wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM PEMAHAMAN : PENANDA WACANA

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak.

a)

Justeru

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

2.

Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Haziq.

a)

lagipun

b)

mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

3.

Nur Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. _______ dia sakit gigi.

a)

Lagipun

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

4.

Lapan orang peserta menarik diri._______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.

a)

Jadi

b)

Justeru

c)

Mungkin

d)

Sebaliknya

5.

Dato' Muiz menyampaikan ucapan. ________, beliau merasmikan laman web syarikat itu.

a)

Namun

b)

Meskipun

c)

Mungkin

d)

Seterusnya

6.

Afiq belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang _______ tarikh tutup semakin hampir.

a)

justeru

b)

lagipun

c)

namun

d)

walhal

7.

_____ membeli kereta, memiliki basikal _______ dia tidak mampu.

a)

Baik....pun

b)

Jangankan.....pun

c)

Walaupun ...... bahkan

d)

Walaupun ...... namun

8.

Hajar kelihatan mengantuk lagi. ________ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.

a)

Kemudian

b)

Namun

c)

Mungkin

d)

Selain itu

9.

Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. _________ sukat air secukupnya.

a)

Namun

b)

Oleh itu

c)

Kemudian

d)

Dengan demikian

10.

Izzah seorang murid yang rajin dan berdisiplin. _______ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.

a)

Selain itu

b)

Oleh sebab itu

c)

Namun demikian

d)

Biapun demikian

11.

Cikgu Sapura selalu memarahi murid-muridnya. _________, murid-muridnya menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.

a)

Selain itu

b)

Namun begitu

c)

Oleh sebab itu

d)

Lebih-lebih lagi

12.

Sejak kecil lagi Pak Samad memang gerun ke laut, ________ pada usianya yang semakin lanjut ini.

a)

walaupun begitu

b)

namun demikian

c)

lebih-lebih lagi

d)

selepas itu

13.

Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. _________ , program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.

a)

Selain itu

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Walaupun demikian

d)

Oleh sebab itu

14.

Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _______, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang.

a)

Namun demikian

b)

Selepas itu

c)

Oleh itu

d)

Justeru

15.

Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya. _________, diberi nasihat.

a)

Mungkin

b)

Selepas itu

c)

Selain itu

d)

Lebih-lebih lagi

16.

Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah. _________ , kami bercadang akan berkelah di Tanjung Bidara.

a)

Selain itu

b)

Biarpun demikian

c)

Namun demikian

d)

Lebih-lebih lagi

17.

Kehidupan Mak Leha diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. _________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anak-anaknya.

a)

Biarpun demikian

b)

Oleh itu

c)

Mungkin

d)

Lebih-lebih lagi

18.

Simpan semua buku sekarang, _______ kita akan mengadakan kuiz teka silang kata.

a)

selanjutnya

b)

akan tetapi

c)

kemudian

d)

namun begitu

19.

Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.

a)

Selepas itu

b)

Namun begitu

c)

Oleh sebab itu

d)

Tambahan pula

20.

Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. _________ harga barang keperluan.

a)

Tambahan pula

b)

Oleh sebab itu

c)

Namun begitu

d)

Lebih-lebih lagi

21.

Hasil lukisan Azimah tidak pernah berjaya memenangi anugerah. ______ semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.

a)

Oleh itu

b)

Biarpun demikian

c)

Kalau begitu

d)

Lebih-lebih lagi

22.

Setelah tiga hari berturut-turut Fawwaz dan kawan-kawannya mendaki gunungg itu, ________ mereka sampai juga di puncaknya.

a)

akhirnya

b)

namun

c)

di samping itu

d)

oleh yang demikian

23.

Farhan seorang pemuda yang cacat. _______, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.

a)

Sungguhpun demikian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Oleh sebab itu

d)

Kalau begitu

24.

Basikal Aleeya terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. _________ , dia juga terlanggar sebatang pokok.

a)

Biarpun demikian

b)

Dalam pada itu

c)

Kalau begitu

d)

Oleh itu

25.

Tok Mat tidak dapat melihat dengan jelas. _______ apabila tulisan itu kecil.

a)

Tambahan pula

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Oleh sebab itu

d)

Mungkin

26.

Sumaiyyah berlatih siang dan malam. __________, dia berharap dapat memenangi pertandingan syarahan itu.

a)

Justeru

b)

Kemudian

c)

Oleh sebab itu

d)

Dengan demikian

27.

Iffah tidak pernah melupai jasa ibu bapanya. ___________, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa mereka.

a)

Sungguhpun demikian

b)

Seterusnya

c)

Oleh itu

d)

Lagipun

28.

Najwa gagal lagi dalam permohonan biasiswa. ______, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di luar negara.

a)

Dengan demikian

b)

Justeru

c)

Selepas itu

d)

Kalau begitu

29.

Encik Idris tegas dan tidak suka bercakap banyak. ________, dia sabar melayan kerenah anak-anaknya.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Sebelum itu

c)

Seterusnya

d)

Oleh itu

30.

Nampaknya masalah yang kamu hadapi telah dapat diselesaikan. __________, tidak perlulah saya membantu.

a)

Walaupun demikian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Kalau begitu

d)

Dengan itu