Font size
WorksheetsSistem Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Sonia minum beberapa ________ air untuk menghilangkan dahaga.
tongkol
tangkal
titis
teguk
Beliau ______ bintang kebesaran oleh Sultan dalam majlis rasmi itu.
dianugerahkan
dianugerahi
menganugerahkan
menganugerahi
Mak Minah _________ halus daging lebu itu untuk dijadikan inti karipap.
memotong
menghiris
mencincang
membelah
Masalah yang (A) berlaku di syarikat itu dapat diselesaikan dengan cepat (B) kerana kakitangan (C) syarikat bekerjasama untuk mengatasinya. Tiada kesalahan (D)
A
B
C
D
Kami sampai lewat (A) di seklah keranan bas sekolah yang kami naiki (B) telah melalui (C) kerosakan. Tiada kesalahan (D)
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Cita-citanya untuk menjadi seorang doktor semakin marak setelah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Beberapa orang anggota bomba berusaha untuk mengawal api yang sedang marak di bangunan itu.
Tarian artis itu semakin marak sehingga memukau para penonton.
Kehidupan nelayan itu semakin hari semakin marak ekoran musim tengkujuh.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Encik Zul berusaah untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah hutangnya itu.
Ibu menasihati abang supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang gelap di kawasan itu.
Dia jalan kehidupan yang tenang setelah memperoleh pekerjaan di syarikat pengiklanan itu.
Saya teringat kembali jalan hidup saya dahulu yang berliku-liku.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Memotong baju kebaya itu tudak sesuai dengan bentuk badan Ameera.
Kompleks beli-belah itu mengadakan jualan murah bersempena dengan musim perayaan.
Bunyi yang terlalu bising dari tapak pembinaan itu membuatkan ibu sakit kepala.
Permintaan masyarakat terhadap buah-buahan tempatan semakin meningkat.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Ravin menegaskan yang dia akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.
Banyak barangna lama yang berharga tersimpan di dalam bilik itu.
"Sementara belum mendapat pekerjaan tetap, buatlan kerja-kerja sampingan dahulu," kata ayah kepada kakak.
Pohon yang merimbun di tepi sawah itu menjadi tempat teduh para petani.
" Tiada rotan, akar pun berguna"
Apakah maksud peribahasa di atas?
sesiapa yang rajin berusaha akan memperoleh rezeki.
kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.
sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.
sesuatu yang hilang secara tiba-tiba.
