wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kerajaan islam dan sumbangannya

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura. Apakah kebaikan sistem tersebut?

a)

Menjamin kesinambungan pemerintahan

b)

Meneruskan tradisi masyarakat Arab

c)

Mendapat sokongan orang bukan Arab

d)

Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

2.

Perpecahan umat islam berlaku pada peringkat awal selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Mengapakah perpecahan tersebut berlaku ?

a)

Campurtangan kuasa luar

b)

Perebutan jawatan pemerintah

c)

Kemunculan golongan murtad

d)

Kewujudan perang saudara

3.

Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?

a)

Mengambil tindakan ketenteraan

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Menghantar bayaran ufti setiap tahun

d)

Menandatangani perjanjian persahabatan

4.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam?


- khalid al walid

- usamah bin zaid

a)

Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu

b)

Menjadi panglima angkatan tentera

c)

Mengembangkan pengajaran Al-Quran

d)

Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi

5.

Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pemerintahan negara?

a)

Menyediakan pakaian seragam tentera

b)

Membentuk tentera sukarela

c)

Memperkukuh tentera laut

d)

Memperkenalkan gaji untuk tentera

6.

Golongan mawali adalah orang Islam yang bukan berketurunan Arab. Mengapakah golongan tersebut menentang kerajaan Bani Umaiyah?

a)

Kemudahan perniagaan terhad

b)

Dikenakan kadar cukai yang tinggi

c)

Hasutan daripada masyarakat Yahudi

d)

Dipaksa menganggotai pasukan tentera

7.

Mengapakah Khalifah Umar bin al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Gabenor semasa pemerintahan beliau?

a)

Mempergiat usaha penyebaran agama Islam

b)

Memperkukuh perpaduan penduduk

c)

Memperluaskan kawasan pemerintahan

d)

Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah

8.

Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan?

a)

Mewujudkan peraturan yang tegas

b)

Memberikan gaji setiap bulan

c)

Melantik pegawai risikan

d)

Membuat pemantauan

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembinaan sistem pengairan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

 Empamgan Abu Musa di Basrah

 Terusan Amirul Mukminin di Mesir

Mengapakah sistem pengairan tersebut dibina?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelakkan banjir berlaku

c)

Mempertingkatkan hasil pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

10.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?

a)

Semangat jihad dipupuk

b)

Armada laut diperkukuhkan

c)

Perjanjian dengan pemimpin tempatan

d)

Perkahwinan politik digalakkan

11.

Sistem wazarah telah diperkenalkan oleh kerajan Bani Umaiyah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Urus setia menguruskan rekod kewangan

b)

Wazir dilantik mengetuai pentadbiran

c)

Pelbagai jabatan kerajaan ditubuhkan

d)

Ulama dilantik menjadi pentadbir

12.

Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk

a)

mengawal keselamatan khalifah

b)

mengumpul rekod baitulmal

c)

mengurus pelantikan wazir

d)

mengukuhkan pertahanan laut

13.

Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Penetapan peraturan di istana

b)

Halangan mengkritik pemerintah

c)

Pemeriksaan untuk menemui khalifah

d)

Kebebasan bersuara dihadkan

14.

Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan beberapa bahagian dalam pentadbiran. Apakah bahagian tersebut?


I Cukai

II Bahasa

III Perdagangan

IV Kehakiman

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

15.

Kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia berjaya memajukan pertaniannya


Antara berikut yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?


I pembinaan sistem saliran

II penggunaan baja kimia

III perekaan peralatan pertanian

IV penghasilan benih berkualiti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Apakah sumbangan kedua-dua kota berikut kepada tamadun dunia ?


 Cordova

 Baghdad

a)

Pusat kesenian

b)

Pusat perdagangan

c)

Pusat kegiatan perindustrian

d)

Pusat ilmu pengetahuan

17.

Mengapakah Cordova dianggap penting kepada dunia Islam dan Eropah pada abad ke10 M?


I pusat kebudayaan

II pusat pengajian tinggi

III pusat penterjemahan

IV pusat perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibn al-Nafis.


Ibn al- Nafis ( 1210 -1288 ) adalah seorang doktor Arab yang banyak menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan dan sains pada abad ke-13. Beliau juga terlibat dalam perundangan, politik dan kajian anatomi. Sumber : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18481505

a)

Menulis ensiklopedia undang-undang

b)

Membuka pusat pengajian akademik

c)

embetulkan teori peredaran darah

d)

Menubuhkan hospital pesakit kusta

19.

Bagaimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah?

a)

Pemilihan dilakukan oleh ulama

b)

Mengamalkan sistem pewarisan

c)

Melalui perundingan Majlis Syura

d)

Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu

20.

Zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun. Apakah faktor kegemilangan tersebut?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Kekuatan tentera laut

c)

Pencapaian intelektual

d)

Perkembangan industri

21.

Senarai berikut adalah tokoh pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah. Apakah persamaan sumbangan tokoh tersebut terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah?


 Orhan I

 Murad I

 Mehmed II

a)

Menguatkuasakan Kanun Sulaiman

b)

Merintis kegiatan penterjemahan kitab

c)

Memajukan industri memproses kulit

d)

Memperluas wilayah islam

22.

Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?

a)

Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu

b)

Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan

c)

Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah

d)

Menjamin kemuliaan keturunan

23.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang pendidikan?


I memperkenalkan sistem madrasah

II menubuhkan akademi pelayaran

III menubuhkan institut pertanian

IV membina kolej perubatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?

a)

Seni teater

b)

Seni arca

c)

Seni bina

d)

Seni tari

25.

Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?

a)

Menerapkan cara hidup Islam

b)

Menyertai pasukan tentera khas

c)

Menggalakkan perkembangan ilmu

d)

Menjadi pembayar cukai tambahan

26.

Tokoh ilmuwan Islam yang manakah telah memberikan sumbangan dalam bidang matematik?

a)

Ibn Jarih

b)

Al-Khawarizmi

c)

Wasil bin Ata

d)

Malik bin al-Harith

27.

Apakah sumbangan Ibn Battuta yang menjadi rujukan sehingga kini?

a)

Merancang strategi peperangan

b)

Mengasas teori matematik

c)

Memperkenalkan ilmu perubatan

d)

Mencatat fakta pengembaraan dengan tepat