Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tahun 5

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Manisan ketika hari Deepavali dikenali sebagai?

a)

Laddu

b)

Gula-gula

c)

Ladda

d)

Murukku

2.

Semasa hari Natal dihidangkan makanan ini.

a)

ayam masak kari

b)

daging panggang

c)

ayam belanda panggang

d)

ayam masak sambal

3.

Apakah nama makanan ini?

a)

lemang

b)

sushi

c)

pulut

d)

nasi impit

4.
Shaiful disukai oleh penduduk Kampung kerana dia selalu................. untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
a)
ringan tulang
b)
berat tulang
c)
curi tulang
5.
Semua agama mementingkan amalan yang baik seperti di bawah ini, KECUALI......
a)
bersyukur
b)
bersedekah
c)
sombong
d)
bercakap benar
6.
Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan?
a)
Memaafkannya kerana tidak disengajakan
b)
Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan
c)
Tidak memaafkannya
d)
Melaporkan kepada guru disiplin
7.

Amin tidak keterlaluan dalam membuat___________.

a)

keputusan

b)

keganasan

c)

keingkaran

d)

kepastian

8.

Kita perlu sentiasa____________ nasihat daripada masyarakat.

a)

hati-hati

b)

mendengar

c)

tidak peduli

d)

tidak kisah

9.

Sebagai pemimpin, kita perlu menerima____________ yang diberikan masyarakat.

a)

abaikan

b)

jauhkan

c)

teguran

d)

wang

10.

Seseorang yang mengamalkan sikap sederhana, perlu sentiasa memikirkan_________________masyarakat lain.

a)

kebaikan

b)

kesangsian

c)

kewangan

d)

keperluan

11.

Raju menghadiri sambutan hari sukan di sekolah. Cara dia mengamalkan sikap sederhana dengan__________________.

a)

memakai pakaian sukan

b)

memakai pakaian santai

c)

pakaian yang mahal-mahal

d)

memakai pakaian yang menjolok mata

12.

Semasa menghadiri jemputan rumah terbuka, Almond mengambil makanan mengikut_____________.

a)

hawa nafsu

b)

keperluan

c)

ikut suka

d)

sukatan berat

13.

Ranee sedang menggunakan telefon awam. Ramai pengguna beratur untuk menggunakan telefon awam. Tindakan Ranee adalah______________.

a)

bercakap perkara yang penting sahaja dan memberi laluan kepada orang lain.

b)

terus bercakap dan tidak memberikan kepada orang lain.

c)

bercakap dan tidak ambil peduli.

d)

memanjangkan perbualan tersebut.

14.

Kumaran menggunakan komputer di pusat sumber mengikut masa yang ditetapkan dan memberi peluang kepada orang lain menggunakannya. Dia berasa_________.

a)

marah

b)

selesa

c)

rimas

d)

bosan

15.

Walaupun tidak sihat, Kelvin turut serta dalam program menjual pakaian terpakai anjuran organisasi setempat. Apakah perasaan Kelvin?

a)

Tidak puas hati

b)

Marah

c)

Bermuka-muka

d)

Ikhlas

16.

Mary_______________baju yang sedia ada untuk ke majlis makan malam.

a)

menggunakan

b)

tidak mamakai

c)

menanda

d)

membuang

17.

1. Amirul ___________kawannya apabila dia pergi membantu membersihkan rumah kebajikan.

a)

mengajak

b)

mengabaikan

18.

Mesa ______________ ibu Igang apabila dia melihat Igang menghisap rokok bersama Empera.

a)

memberitahu

b)

mendiamkan diri

19.

Kita mestilah _____________ kepercayaan masyarakat lain.

a)

menghormati

b)

menyindir

20.

Setiap malam, Ai Lee akan menyalakan colok di rumahnya kerana dia seorang _____________

a)

Hindu

b)

Buddha

21.

Jenifer menyambut Deepavali kerana dia seorang ___________.

a)

Kristian

b)

Hindu

c)

Sikh

22.

Kita perlu _____________ daripada menyedari kepentingan menghormati agama orang lain.

a)

mengetahui

b)

mengelakkan diri

c)

melupakan

23.

Apabila kita menghormati kepercayaan orang lain, hubungan persahabatan akan menjadi lebih __________.

a)

erat

b)

tegang

24.

Kita mestilah menunjukkan keprihatinan dengan __________ derma kepada orang lain.

a)

menghulurkan

b)

mengambil

c)

mencuri

25.

Orang yang memegang prinsip bersih, cekap dan amanah tidak akan menerima ____________.

a)

hadiah

b)

rasuah

c)

kasih sayang

26.

Penggunaan semula bahan buangan haruslah diteruskan untuk mengatasi kekurangan ____________ alam.

a)

sumber

b)

keindahan

c)

kebersihan

27.

Apakah perasaan kamu terhadap mangsa yang mengalami kejadian bencana tanah runtuh di kawasan tempat tinggal kamu.

a)

Sedih dan simpati

b)

Gembira dan puas hati

c)

Tidak ambil peduli

28.

Rakan kamu dituduh mengambil beg kepunyaan rakan kamu yang lain. Apakah tindakan kamu ?

a)

Menyiasat terlebih dahulu

b)

Mengesyaki rakan kamu mengambilnya

c)

menjauhkan diri daripada rakan tersebut.

29.

Apakah yang akan berlaku jika kamu membuat tuduhan terhadap seseorang tanpa menyiasat perkara sebenar ?

a)

Berlaku perselisihan faham

b)

Hubungan menjadi erat

c)

Disanjung oleh masyarakat

30.

Apabila saya menerima pujian daripada pemimpin masyarakat , saya akan mengucapkan ________

a)

terima kasih

b)

tahniah

c)

takziah

31.

Rakan kamu menegur perbuatan kamu yang cuba merosakkan taman permainan

a)

Patut

b)

Tidak patut

32.

Kamu mengaku yang kamu mencuri dompet rakan pada waktu rehat.

a)

Patut

b)

Tidak patut

33.

Kamu hanya mendiamkan diri apabila melihat rakan kamu mengoyakkan helaian buku di perpustakaan.

a)

Patut

b)

Tidak patut

34.

Kamu telah membuang notis yang perlu diedarkan kepada penduduk kampung.

a)

Patut

b)

Tidak patut

35.

Kamu akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.

a)

Patut

b)

Tidak patut