Font size
WorksheetsULANG KAJI TATABAHASA (3) TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Kerajaan berhasrat menubuhkan sebuah __________________ khas bagi mengkaji punca-punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
jawatan kuasa
suruhanjaya
pesuruhjaya
jawatankuasa
Mangsa yang cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Sungai Buloh itu dihantar ke _____________________________________.
Hospital Klang
Hospital Shah Alam
Hospital Besar Kuala Lumpur
Hospital Besar Sungai Buloh
Betulkan kesalahan imbuhan awalan bagi ayat di bawah.
SMK Tanjung Arau dipilih menjadi urus setia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri yang akan dilangsung pada hujung bulan April.
(a)
Penjual kain yang ____________ itu berjaya memujuk beberapa orang pelanggan untuk membeli kain jualannya.
habis akal
anak emas
manis mulut
pilih kasih
Susun semula perkataan yang diberi untuk membentuk ayat mengikut pola ayat inti yang diberi.
(FN + FS)
[anyaman] [buluh] [daripada] [itu] [rumah tradisional] [dinding]
Daripada anyaman buluh dinding rumah tradisional itu.
Itu rumah tradisional dinding daripada anyaman buluh.
Dinding rumah tradisional itu daripada anyaman buluh.
Dinding anyaman buluh daripada rumah tradisional itu.
Cikgu Zakiah menasihati murid-muridnya agar tidak menggunakan ___________________________ semasa menulis karangan kerana akan menjejaskan markah.
bahasa baku
bahasa rasmi
bahasa basahan
bahasa pengantar
Beta amat ________________ untuk melawat negara China demi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara negara Malaysia dengan negara tersebut.
berkenan
bersetuju
bersyukur
berbahagia
Beberapa ekor itik berjalan ______________________ di tengah laman menuju ke belakang rumah.
terkedek-kedek
perlahan-lahan
terkial-kial
terhincut-hincut
____________ sedang menyampaikan ceramah tentang kesan gejala buli.
tuan inspektor s.marhan
Tuan Inspektor s.marhan
tuan inspektor S.Marhan
Tuan Inspektor S.Marhan
Betulkan kesalahan imbuhan bagi ayat di bawah.
Kedua-dua mesin cetak di pejabat itu tidak dapat digunakan kerana katrij baharu belum tiba lagi.
(a)
Warna __________________ pada Jalur Gemilang melambangkan Raja Berpelembagaan yang diamalkan oleh negara Malaysia.
kuning
putih
biru
merah
______________, pandai sungguh Tijah melaram!
Aduh
Syabas
Amboi
Aduhai
Betulkan kesalahan imbuhan bagi ayat di bawah.
Ceramah ekonomi yang disampaikan oleh tokoh ekonomi itu telah menimbulkan banyak kemusykilan dalam kalangan perserta forum.
(a)
Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berawalan teR-?
Bapa terbeli mempelam muda.
Abang terpaut gadis kampung itu.
Adik tersepak batu semasa sedang berjalan ke padang.
Lelaki itu kerap termenung akhir-akhir ini.
Beberapa orang pemimpin dari negara-negara Asia akan menyertai mesyuarat meja _____________ yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
petak
leper
bundar
bulat
"___________ dipertikaikan lagi keputusan yang dibuat oleh Mak Teh itu," kata Pak Roslan kepada Adli.
Sila
Usah
Harap
Tolong
Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap?
I: Mereka sedang bermesyuarat di dewan sekolah.
II: Bas pelancong itu menuju ke selatan tanah air.
III: Banyak kanak-kanak telah terkorban dalam peperangan.
IV: Pendatang tanpa izin telah lama bermastautin di situ.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
__________________________ Malaysia telah mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil.
Atlet negara-negara
Atlet-atlet negara
Para atlet-atlet negara
Atlet negara-atlet negara
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Anggota penyelamat yang mempunyai kepakaran masing-masing telah dihantar ke tempat kejadian.
II. Pasukan penyelamat telah berangkat ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa tragedi tersebut.
III. Antara misi-misi menyelamat yang telah disertai oleh MERCY ialah misi memberikan bantuan kepada mangsa bencana tsunami.
IV. Banyak kutipan-kutipan daripada orang ramai telah disalurkan kepada mangsa tanah runtuh.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Ibu bertanya kepada saya kalau-kalau saya terjumpa buku resepinya.
II. Samuel menolak tepat-tepat cadangan untuk menaikkan harga sewa rumah.
III. Ramai budak suka bermain kejar-kejar di taman permainan pada waktu petang.
IV. Sup sayur yang dimasak oleh ibu sedap dimakan baharu-baharu.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
