WorksheetsPendidikan Moral Tingkatan 1
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Moral Berkaitan dengan semua dibawah kecuali
tingkah laku baik atau buruk
mengikut norma masyarakat
diterima oleh keluarga
diterima agama
Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang benar
tingkah laku yang diterima masyarakat
tingkah laku yang membantu membuat keputusan
tingkah laku yang berasaskan bukti
cara hidup bermoral kecuali
Cara menghormati amalan atau kepercayaan agama orang lain
tidak mengejek amalan keagamaan/kepercayaan rakan
tidak membuat bising semasa rakan sembahyang
tidak makan atau minumdepan rakan yang sedang berpuasa
SAHABAT BOEH DICARI, KEUARGA TIDAK BOLEH DIGANTI.
Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa...
sahabat adalah lebih penting daripada keuarga
persahabatan yang baik merupakan sesuatu yang perlu dihargai
kita perlu menjalinkan perhubungan yang erat dengan keluarga kita
keluarga perlu diutamakan daripada sahabat apabila membuat pilihan
Berikut adalah kepentingan menyayangi anggota keluarga kecuali
mewujudkan keluarga yang berpecah belah
mewujudkan kemesraan anggota keluarga
mengelakkan daripada menyinggung perasaan anggota keluarga
membina keluarga bahagia
Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?
Mendapat maklumat yang sahih
Hubungan kekeluargaan renggang
Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara
Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian
Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?
Memujuk rakan anda
Mengajak rakan anda untuk bermain
Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya
Tidak menghiraukan rakan anda
Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?
Menasihati rakan supaya tidak meniru
Mendapatkan jawapan dari rakan anda
Senyap dan tidak mengambil tindakan
Maklumkan kepada guru yang bertugas
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?
Prihatin
Kecewa
Simpati
Rasional
Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?
Makan semua makanan dengan sopan
Salam dengan semua orang
Memakai pakaian ikut keselesaan diri
Tidak menganggu majlis dengan membuat bising
Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?
Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap
Menggunakan tandas oku tersebut
Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang
Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama
Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?
Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain
Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan
Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang
Tidak buat apa-apa tindakan
Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?
Hindu
Kadazan
Murut
Sikh
Apakah perasaan berterima kasih kepada tuhan?
Bersalam
Bersyukur
Bergembira
Sembayang
Mary sangat lemah dan kurang keyakinan diri dalam berbahasa Melayu. Apakah yang patut dilakukan oleh Mary untuk mengatasi kelemahan dirinya?
Menggunakan bahasa yang lain apabila bercakap
Menggelakkan diri daripada berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tidak berusaha
Membaca buku selain dari buku Bahasa Melayu
Banyak bertanya dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri rasional kecuali
Dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara
Mengutamakan emosi dalam membuat keputusan
Sentiasa berhati-hati
Berfikiran matang
Di antara berikut kepentingan menjaga alam sekitar kecuali
membekalkan udara yang bersih.
Alam sekitar akan tercemar
mengurangkan kesan pemanasan global
mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera
Gambar menunjukkan contoh tingkah laku bermoral. Namakan tingkah laku tersebut.
Memuliakan ibu bapa
Menghormati guru
Menziarahi jiran
Membantu rakan
Ranjeet Singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ___________.
Benar
Baik
Sesuai
Patut
Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang __________.
Sahih
Baik
Benar
Luhur
Seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa _________ dalam kehidupan.
Sedih
Ragu-ragu
Gelisah
Tenang
Murid yang bertingkah laku baik akan _______ oleh orang lain.
Ditakuti
Disenangi
Dilindungi
Dipulaukan
Kita dianggap tidak bercakap benar apabila kita _________.
Melaporkan salah laku rakan
Melaporkan maklumat yang palsu
Menjadi saksi salah laku orang lain.
Mendiamkan diri walaupun mengetahui salah laku rakan.
Apakah akibat daripada perlakuan murid yang melanggar peraturan sekolah
Warga sekolah akan menghidap penyakit
Masa depan murid akan terjejas jika dibuang sekolah
Menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid lain
Menjamin keselamatan warga sekolah dan terhindar daripada berlakunya kejahatan
