WorksheetsCTU263 - Integriti
Total questions: 16
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan INTEGRITI?
Sifat fizikal yang sempurna yang dimiliki oleh individu dalam sesebuah organisasi
Sifat yang mulia yang tidak dimiliki oleh sesiapa melainkan umat Islam
Peribadi yang menepati lelaki idaman wanita
Kesempurnaan nilai murni yang menjadi prinsip, praktis dan pegangan seseorang
Perkataan berikut memperjelaskan lagi maksud INTEGRITI melainkan?
Keutuhan
Kejujuran
Kekuatan
Ketelusan
Seseorang yang berintegriti mesti mempunyai sifat-sifat di bawah, kecuali?
Tamak
Jujur
Amanah
Ikhlas
Umat Islam mesti mempunyai sifat integriti. Apakah perkara yang perlu dipraktiskan dalam kehidupan seseorang yang berintegriti?
Tidak mudah dipengaruhi
Berpegang pada janji
Menghormati dan menghargai nilai waktu
Mempunyai agenda tertentu
Sebagai umat Islam, amanah yang dipikul harus digalas dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab. Mengapa perkara ini penting bagi umat Islam?
Amanah yang diberi adalah bukti bahawa kita adalah orang yang hebat
Amanah yang diberi adalah kepercayaan orang kepada kita, jangan rosakkannya
Amanah yang digalas adalah peluang untuk memajukan diri dan menggandakan harta
Setiap amanah yang digalas akan disoal oleh Allah di akhirat kelak
Antara cara menjadi insan berintegriti dalam menguruskan wang adalah?
Memastikan rekod keluar masuk duit dengan telus
Menyalurkan wang untuk mencapai matlamat yang selari dengan Syarak
Tidak menggunakan wang untuk kepentingan peribadi dan kenalan
Tidak mencuri wang dengan pelbagai cara penipuan
i - Wujudkan suasana yang mesra
ii - Guna perkataan yang ringkas & tepat
iii - Nada suara yang jelas dan lembut
iv - Kawal mimik muka
v - Elak perkataan menyinggung perasaan
Integriti berkaitan masa
Integriti berkaitan wang
Integriti berkaitan komunikasi
Integriti berkaitan kerja
Pengurusan masa yang baik merupakan salah satu bentuk INTEGRITI yang wajib dipelihara. Bagaimana ia boleh dijaga?
Menyiapkan kerja yang diberi dalam masa yang ditetapkan tanpa bertangguh
Sentiasa menyedari bahawa masa sangat berharga dan tidak seharusnya dibuang begitu sahaja
Tidak melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan kerja pada waktu kerja
Tidak menghabiskan masa dengan berbual di kedai pada waktu kerja
Pilih kesalahan yang biasa dilakukan pekerja yang menunjukkan tiada INTEGRITI dalam diri mereka.
Memalsukan sijil sakit semata-mata untuk bercuti
Menggunakan internet dan elektrik pejabat untuk kegunaan bisnes peribadi
Sentiasa clock in dan clock out pejabat tepat-tepat pada waktunya
Makan dan minum di kafeteria hanya pada waktu makan atau rehat
Adakah sistem AKHLAK ISLAM lebih menyeluruh daripada konsep dan teori nilai-nilai etika dan kerja?
Ya. Dengan menghayati Akhlak Islam, pasti etika kerja akan dipraktikkan bersama
Tidak. Akhlak Islam tiada kaitan dengan aspek pekerjaan dan pengurusan
Ya. Penghayatan Akhlak Islam akan memberi kesedaran tentang akhirat dan hari pembalasan
Tidak. Akhlak hanya berkaitan hati. Etika kerja berkaitan amali dan praktikaliti
Mengamalkan konsep BEST PRACTICE adalah bertepatan dengan konsep IHSAN.
Benar
Salah
Mengapa INTEGRITI sangat penting untuk wujud dalam diri setiap insan?
Tanpanya, rasuah akan berleluasa
Tanpanya, kerja akan dilakukan secara cincai dan sambil lewa
Tanpanya, kemaslahatan negara & masyarakat akan musnah dan tidak tercapai
Tanpanya, kemudaratan & kerosakan pasti akan melanda
Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan INTEGRITI?
Sikap tamak dan haloba
Terlalu naif dengan dunia
Tidak menghayati kepentingannya
Mengamalkan ajaran Islam
Budaya buruk yang berleluasa tanpa teguran (Amar Makruf Nahi Mungkar) akan menyebabkan ramai masyarakat tidak mengamalkan INTEGRITI dan merasakan tidak salah kerana berpendapat perbuatannya adalah normal.
Ini adalah salah satu faktor kemerosotan integriti dari aspek institusi
Ini adalah salah satu faktor kemerosotan integriti dari aspek individu
Ini adalah salah satu faktor kemerosotan integriti dari aspek budaya
Semua di bawah adalah faktor yang menyebabkan sistem penguatkuasaan tidak mampu mengekang salah laku penjawat awam, kecuali?
Penguatkuasaan yang lemah
Ketelusan dan kecekapan dalam mengenalpasti salah laku
Pemantauan yang tidak teliti
Prosedur yang banyak kelompongan
Antara isu terbaru di Malaysia yang melibatkan salah laku, rasuah dan ketiadaan integriti pemimpin dan penjawat awam sehingga menyebabkan pelbagai kerosakan kepada rakyat dan negara, adalah?
Isu Nama Stadium Ffira Mikah
Isu Daging Kartel Yang Memalsukan Logo Halal
Isu Pencemaran Sumber Air di Selangor
Isu Import & Eksport Sampah Negara Maju Ke Dalam Negara Membangun
