wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S3 Q7

Total questions: 25

Worksheet time: 1hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)


Penyataan di atas merujuk

a)

Kerjasama antara negara Eropah dengan Malaysia

b)

Barangan yang dijual bebas daripada halangan tarif

c)

Rancangan Malaysia untuk meningkatkan penjualan bahan mentah

d)

Langkah untuk menggembleng semua usaha ke arah pembentukan pasaran

2.

Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Zon Bebas dari Senjata Nuklear (SEANWFZ)?

a)

Memiliki, meletak atau menggunakan senjata nuklear

b)

Negara kuasa besar tidak boleh menceroboh kedaulatan negara ASEAN

c)

Menggunakan negara ASEAN sebagai pusat pengujian senjata nuklear

d)

Kerjasama negara ASEAN dapat dikukuhkan tanpa campur tangan kuasa luar

3.

Kerajaan Malaysia telah merangka hubungan luar supaya dapat menjalin

a)

Hubungan erat dengan negara jiran

b)

Hubungan untuk mengeratkan perdagangan

c)

Hubungan peningkatan pakatan ujian nuklear

d)

Hubungan dengan negara luar tanpa menghiraukan ideologi

4.

Dialog Selatan-Selatan


Matlamat kesatuan di atas adalah untuk

a)

Menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa

b)

Membentuk Skim Keutamaan Perdagangan Global

c)

Memberi peluang persaingan perniagaan antarabangsa

d)

Membentuk kerjasama negara Selatan dari segi ekonomi

5.

Yang manakah negara yang menjadi tumpuan Malaysia bersama tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi pengaman?

a)

Myanmar

b)

Pakistan

c)

Timor-Leste

d)

Bosnia-Herzegovina

6.

· Membangunankan Negara Dunia Ketiga yang miskin.

· Meningkatkan kerjasama ekonomi negara dunia ketiga.

· Membantu menyelesaikan masalah pasaran.


Penyataan di atas merujuk

a)

Kumpulan G-15

b)

Dialog Utara-Selatan

c)

Deklarasi Langkawi

d)

Suruhanjaya Selatan-Selatan

7.

Yang manakah merupakan peranan Malaysia dalam Perundingan Ekonomi Asia Timur?

a)

Menyatukan negara Asia Tenggara untuk kerjasama import-eksport

b)

Menyatukan negara ASEAN memajukan industri kecil dan sederhana

c)

Menyatukan negara Eropah dan Asia Timur untuk kerjasama teknikal ekonomi

d)

Menyatukan negara Asia Timur dengan negara Asia Pasifik sebagai penyatu ekonomi

8.

Yang manakah antara perkara berikut yang mengubah dasar luar Malaysia?

a)

Penghapusan Dasar Aparteid

b)

Kejatuhan Iraq ke tangan Amerika

c)

Hubungan damai Negara-Negara Eropah

d)

Perkembangan hubungan diplomatik antara negara ASEAN

9.

Deklarasi Putrajaya


Objektif penyataan di atas ialah

a)

Menjaga keamanan negara ASEAN

b)

Memperkukuhkan kedudukan wanita

c)

Mengatasi masalah pencemaran alam

d)

Menjalankan pembangunan Putrajaya

10.

Yang manakah bertepatan dengan matlamat Deklarasi Kuala Lumpur?

a)

Menggesa ahli IAACA membantu memerangi rasuah

b)

Merangka langkah untuk membantu penduduk di Myanmar

c)

Membantu mangsa Rohinya yang ditindas di negara mereka

d)

Melaksanakan pembaharuan kempen pencegahan rasuah secara efektif

11.

Yang manakah antara operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang Malaysia sertai selepas Congo

a)

Angola, Iran dan Iraq

b)

Vietnam, Filipina dan Thailand

c)

Afrika Selatan, Peru dan Mexico

d)

Namibia, Somalia dan Bosnia Herzegovina

12.

Yang manakah merupakan matlamat Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)?

a)

Meningkatkan ekonomi negara dunia

b)

Menggalakkan hubungan dengan negara blok timur

c)

Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama

d)

Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika

13.

Yang manakah menunjukkan matlamat utama Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)?

a)

Memajukan ekonomi negara ASEAN

b)

Menghormati kedaulatan dan wilayah Islam

c)

Membantu dan menyokong masyarakat Palestin yang ditindas

d)

Mengelak campur tangan negara bukan Islam di Iraq dan Kuwait

14.

Antara yang berikut , yang manakah diambilkira oleh Malaysia dalam menentukan dasar luarnya?

a)

Keutamaan hubungan baik dengan Negara-negara Asia Tenggara

b)

Keuntungan ekonomi yang diperolehi daripada Negara-negara Utara

c)

Pengekalan hubungan baik dengan Negara-negara anggota Komanwel

d)

Pegangan ideologi sesebuah Negara seperti fahaman Maxisme atau sosialis

15.

Yang manakah bentuk kerjasama yang menggambarkan dasar luar Malaysia yang pro-Barat sebelum tahun 1970?

a)

Wujud Persatuan Asia Tenggara (ASA)

b)

Wujudnya pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)

c)

Wujudnya Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaysia (AMDA)

d)

Wujudnya Kawasan Bebas daripada Senjata Nuklear di Asia Tenggara (SEANWFZ)

16.

Yang manakah penyataan yang menggambarkan “dasar luar yang aktif dan berkesan mewujudkan keuntungan yang besar kepada negara”?

a)

Pertambahan bilangan pelajar China di institusi pengajian tinggi Malaysia

b)

Kejayaan dalam misi penghantaran angkasawan Malaysia

c)

Pembelian kapal selam Scorpene

d)

Kemasukan pelabur asing

17.

Yang manakah menggambarkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang liberal?

a)

Menjalinkan hubungan negara-negara Arab

b)

Menjalin hubungan dengan negara Kesatuan Eropah

c)

Menjalin hubungan dengan negara di Benua Afrika

d)

Menjalin hubungan dengan negara China dan Rusia

18.

Yang manakah usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kesepakatan ekonomi serantau?

a)

Pelaksanaan Skim Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT)

b)

Forum Kerjasama Serantau (ARF)

c)

Zon Ekonomi Eksklusif

d)

ASEAN + 3

19.

Antara yang berikut, yang manakah bidang yang menjadi tumpuan kerjasama Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN?

a)

Pentadbiran

b)

Pelancongan

c)

Infrastruktur

d)

Pelabuhan

20.

Pilih penyataan yang benar tentang Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

a)

ASEAN merupakan kesepakatan serantau berkaitan dengan politik, ekonomi, dan sosiobudaya

b)

ASEAN merupakan saluran utama bagi meningkatkan kualiti keselamatan dan kemajuan negara- negara anggota

c)

ASEAN ditubuhkan bagi memperkukuhkan keselamatan serantau dan menyaingi kekuatan kuasa-kuasa besar dunia

d)

ASEAN ialah sebuah badan kerjasama serantau di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang pertama diwujudkan

21.

Yang manakah merupakan matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Memikirkan kepentingan sosial antarabangsa

b)

Memelihara hak asasi manusia tanpa mengira kaum dan agama

c)

Mewujudkan hubungan baik dengan Negara yang merdeka

d)

Memberi kerjasama antara Negara dunia dari segi ekonomi , sosial , kebudayaan dan politik

22.

⚫ Mengekalkan keamanan dunia

⚫ Menghentikan pencerobohan terhadap negara lain


Yang manakah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melaksanakan fungsi di atas?

a)

Majlis Amanah

b)

Majlis Keselamatan

c)

Mahkamah Pengadilan Antarabangsa

d)

Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu

23.

Malaysia banyak menyertai misi keamanan Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dengan menghantar tentera di bawah panji PBB. Yang manakah menjelaskan penglibatan Malaysia?

a)

Sebagai usaha melobi jawatan di agensi PBB

b)

Sebagai memenuhi tuntutan keanggotaan dalam PBB

c)

Sebagai menyokong usaha menegakkan keamanan dunia

d)

Sebagai usaha meningkatkan pengalaman dan keupayaan tentera Malaysia

24.

Yang manakah yang memperlihatkan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Menjadi pengerusi Majlis Perhimpunan Agung

b)

Menyertai semua misi pengaman PBB

c)

Menjadi wakil khas PBB ke Myanmar

d)

Menjadi pentadbir sementara di Timor Leste

25.

Yang manakah faktor penting yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia pada zaman Tunku Abdul Rahman?

a)

Peningkatan pengaruh komunis

b)

Hubungan dengan negara China

c)

Konfrontasi Malaysia-Indonesia

d)

Kepentingan negara-negara membangun