NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA TAHUN 5
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pasukan lawan gagal merampas bola kerana pasukan kami sangat _____ mengawal bola.
Gagah
Deras
Cepat
Lincah
Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.
Biji
Helai
Jambak
Batang
Saya dan Azizah tidak menyangka bahawa poster yang sama-sama ______ lukis itu memenangi tempat pertama.
Saya
Kamu
Kami
Mereka
Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.
Sebaris
Sepatah
Serangkap
Sebuah
Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah universiti di England.
Sekeping
Sepucuk
Sekeping
Senaskah
Abang kelihatan sangat _____ apabila memakai uniform tentera yang lengkap.
Tegak
Segak
Cekap
Kemas
Pokok bunga itu _____ dan daunya kekuningan kerana musim kemarau sedang berlaku.
Sayu
Layu
Ayu
Kuyu
"Titah tuanku akan _____ laksanakan segera," kata Laksamana Hang Tuah.
Kita
Saya
Hamba
Patik
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.
kecut
kemik
kendur
kempis
Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.
berukir
terukir
diukirkan
mengukirkan
Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.
Baginda
Beta
Beliau
Patik
Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.
alah biasa tegal biasa
bagai tikus membaiki labu
alang-alang mandi biar basah
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.
tandan
buah
bekas
batang
Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu
berat tangan
lipas kudung
cakar ayam
simpang siur
Malaysia terkenal dengan ___ budaya dan warisan bangsa.
unik
keunikan
mengunikkan
Cikgu Dalilah ____ bahawa tulisan Tamil ditulis dan dibaca dari kiri dan kanan.
terang
keterangan
menerangkan
penerangan
"_______ harga bagi satu set kaligrafi Cina ini?" tanya Encik Lim.
Di manakah
Siapakah
Berapakah
Bagaimanakah
Fatimah mengalami keracunan makanan akibat makanan yang tidak ________ dengan sempurna.
memasak
dimasak
termasak
masakkan
Lilian telah menerima ______________sepupunya dari Australia.
kunjungan
dikunjungi
berkunjung
Pak Mat menangkap ikan dengan serawan ________.
kertas
kanvas
jala
kain
Pintu pagar rumah Encik Teoh telah dikunci dengan ________.
mangga
kunci
tenggala
kayu
____________ itu membanting padi yang telah masak di tengah sawah.
Kerani
Nelayan
Peniaga
Petani
Kakak saya telah mendapat segulung ijazah selepas tiga tahun menuntut di _____________.
Tadika Taj
Universiti Malaya
Sekolah Kebangsaan Sungai Durian
Sekolah Menengah Sri Kukup
