wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TING 2 (1)

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri vertebrata


berdarah sejuk

bernafas melalui peparu

melakukan persenyawaan luar


Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai ciri-ciri ini?

a)

Ikan

b)

Katak

c)

Ikan lumba-lumba

d)

Buaya

2.

Rajah menunjukkan tumbuhan tidak berbunga. Tumbuhan manakah adalah dalam kumpulan yang sama dengan tumbuhan di atas?

a)

Rumput

b)

Pokok padi

c)

Mukor

d)

Pokok jagung

3.

Antara berikut, haiwan manakah berdarah panas?

a)

Kuda laut

b)

Ikan paus

c)

Katak

d)

Penyu

4.

Rajah menunjukkan satu ekosistem kolam. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai organisma hidup dalam ekosistem?

a)

Organisma hidup terdiri daripada satu populasi sahaja

b)

Mempunyai persamaan ciri-ciri am organisma hidup

c)

Pelbagai jenis organisma hidup yang berbeza

d)

Interaksi berlaku dalam kalangan populasi sendiri sahaja

5.

Yang manakah adalah merupakan contoh komuniti?

a)

Sekumpulan gajah dalam hutan

b)

Tanaman tomato di ladang sayuran

c)

Ikan dalam laut

d)

Ikan belacak di tepi sungai

6.

Berdasarkan piramid dalam rajah di atas, apakah yang akan berlaku apabila populasi ular bertambah?

a)

Helang akan kekurangan makanan

b)

Ular akan bersaing untuk mendapatkan makanan

c)

Populasi padi berkurang

d)

Populasi tikus bertambah

7.

Rajah menunjukkan tabiat pemakanan yang tidak sihat di kalangan kanak-kanak. Apakah kelas makanan yang terdapat dalam diet ini?

a)

Vitamin

b)

Protein

c)

Garam mineral

d)

Lemak

8.

Nilai kalori bagi nasi ialah 15 kJ/g. Hitung nilai kalori untuk 100 g nasi. Berikan jawapan dalam unit kJ

(a)  

9.

Kelas makanan manakah yang dipadankan betul dengan hasil akhir pencernaannya?

a)

Protein - asid amino

b)

Lemak - glukosa

c)

Karbohidrat - asid lemak dan gliserol

d)

Protein - glukosa

10.

Antara amalan berikut, yang manakah boleh mencegah penyakit bawaan udara?

a)

Meludah merata tempat

b)

Tutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin

c)

Elakkan berada di kawasan orang ramai

d)

Memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung

11.

Penyakit manakah dipindahkan melalui air?

a)

Denggi

b)

Virus zika

c)

Kolera

d)

Malaria

12.

Bagaimanakah penyakit denggi dapat dicegah daripada terus merebak?

a)

Mengetatkan undang-undang melalui saman kepada premis yang kotor

b)

Mengamalkan diet seimbang

c)

Memindahkan pesakit denggi dari orang ramai

d)

Mengambil vaksin dan imunisasi

13.

Apakah perubahan yang berlaku kepada air pada takat leburnya?

a)

Cecair kepada gas

b)

Gas kepada pepejal

c)

Pepejal kepada cecair

d)

Cecair kepada pepejal

14.

Rajah menunjukkan pakaian yang sedang dijemur. Faktor manakah yang menyebabkan pakaian mengering lebih cepat?

a)

Kelembapan udara yang rendah

b)

Luas permukaan yang besar

c)

Suhu sekitar yang rendah

d)

Pergerakan udara yang tinggi

15.

Apakah kesan penambahan garam biasa terhadap takat lebur ais dan takat didih air suling?

a)

Garam biasa menurunkan takat lebur ais

b)

Garam biasa menaikkan takat lebur ais

c)

Garam biasa meningkatkan takat didih air suling

d)

Garam biasa menurunkan takat didih air suling

16.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai definisi peneutralan?

a)

Tindak balas kimia antara garam dan alkali untuk menghasilkan asid dan air

b)

Tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam dan air

c)

Tindak balas kimia antara garam dan asid untuk menghasilkan alkali dan air

d)

Tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam

17.

Antara berikut, yang manakah dihasilkan apabila asid hidroklorik bertindak balas dengan zink?

a)

Air

b)

Garam

c)

Hidrogen

d)

Klorin

18.

Rajah menunjukkan proses peneutralan antara asid dan alkali. Persamaan tindak balas manakah yang mewakili proses di atas?

a)

Asid hidroklorik + natrium hidroksida \rightarrow natrium klorida

b)

Asid hidroklorik + natrium hidroksida \rightarrow air

c)

Asid hidroklorik + natrium hidroksida \rightarrow natrium klorida + air + karbon dioksida

d)

Asid hidroklorik + natrium hidroksida \rightarrow natrium klorida + air

19.

Pernyataan manakah benar bagi jus buah-buahan yang ditunjukkan di atas?

a)

Menukarkan kertas litmus merah ke biru

b)

Mempunyai nilai pH kurang daripada 7

c)

Bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan hidrogen

d)

Menukarkan penunjuk hidrogen karbonat daripada merah ke kuning

20.

Unit SI bagi tenaga

a)

Kilogram (kg)

b)

Gram (g)

c)

Kilojoule (kJ)

d)

Joule (J)

21.

Rajah menunjukkan bebola polistirena yang telah dicaskan secara geseran dan digantung berpasangan. Yang manakah kesimpulan yang betul?

a)

P bercas negatif

b)

Q bercas positif

c)

R bercas negatif

d)

S bercas negatif

22.

Rajah menunjukkan transformer yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan voltan arus ulang alik dalam sistem penghantaran dan pengagihan elektrik. Mengapakah wayar kuprum sesuai digunakan sebagai lilitan pada transformer?

a)

Kuprum ialah konduktor elektrik yang baik

b)

Kuprum ialah konduktor elektrik yang lemah

c)

Kuprum mempunyai takat lebur yang tinggi

d)

Kuprum mempunyai takat didih yang rendah

23.

Daya yang menarik semua objek ke arah pusat bumi


Pernyataan di atas menepati

a)

Daya elektrostatik

b)

Daya magnetik

c)

Daya graviti

d)

Daya geseran

24.

Cadangkan cara untuk menggerakkan bongkah kayu dengan lebih mudah

a)

Menggunakan troli

b)

Menggunakan minyak

c)

Menggunakan kertas pasir

d)

Menggunakan permukaan kasar

25.

Berapakah jarak Jia Yin supaya jongkang-jongket itu dapat diseimbangkan?

a)

3 m

b)

2 m

c)

5 m

d)

4 m

26.

Rumah-rumah di negara tropika biasanya dicat putih untuk

a)

menyerap haba

b)

mengesan haba

c)

menyinar haba

d)

memantul haba

27.

Rajah menunjukkan proses pengeringan ikan dengan menggunakan haba dari unggun api. Apakah bentuk pergerakan haba yang berlaku?

a)

Pemejalwapan

b)

Peleburan

c)

Pendidihan

d)

Konduksi

28.

Prinsip pengaliran haba yang manakah terlibat dalam sistem pengudaraan sebuah bilik?

a)

Sinaran

b)

Perolakan

c)

Konduksi

d)

Penyerapan

29.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak melibatkan pantulan bunyi

a)

Menentukan kedalaman lautan

b)

Kelawar terbang di dalam gua yang gelap

c)

Mengesan kehadiran sekawan ikan di dalam laut

d)

Memetik tali gitar

30.

Yang manakah merupakan pemerhatian bagi eksperimen di atas?

a)

Deringan loceng didengari paling kuat apabila keseluruhan udara di dalam belas dikeluarkan

b)

Deringan loceng menyebabkan bekas bergetar bersamaan dengan frekuensi bunyi

c)

Deringan loceng tidak kedengaran apabila keadaan di dalam bekas menjadi vakum

d)

Menghidupkan pam vakum menjadikan deringan loceng menjadi lebih kuat

31.

P - udara, Q - bata dinding, R - air suling


Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah turutan menaik bagi pemindahan bunyi melalui medium?

a)

P, Q, R

b)

P, R, Q

c)

Q, R, P

d)

Q, P, R

32.

Yang manakah bukan ciri untuk mengkelaskan bintang?

a)

Warna

b)

Cantik

c)

Kecerahan

d)

Saiz

33.

Yang manakah adalah jenis galaksi dalam sistem suria?

a)

Galaksi elips

b)

Galaksi berpilin

c)

Galaksi tidak seragam

d)

Galaksi seragam

34.

Yang manakah bukan jenis bintang mengikut saiz relatif kepada matahari?

a)

Bintang kerdil putih

b)

Bintang raksasa merah

c)

Bintang super raksasa

d)

Bintang kecil

35.

Antara berikut, yang manakah bukan hasil kematian bintang

a)

Asteroid

b)

Bintang neutron

c)

Kerdil putih

d)

Lohong hitam

36.

Kenyataan manakah yang tidak benar?

a)

Semakin dekat suatu planet dari matahari,semakin tinggi suhu permukaannya

b)

Semakin besar jisim dan ketumpatan suatu planet, semakin kuat tarikan gravitinya

c)

Semua planet berputar pada arah yang sama mengelilingi matahari

d)

Apabila jarak planet dari matahari bertambah, masa untuk planet itu melengkapkan satu orbit mengelilingi matahari bertambah

37.

Jarak Musytari dari Matahari ialah 778 330 257 km. Berapakah jaraknya dalam unit A.U (unit astronomi)?

a)

0.386 A.U

b)

5.189 A.U

c)

9.529 A.U

d)

4.959 A.U

38.

Yang manakah bukan asteroid?

a)

Oort

b)

Ceres

c)

Vesta

d)

Pallas

39.

Yang manakah pernyataan yang benar?

a)

Komet terdiri daripada debu dan batu yang bercampur dengan ais dan gas beku

b)

Komet bergerak mengelilingi matahari

c)

Komet berasal daripada matahari

d)

Ekor komet paling panjang apabila paling dekat dengan matahari

40.

Pernyataan manakah yang benar?

a)

Meteoroid ialah batu-batu kecil dan logam yang mengorbit matahari mengikut jalur meteoroid

b)

Meteor ialah meteoroid yang bersinar apabila melepasi atmosfera bumi pada kelajuan yang sangat tinggi

c)

Komet ialah objek yang menghentam bumi untuk menghasilkan kawah

d)

Asteroid terletak di antara bumi dan marikh