Ukuran huruf
Lembar kerjaBahasa Melayu - Simpulan Bahasa (Tahap 2)
Total soal: 30
Worksheet time: 22mins
1. Pak Jumat yang ___________ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
bongkok sabut
manis mulut
kering hati
hati muda
2. Kamal terpaksa ber____________ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
tikam lidah
gelap hati
putih mata
alih angin
3. Farhani tidak gemar membeli kasut di kedai itu kerana harganya _______________ .
atas pagar
paku belanda
naik angin
kera sumbang
4. Sikap Halim yang suka __________ itu menyebabkan dia tidak disukai rakan-rakannya.
angkat mata
angkat kaki
angkat diri
angkat sumpah
5. Rozi tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______________ .
hutang darah
naik darah
hisap darah
mabuk darah
6. Pak Zamani dapat hidup senang hasil ________________nya berbakti kepada kepada tanah.
titik peluh
makan suap
jalan buntu
kacang hantu
7. Pekerja itu ____________ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
besar hati
ada hati
cekal hati
sampai hati
8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi ______________ orang kampungnya.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah fikiran
9. Ain mengambil sikap ______________ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
atas pagar
pilih kasih
hentam kromo
berpeluk tubuh
10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia ____________.
pekak badak
pisau cukur
pening lalat
buta huruf
11. Aina suka membaca, maka dia digelar ______________ .
ulat buku
intan terpilih
puteri lilin
kaki bangku
12. Adnan dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _____________ sudah turun.
bunga dedap
embun jantan
buaya tembaga
buah hati
13. Mira ____________ . Dia suka membocorkan rahsia orang.
mulut tempayan
telinga kuali
tangan panjang
kepala angin
14. Kadar __________ di kalangan penduduk luar bandar sudah jauh berkurangan.
buta ayam
buta huruf
buta perut
buta tuli
15. Banyak syarikat bumiputera terpaksa ____________ akibat kelembapan ekonomi negara.
cabut nyawa
balik gangang
hutang darah
gulung tikar
16. Encik Idris gemar mendengar muzik klasik sebagai ____________ pada masa senggang.
halwa telinga
buah pena
bidan terjun
daki dunia
17. Daud terkenal sebagai ____________ di kampung itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut malam.
kepala batu
kepala angin
kutu embun
kera sumbang
18. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _____________ .
baik sangka
buruk siku
putih mata
pilih kasih
19. Pemuda yang kurang siuman itu tersengih- sengih seperti ___________ apabila lalu di hadapan gadis itu.
cacing kepanasan
kerang busuk
sampah masyarakat
saudara pungut
20. “usahlah memandang saya seperti ____________. Saya juga berhak bersuara di negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk kampung.
kacang hantu
pisau cukur
anjing kurap
penyapu baharu
21. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan ______________ Encik Abu dan Puan Zaini.
buah pena
bidan terjun
nyur gading
mata petai
22. Usahlah kamu berharap Encik Hassan yang terkenal dengan gelaran ____________ itu akan menghulurkan derma kepada anak-anak yatim.
lintah darat
ketam batu
buaya tembaga
bodoh sepat
23. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti ______________ semasa memperagakan fesyen pakaian ini.
bongkok sabut
patah kandar
tali barut
cupak hanyut
24. Tuk Penghulu menasihati ___________nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain.
anak emas
anak buah
anak angkat
anak tiri
25. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang ____________.
hidung tinggi
buah mulut
bulat hati
harga diri
26. Baju itu ialah __________ daripada lawatannya ke Jepun.
buah mulut
buah fikiran
buah tangan
buah hati
27. Budak yang __________ itu cepat memahami apa-apa yang diajarkan.
panjang akal
ringan tulang
tajam akal
otak udang
28. Kamal meminta ____________ daripada pemandu teksi yang melanggar keretanya.
bekas tangan
ganti rugi
duit kopi
sagu hati
29. “Saya sudah ___________ untuk tidak menghadiri majlis itu,” kata Milah.
bulat kata
ada hati
bulat fikiran
kata putus
30. Dia menjadikan kawannya sebagai ____________ untuk mendapatkan kenaikan pangkat.
batu loncatan
jalan belakang
batu api
orang tengah
