wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH ULANG KAJI BAB 1 HINGGA BAB 4 TINGKATAN 4 KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah wilayah pengaruh dalam Kerajaan Alam Melayu ditentukan?

a)

Melalui sempadan yang dipersetujui semua pemerintah

b)

Melalui penerimaan pemerintahan seseorang raja.

c)

Melalui sungai yang memisahkan wilayah

d)

Melalui perjanjian bertulis pemerintah

2.

Gambar berikut merupakan Inskripsi Telaga Batu yang wujud dalam Kerajaan Alam Melayu

Mengapakah inskripsi ini penting kepada kerajaan Srivijaya?

a)

Upacara persetiaan antara pemerintah dan golongan diperintah

b)

Kewujudan agama Hindu dalam kerajaan Srivijaya

c)

Mengandungi undang-undang Srivijaya

d)

Kewujudan tulisan Sanskrit

3.

Bagaimanakah rakyat Srivijaya menunjukkan kesetiaan kepada raja?

a)

Meminum air sumpah

b)

Menjalankan aktiviti korban

c)

Membayar wang perlindungan

d)

Menawarkan diri sebagai tentera

4.

Mengapakah rakyat mematuhi segala arahan dan tidak akan menderhaka kepada pemerintah?

a)

Bimbang akan dibuang negeri

b)

Bimbang dijadikan hamba abdi

c)

Takut dihukum bunuh

d)

Takut ditimpa tulah

5.

Nasionalisme di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

b)

Memantapkan kedudukan parlimen

c)

Menjejaskan kedaulatan negara bangsa

d)

Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja

6.

Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita

a)

Perjuangan melalui penulisan.

b)

Perjuangan bercorak radikal.

c)

Perjuangan berpendidikan agama.

d)

Perjuangan berpendidikan agama.

7.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut ?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

8.

Tokoh Pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gerila

d)

Penubuhan madrasah

9.

Maklumat berikut adalah kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.


April 1917 : Amerika Syarikat menyertai peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga


Apakah kesan penyertaan tersebut kepada Amerika Syarikat?

a)

Kuasa rakyat di dengari

b)

Kehilangan tanah jajahan

c)

Diiktiraf sebagai kuasa besar

d)

Di kehendaki membayar pampasan

10.

Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada Empayar Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama ?

a)

Persahabatan antara benua

b)

Perkembangan kuasa imperialisme

c)

Pelindung umat Islam seluruh dunia

d)

Perjuangan menuntut kemerdekaan

11.

Perjanjian Versailles 1919 di tandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman selepas Perang Dunia Pertama.

Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Jerman?


I Kehilangan tanah jajahan

II Bayaran pampasan yang tinggi

III Berlaku peningkatan penyakit berjangkit

IV Kejatuhan ekonomi pertanian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Peta berikut adalah lokasi di Tanah Melayu dan Singapura yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun.


Apakah faktor-faktor tersebut?


I Bantuan golongan imigran

II Bilangan tentera ramai

III Semangat juang tinggi

IV Strategi berkesan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Gambar di bawah adalah berkaitan novel yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Apakah mesej utama yang hendak disampaikan dalam karya tersebut?

a)

Ketidakadilan pentadbiran

b)

Kemunduran masyarakat

c)

Kekejaman tentera

d)

Keruntuhan akhlak

14.

Poster propaganda tentera Jepun tertera dalam tulisan Jawi

‘ Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya’


Mengapakah orang Melayu terpengaruh dengan poster tersebut?

a)

Bebas daripada penjajahan Barat

b)

Mengekalkan status quo Tanah Melayu

c)

Kecanggihan peralatan tentera Jepun

d)

Ketidakadilan pentadbiran British

15.

Jadual yang menunjukkan peningkatan harga dari bulan Disember 1941 hingga bulan Ogos 1945 di Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun.


Mengapakah keadaan ini berlaku ?

a)

Bencana alam

b)

Sekatan ekonomi

c)

Masalah pengangguran

d)

Kegiatan pasaran gelap

16.

Apakah kesan kegagalan British Military Administration melaksanakan tugasnya terhadap penduduk tempatan?

a)

Waspada dengan kuasa asing

b)

Menyerah nasib kepada takdir

c)

Menyerah nasib kepada penjajah

d)

Mengharapkan bantuan kuasa lain

17.

Gambar di atas menunjukkan kemusnahan bandar Sandakan selepas dibom oleh tentera Jepun. Berdasarkan peristiwa tersebut, mengapakah SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?


a)

Kekurangan dana

b)

Masalah pentadbiran

c)

Masalah pembangunan

d)

Kehilangan banyak nyawa

18.

Tokoh di atas merupakan pejuang kemerdekaan Sarawak. Beliau berjaya membunuh Duncan Stewart sehingga mencetuskan kemarahan British. Apakah tindakan British terhadap peristiwa tersebut ?

a)

Membiarkan gerakan anti penyerahan diteruskan

b)

Dihantar ke London untuk dibicarakan

c)

Ditawarkan bekerja dengan kerajaan

d)

Menindas gerakan anti penyerahan

19.

Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pemimpin di Sabah sukar untuk menghimpunkan kesemua etnik dalam satu pertubuhan untuk melakukan gerakan nasionalisme?

a)

Etnik di Sabah sering berbalah

b)

Masyarakat di Sabah tidak bersatu padu

c)

British telah melakukan sekatan dan penindasan kepada penduduk

d)

Perbezaan dari aspek bahasa, budaya, sistem kepercayaan, petempatan dan kegiatan ekonomi.

20.

Apakah faktor Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan British pada tahun 1946.

a)

Pemodenan pentadbiran

b)

Kepentingan ekonomi

c)

Pemulihan prasarana

d)

Desakan British