NEW
Font size
WorksheetsSemester 3 STPM - Semantik [Siri 2]
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Pembelajaran tentang semantik merupakan pendedahan mengenai
kata dan frasa
makna kata dan frasa
penggunaan tatabahasa
penggunaan bahasa yang berkesan
Makna perkataan yang bersifat leksikal dikenali sebagai makna
tersirat
konotatif
denotatif
tambahan
Frasa yang manakah mempunyai makna konotatif?
Ibu ayam saya
Bapa ayam saya
Pemuda buaya itu
Seekor anak buaya
Yang manakah mempunyai makna denotatif dan konotatif?
I -- Angkat topi
II -- Anak angkat
III -- Angkat kaki
IV -- Angkat berat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu, dan ada kaitan dengan idea yang mendasari sesuatu dikenali sebagai
objek
makna
konsep
rujukan
Pasangan yang manakah yang hubungannya bersifat langsung?
I -- Kata - rujukan
II -- Kata -- konsep
III -- Konsep - rujukan
I
II
I dan II
II dan III
Dalam segi tiga semiotik (Odgen dan Richards), yang manakah merupakan benda yang konkrit?
Kata
Makna
Konsep
Rujukan
Antara yang berikut, pasangan manakah yang sinonim?
Tangkas - cerdas
Musnah - binasa
Sedih - menangis
Saranan - bantahan
Perkataan organ termasuk dalam leksikal
hiponim
homonim
homofon
homograf
Perkataan yang manakah yang bersifat homonim?
I -- Bekas
II -- Kuota
III -- Sedang
IV -- Tumbang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Helang - Murai - Pungguk - Merpati
Superordinat bagi senarai di atas ialah
unggas
haiwan
binatang
mergastua
P = Kereta, bas, motosikal
Q = Tayar, gear, stereng
Apakah P dan Q?
P = sinonim, Q = hiponim
P = hiponim, Q = homofon
P = hiponim, Q = meronim
P = meronim, Q = hiponim
Nama sayur, seperti kubis, lobak, dan kangkung, dalam bidang semantik, termasuk dalam kategori
sinonim
hiponim
polisemi
homonim
Jatuh = gugur, tumbang, muflis
Makna kata jatuh yang dinyatakan di atas merupakan
sinonim
hiponim
polisemi
homonim
X - Saya mahu membela ayam.
Y - Saya mahu membela negara saya.
Perkataan berhuruf condong dalam X dan Y di atas merupakan
homograf
homonim
homofon
holonim
Yang manakah padanan yang benar?
Meronim -- sirip, ekor, sisik
Hiponim -- almari, kerusi, kelapa
Sinonim -- Cantik, menarik, harum
Homograf -- selak, rendang, tembok
- Sebutan sama
- Ejaan sama
- Maksud berbeza
Ciri di atas adalah tentang
homograf
homonim
homofon
meronim
Polisemi dan homonim mempunyai persamaan dari aspek
perkataan yang sama
sebutan yang serupa
ejaan yang sama
makna berbeza
Yang manakah homofon?
Bela, serak
Kuota, kota
Jauh, dekat
Cetek, tohor
- Suara parau
- Bersepah
Maksud-maksud di atas merupakan
homofon
homonim
homograf
polisemi
X : Hidung, mulut, dahi, mata, pipi
Apakah istilah yang sesuai untuk X?
Meronim
Hiponim
Holonim
Antonim
Z : Baju, seluar, kemeja, tudung
Apakah istilah yang digunakan bagi Z?
Sinonim
Hiponim
Polisemi
Superordinat
Yang manakah BUKAN jenis perkaitan makna dari segi leksikal?
Homofon
Polisemi
Homograf
Etimologi
Yang manakah TIDAK berhubung kait dengan makna sesuatu perkataan?
Kata
Makna
Rujukan
Sebutan
Ayat yang manakah yang mengandungi frasa yang membawa makna konotatif?
Sungai itu terbentuk daripada mata air yang keluar di hujung daerah itu.
Mereka menyembelih ayam bertanda untuk menjamu kepulangan Ishak.
Sudah tidak hairan lagi emaknya tentang Arbi yang selalu pulang ketika embun jantan mula turun.
Jangan mudah percaya akan orang itu kerana selama ini dia selalu ajak-ajak ayam sahaja.
Dalam kajian semantik, penyempitan dan peluasan makna tergolong sebagai
makna denotatif
makna konotatif
perkaitan makna
perubahan makna
Perkataan "tular" asalnya digunakan untuk maksud dalam bidang perubatan, tetapi kini digunakan pula dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Perkataan tersebut telah mengalami
penyempitan makna
penyesuaian makna
pertukaran makna
peluasan makna
Perubahan makna sesuatu kata terjadi disebabkan
perkembangan bahasa
kehendak pengguna bahasa
perubahan suasana kebahasaan
keperluan mengungkapkan makna baharu
Rangkai kata yang manakah yang mengandungi perkataan yang mengalami penyempitan makna?
I -- Seorang imam terkenal
II -- Klinik di tengah bandar itu
III -- Membaca kitab tentang pengurusan
IV -- Bertemu kali pertama di sebuah taman
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Ustaz Ahmad bersama dengan keluarganya di sebuah taman perumahan baharu di bandar itu.
Yang manakah perkataan yang mengalami perubahan makna?
Ustaz
Keluarga
Ustaz, taman
Bersama, baharu
