Worksheetsbahasa Melayu pt3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali....
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bumi sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa
Rezeki ayah hanya sedikit pada hari ini kerana hujan lebat. Ayah meminta anak-anaknya berkongsi sama rata rezeki tersebut.
Peribahasa ini digambarkan..........
rumah sudah siap pahat masih berbunyi
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
biduk lalu kiambang bertaut
hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
Kamil kurang disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia suka membesarkan perkara yang kecil.
Peribahasa ini digambarkan.............
seperti rusa masuk kampung
seperti rumput di tepi jalan
menanam tebu di tepi bibir
laksana katak, sedikt hujan banyak bermain
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di
kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Angah mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya,
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.
rangkap
perenggan
patah
baris
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Pemandu bas itu dipersalahkan kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.
Pilih perkataan antonim bagi dipersalahkan
dipersoalkan
dipertikaikan
diperbetulkan
diperdebatkan
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.
dihempap
dihempas
ditindih
dihimpit
