WorksheetsF2:PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh mutualisme dalam organisma?
Harimau dan kuda belang
Kutu dan manusia
Bunga dan lebah
Paku pakis langsuir dan pokok
Apakah contoh makanan yang perlu di ambil oleh kanak - kanak yang berisiko mengalami kwashiorkor?
Minyak sapi
Susu
Buah betik
Roti
Rajah di atas menunjukkan sejenis haiwan yang semakin diancam kepupusan pada masa sekarang.
Aktiviti manusia yang manakah menyebabkan kepupuasan haiwan tersebut?
Pembinaan kilang
Pemburuan haram
Penebangan hutan
Akviti pertanian
Rajah di atas menunjukkan seekor lipas yang dicirikan dengan tiga pasang kaki.
Antara berikut, haiwan manakah mempunyai ciri yang sama seperti lipas?
Semut
Labah - labah
Lipan
Ulat gonggok
Apakah cara yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan penggunaan air di rumah?
Membasuh pakaian setiap hari
Mandi menggunakan air hujan
Membina laman yang besar
Membasuh kereta menggunakan air hujan yang disimpan
Proses pembersihan air melibatkan beberapa peringkat.
Apakah peringkat yang berfungsi untuk menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan pada air?
Pengenapan
Penurasan
Pengoksidaan
Pengklorinan
Rajah di atas menunjukka Faiz mengalami kesakitan setelah dipatuk oleh seekor ular semasa beriadah.
Apakah bentuk keimunan yang perlu diberikan kepada Faiz?
Keimunan pasif semula jadi
Keimunan pasif buatan
Keimunan aktif semula jadi
Keimunan aktif buatan
Apakah contoh penyakit yang disebarkan oleh virus?
i Demam denggi
ii Kolera
iii Leptospirosis
iv Demam Zika
i dan ii
iii dan iv
ii dan iii
i dan iv
Rajah di atas menunjukkan beberapa barang yang dibeli Aminah.
Apakah bahan yang dikategorikan sebagai alkali?
Serbuk penaik dan cuka
Cuka dan pembersih longkang
Pembersih longkang sahaja
Serbuk penaik dan pembersih longkang
Pak Mail telah disengat oleh tubuan semasa membersihkan kebunnya.
Antara bahan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk merawat kesan gigitan tersebut?
Cuka
Ubat gigi
Serbuk penaik
Sabun
Antara berikut, yang manakah benar apabila daya dikenakan ke atas suatu objek?
i Ketumpatan objek berubah
ii Kelajuan objek bergerak berubah
iii Bentuk dan saiz objek berubah
iv Bentuk dan jisim objek berubah
i dan ii
iii dan iv
ii dan iii
i dan iv
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang reka bentuk empangan?
Dinding di tengah - tengah empangan lebih tebal kerana tekanan air paling tinggi di kawasan itu.
Dinding di bahagian bawah empangan lebi nipis kerana tekanan air berkurang dengan kedalaman.
Dinding di bahagian bawah empangan lebih tebal kerana tekanan air bertambah dengan kedalaman.
Ketebalan dinding adalah sama kerana tekanan air kekal sama.
Rajah di atas menunjukkan cendawan yang dijumpai di suatu habitat.
Apakah pengelasan yang boleh dilakukan pada cendawan?
Pengeluar
Pengurai
Pengguna primer
Pengguna tertier
Tikus merupakan haiwan pemakan daging dan juga menyukai buah - buahan seperti epal.
Berdasarkan pemakanannya, apakah kelas bagi tikus?
Karnivor
Herbivor
Pengurai
Omnivor
Antara berikut, yang manakah merupakan sifat - sifat bagi garisan medan magnet?
i Tidak bersilang antara satu sama lain
ii Garisan lebih rapat di kawasan yang mempunyai medan magnet lemah
iii Garisan mengarah dari kutub selatan ke kutub utara.
iv Garisan mengarah dari kutub utara ke kutub selatan.
i dan ii
iii dan iv
ii dan iii
i dan iv
Rajah di atas menunjukkan seekor ikan dolfin yang menghasilkan bunti berfrekuensi tinggi semasa membuat penganggaran jarak.
Antara haiwan berikut yang manakah menghasilkan bunyi yang berfrekuensi tinggi seperti dolfin?
Pernyataan di bawah menerangkan tentang suatu planet.
* Mempunyai paksi putaran yang condong ke sisi
* Planet berunsurkan ais dan batu
* Mempunyai banyak bulan
Apakah planet yang mempunyai ciri- ciri di atas?
Musytari
Uranus
Zuhal
Marikh
Rajah di atas menunjukkan suatu bangunan di tengah bandar yang mengaplikasikan konsep bangunan hijau.
Apakah ciri - ciri bangunan hijau?
Menggunakan bahan murah
Menggunakan bahan binaan daripada kaca
Menggunakan lampu pendarfluor
Menggunakan dinding berwarna gelap
Mengapakah landasan kereta api mempunyai ruang kecil antara penyambung rel?
Membolehkan pengembangan landasan ketika cuaca panas.
Membolehkan pengecutan landasan ketika cuaca panas.
Membolehkan pengembangan landasan ketika sejuk.
Membolehkan pemanjangan landasan ketika cuaca sejuk.
Meteor yang tidak habis terbakar akan memasuki Bumi dan membentuk X.
Apakah X?
Asteroid
Meteoroid
Meteorit
Komet
