NEW
Font size
WorksheetsPRAKTIS TATABAHASA PT3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Saya akan __________ dengan jurulatih pada petang nanti.
bermuka
berjumpa
berdamping
bertembung
Rahmat berjaya ____________ pesaingnya dan menang dalam pertandingan itu.
memukul
memarahi
menewaskan
menumbangkan
Zaitun dan keluarganya __________ neneknya pada hari raya.
melihat
menziarahi
menjemput
menyambut
Mak Cik Safiah sedang _____________ kain.
menenun
mencucuk
membuat
membelah
Penerokaan hutan __________ kepupusan flora dan fauna.
tersebab
bersebab
disebabkan
menyebabkan
Ayah __________ sebuah basikal kepada adik pada hari lahirnya.
berhadiah
dihadiahkan
menghadiahi
menghadiahkan
RTM dan TV3 akan ____________ siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia pada pukul 8.00 malam nanti.
menonton
menyiarkan
melaporkan
memberitahu
Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syafiq berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.
pendidikan
pengajaran
perguruan
pengajian
Para pelajar boleh bertemu dengan kaunselor sekolah pada ____________ masa.
bila
apa-apa
bila-bila
mana-mana
Adik __________ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan pasu antik milik ibu.
menyusur
menyusup
menusuk
menyusul
Suasana malam di pantai peranginan yang dihiasi cahaya bulan purnama begitu __________ dan mengasyikkan.
sayu
ceria
syahdu
harmoni
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Beliau merupakan pengetua baru di sekolah itu.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Guru sedang mengajar di dalam kelas.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Dalam perjalanan pulang dari bermain, Aizad tersepak akar kayu lalu jatuh .............
tersembam
terpelanting
tercampak
terguling
Setibanya di rumah, Rasyidah mendapati barang di dalam biliknya .......................... kerana rumahnya digeledah pencuri.
bertindih-tindih
bertimbun-timbun
berlonggok-longgok
berserak-serak
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.
Walaupun Munawir tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan
A. tergolong
B. terkecil
C. sehebat
D. Tiada kesalahan
Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
dari tahun ke setahun
daripada tahun ke tahun
daripada setahun ke setahun
dari setahun ke setahun
Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi air ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan.
mengisi air dalam
mengisikan air di dalam
mengisikan air ke dalam
mengisi air ke dalam
Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh KECUALI
seperti itik pulang petang
seperti belut pulang ke lumpur
tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua
berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.
I. Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.
II. Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.
III. Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.
IV. Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
i, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
