin sekolah itu _______________ lantai kantin supaya bersih.
mengelap
mencuci
membasuh
mengemop
Doktor Aleeya menjelaskan _____________ air merupakan salah satu keperluan hidup yang penting dalam kehidupan seharian.
bahawa
untuk
agar
yang
Pak Amin _____________ sayur-sayuran untuk dijual di pasar malam.
membawa
menggalas
mengandar
menjinjing
Puan Aisyah sedang ______________ pau untuk tetamu yang datang ke rumahnya.
memasak
mengukus
mereneh
mencelur
Aqil _____________ air yang diisi di dalam cerek itu.
merebus
menjerang
menanak
mereneh
Nenek ______________________ daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang.
membakar
memanggang
melayur
meletak
Kakak menyertai pertandingan __________ kelapa semasa Hari Keluarga SK Taman Mutiara Rini.
memarut
mengukur
mengikis
mengisar
Pilih ayat yang betul
Rumah Auni terletak antara balai polis dan hospital.
Azman telah tinggal di kampung itu sehingga dua tahun yang lalu.
Puan Seri menjahit sepasang baju kurung untuk anak-anaknya.
Budak lelaki itu menemukan bungkusan yang terkandung wang itu.
Pilih ayat yang betul.
Semua murid-murid diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.
Di hujung minggu,kami selalu bergotong-royong mengemas rumah.
Oleh kerana hari hujan,Adam tidak dapat ke sekolah.
Banglo yang terletak di atas bukit itu tinggi nilainya.
“Izinkan____________ menumpang di rumah tuan hamba,” kata lelaki tua itu kepada Panglima Awang.
patik
hamba
beta
tuanku
“ _____akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
Baginda
Beta
Hamba
Patik
