Font size
WorksheetsLATIHAN BAHAGIAN AKIDAH
Total questions: 70
Worksheet time: 35mins
Orang yang berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur
Apakah gelaran bagi orang yang mengamalkan sifat di atas ?
Musyrik
Murtad
Munafik
Fasik
# Iman yang tidak mantap
# Terdapat tempat pemujaan
# Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya
Perkara di atas merujuk kepada faktor perbuatan .....
sihir
syirik
riddah
khurafat
Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai syarat-syarat taubat?
Menginsafi balasan Allah SWT
Berazam tidak akan mengulanginya lagi
Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
Berhenti melakukan maksiat dengan segera
"Melakukan persetubuhan haram di antara lelaki dengan perempuan yang tidak mempunyai ikatan yang sah".
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian _____
liwat
zina
qazaf
musahaqah
* Menyekutukan Allah SWT pada zat-Nya
* Mempercayai sesuatu selain daripada Allah SWT
* Menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan _______
sihir
kufur
khurafat
syirik
Berikut adalah pengharaman riba kecuali ...
mengingkari sifat dendam dan benci-membenci antara satu sama lain
menjaga keturunan zuriat manusia
mengelakkan penindasan terhadap golongan miskin
membanteras manusia yang bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri
i -Kadar jenayah meningkat
ii -Mengganggu ketenteraman hidup
iii-Negara tidak stabil
Pernyataan di atas mengenai kesan perbuatan _______
mencuri
menipu
memfitnah
mengumpat
Perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib untuk memudaratkan manusia ialah ...
khurafat
syirik
sihir
nifak
Di antara contoh syirik jali ialah ...
tidak mengakui balasan di akhirat
menyembah bulan, bintang atau matahari
riak
membuang ancak bagi menghalau hantu
Harta anak yatim ialah harta yang diperolehi melalui perkara berikut kecuali ...
hibah
wasiat
pusaka
zakat
Berikut merupakan hikmah bertaubat bagi individu kecuali
diampunkan segala dosanya
memperoleh ketenangan jiwa
mengembalikan hubungan silaturrahim
termasuk dalam golonan ahli syurga
Pilih pernyataan yang benar mengenai kesan perbuatan riddah.
putus hubungan kekeluargaan dengan keluarga Islam
haram menerima harta pusaka dari waris beragama Islam
tidak boleh menziarahi keluarga yang beragama Islam
harus dikebumikan di tanah perkuburan Islam
Mengapakah AllahSWT mengenakan hukuman yang berat kepada orang yang merompak?
i -Pengajaran kepada masyarakat
ii -Meruntuhkan institusi kekeluargaan
iii -Menghilangkan kepercayaan masyarakat
iv -Pengajaran kepada orang yang melakukannya
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
Hukuman yang dikenakan ke atas pencuri ialah
disebat
dipotong tangan
dibuang negeri
dipotong tangan dan kaki secara bersilang
Antara yang berikut manakah bukan ciri-ciri mukmin yang bertambah iman?
mengasihi sesama manusia kerana Allah SWT
mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RAsul-Nya
mengerjakan ibadah-ibadah sunat
melazimi berzikir kepada Allah dan berfikir tentang kebesaran-Nya
Pilih jawapan yang tepat mengenai prinsip Ahli Sunnah Waljamaah.
mengharuskan perkahwinan muta'ah
berpegang dengan prinsip salafussoleh
berpegang teguh dengan hagis dhaif
menghukum walaupun tanpa bukti yang sahih
Di antara berikut yang manakah merujuk kepada dosa kecil
melawan cakap ibu bapa
menipu dalam peperiksaan
mendedahkan aib rakan
melihat aurat bukan mahram
Berikut merupakan faktor masih terdapat segelintir umat Islam yang minum arak, kecuali
ilmu terlalu cetek
harganya yang murah
sombong dengan kemewahan
penguatkuasaan undang-undang tidak tegas
# Al-Quran mempunyai makna zahir dan batin
# Hanya difahami oleh imam mereka sahaja
Pernyataan di atas merujuk kepada pandangan ...
Ahli Sunnah Waljamaah
Syiah Imamiah
Syiah Batiniah
Khawarij
@ Berpuasa 19 hari sahaja dalam bulan Ramadan
@ Menunaikan solat sebanyak sembilan rakaat tiga kali sehari
Pernyataan di atas merujuk kepada golongan ...
Qadyani
Taslim
Syiah
Bahai
Berikut adalah ciri-ciri pegangan Khawarij kecuali ...
beriktikad pelaku dosa besar adalah kafir
beriktikad pelaku dosa besar di antara keimanan dan kekufuran
membataskan sumber syariat hanya kepada Al-Quran sahaja
mengkafirkan serta menghalalkan darah umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka
Antara berikut manakah benar tentang qadak dan kadar menurut pandangan Ahli Sunnah Waljamaah?
I -Semua perkara sama ada baik atau buruk ditentukan oleh Allah
II -Perbuatan manusia dilakukan oleh manusia dan bukan Allah SWT
III-Semua yang berlaku di alam ini terjadi dengan kebijaksanaan Allah SWT
IV-Allah SWT yang berkuasa mengatur segala yang terjadi di alam ini
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
* Beriktikad bahawa alam bersifat qadim
* Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fikli
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri kesesatan ajaran .....
Qadiani
Bahai
Syiah
Taslim
Orang yang tidak taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil ialah pengertian ...
'asi
munafik
musyrik
fasik
Pilih ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai
Mendakwa pengasasnya mempunyai sejuta mukjizat
Beriktikad alam ini bersifat qadim
Beriktikad pengasasnya adalah jelmaan Allah
Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah
Antara berikut manakah pegangan Syiah Imamiah?
Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli Bait
Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak
Membataskan sumber syariat hanya kepada Al-Quran
Menganggap pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
Hukum penggunaan dadah sebagai campuran ubat-ubatan untuk menyelamatkan nyawa manusia adaalah ...
sunat
harus
makruh
haram
Ahli Sunnah Waljamaah berpendapat, iman seseorang itu
tidak berubah
sentiasa berkurang
sentiasa bertambah
bertambah dan berkurang
Perbuatan yang manakah yang boleh menyebabkan akidah orang mukmin terpesong?
mengagumi diri sendiri
menziarahi tempat ajaran sesat
memohon hajat di kubur keramat
melawat rumah ibadat agama lain
Orang yang berakal dan baligh yang melanggar hukum Allah SWT digelar
'asi
kafir
murtad
munafik
Golongan kafir yang menjadi musuh Islam secara terang-terangan digelar
kafir harbi
kafir zimmi
kafir hakiki
kafir murtad
* Menyatakan berpuasa Ramadan melemahkan ekonomi
* Menyatakan solat fardu merugikan masa
* Tidak mengakui balasan akhirat.
Pernyataan di atas merujuk kepada:....
kufur hakikat
kufur nikmat
syirik jali
syirik khafi
Encik Ali seorang ahli perniagaan yang terkenal dan sering menggunakan harta kekayaannya untuk berhibur di tempat-tempat maksiat.
Contoh perbuatan kufur nikmat dalam situasi di atas ialah....
menyembah patung berhala
menyatakan Nabi Isa a.s. sebagai anak Tuhan
mengagumi diri sendiri
suka melakukan pembaziran
Kepercayaan dan amalan karut bertentangan dengan konsep tauhid serta syariat Islam.
Pernyataan di atas menerangkan tentang
kufur
khurafat
sihir
syirik
Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai kesan buruk ajaran sesat terhadap individu?
Akidah rosak
Minda tertutup
Perpaduan tergugat
Kehidupan tidak stabil
Yang berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat, kecuali ...
mendewakan pemimpin
mencemarkan kesucian al-Quran
menerima hukum yang disepakati ulama
mengubah prinsip-prinsip asas Islam
Siapakah pengasas ajaran Bahai?
Haji Muhammad bin Shafie.
Mirza Ghulam Ahmad
Husin Ali al-Mazandarani
Zaid bin Ali Zainal Abidin
Antara berikut manakah kesan buruk mengamalkan ajaran sesat kepada individu?
Berlaku keganasan
Keruntuhan institusi keluarga
Hubungan silaturrahim tergugat
Minda tertutup
Yang berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat, KECUALI
mengubah bentuk-bentuk ibadat
terlalu mendewa-dewakan pemimpin
mencemarkan kesucian al-Quran dan hadis
tidak menolak hadis mutawir,cuma tidak mengamalkannya.
Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai?
Menganggap Arce di Palestin sebagai kiblat baru
Mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut hawa nafsu.
Beriktikad bahawa alam ini bersifat kekal
Memansuhkan agama Islam
Menolak kewujudan hari kiamat,syurga,dan neraka adalah ciri kesesatan ajaran....
Bahai
Taslim
Qadiani
Syiah
Siapakah yang membawa ajaran sesat Bahai ke Malaysia?
Yan Kee Leong
Chi Peng
Ayah Pin
Tuhan Harun
Berikut adalah ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani kecuali
mendakwa ada Nabi dan rasul selepas Rasulullah SAW
menghapuskan jihad
menghukum kafir selain penganut Qadiani
percaya alam ini bersifat qadim
Iman boleh terbatal melalui...
Percaya bahawa Allah pencipta alam ini
Menyatakan Al-Quran sesuai diamalkan sepanjang zaman
Mempercayai hanya ubat boleh menyembuhkan penyakit
Menyembah Allah S. W. T tanpa menyekutukanNya dengan yang lain
Orang yang mengamalkan syirik digelar
Muafik
Munafik
Mursyid
Musyrik
Antara berikut yang manakah benar tentang kufur hakikat?
Menyalahgunakan nikmat Allah ke jalan maksiat
Tidak bersyukur dengan nikmat Allah
Menyatakan solat fardu merugikan masa
Mengabaikan tuntutan zakat
Antara berikut merupakan kesan kufur nikmat kecuali
Terbatal iman seseorang
Rosak akhlak masyarakat
Terputus silaturrahim antara masyarakat
Mencemarkan maruah diri
Asiah memaklumkan kepada Asma bahawa dia mempercayai kitab bible yg dibacanya. Pernyataan ini merujuk kepada perbuatan murtad melalui
Iktikad
Perkataan
Perbuatan
Tingkahlaku
Seseorang yang mempercayai hukum Islam tetapi tidak mahu mengamalkannya dinamakan
Fasik
Fasad
Fiddin
Firqah
Kepercayaan karut yang dianggap ada kaitan dengan agama Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam. Pernyataan ini merujuk kepada
Nifak
Khurafat
Syirik
Kufur
Taubat perlu disegerakan supaya
diri tidak dipenuhi oleh dosa
mudah diterima oleh Allah SWT
hati tidak tertutup untuk bertaubat
sempat bertaubat sebelum meninggal dunia
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang hikmah taubat
memberi ketenangan hati
mendapat keampunan Allah SWT
yakin diri tidak mempunyai dosa lagi
cara mendekatkan diri kepada Allah SWT
Nazmi enggan menunaikan puasa bulan Ramadan kerana menganggap memenatkan dan sia-sia.
kufur hakikat
kufur nikmat
khurafat
riddah
Pilih pernyataan yang tepat mengenai kesan perbuatan
riddah.
Menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam.
Menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman.
Menyebabkan hubungan suami isteri terbatal.
Menyekat akal berfikir secara logik.
Antara yang berikut yang manakah contoh riddah melalui perbuatan?
Meyakini agama lain lebih baik daripada agama Islam.
Menyatakan niat untuk meninggalkan agama Islam.
Mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.
Menganut agama lain selain agama Islam.
Antara berikut manakah padanan yang betul antara istilah dan ciri-cirinya?
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Berikut adalah pegangan Khawarij , kecuali
pelaku dosa besar adalah kafir
beriktikad bahawa alam ini bersifat kekal
menerima Al-Quran sahaja sebagai sumber hukum
mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat islam yang berbeza iktikad dengan mereka
Berikut adalah ciri-ciri fasik, kecuali
sering mencuri
minum arak dan menagih dadah
menyekutukan Allah dengan sesuatu
selalu meninggalkan solat dengan sengaja
Iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang. Ini adalah pendapat mazhab
khawarij
syiah
muktazillah
Ahli Sunnah Waljamaah
Kumpulan yang berpegang kepada al-Quran,Sunnah Rasulullah SAW dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menolak perkara bid'ah
Ahli sunnah Waljamaah
Syiah Zaidiyah
Syiah Imamiyah
Murtad
Berikut adalah prinsip Ahli Sunnah Waljamaah,KECUALI
AL-Quran bukan makhluk
pelaku dosa tetap mukmin tetapi fasik
pelaku dosa adalah kafir
iman boleh bertambah dan berkurang
Semua yang berikut ialah golongan yang imannya boleh bertambah dan berkurang kecuali
mukmin
ahlu bait
nabi dan rasul
al-salafus soleh
Kesan kemanisan iman yang dicapai oleh seseorang dapat dinikmati apabila_____________
gemar ke masjid
suka menolong orang lain
sentiasa membaca al-Quran
rasa lazat beribadah kepada Allah SWT
Iman mempunyai lebih 70 cabang. Cabang yang paling afdhal ialah
lailaahaillallah
alhamdulillah
subhanallah
astaghfirullahal'azim
Maksud kemanisan iman ialah
i gembira melakukan ibadat
ii sentiasa mengingati mati dan hari pembalasan
iii sanggup menaggung kepayahan demi keredhaan Allah
iv mengutamakan Allah SWT dan Rasul daripada perkara dunia
i dan iii
i dan iv
i, ii dan iv
i, iii dan iv
Golongan yang bercita-cita menjadikan Saidina Ali sebagai Khalifah Rasulullah ...
Khawarij
Syiah
Bahai
Ahli Sunnah Waljamaah
Siapakah golongan Khawarij?
Penyokong Saidina Ali yang menyokong Muawiyah
Penyokong Saidina AIi yang menentang Muawiyah tetapi menerima Majlis Tahkim
Penyokong Saidina Ali yang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim
"Mengharuskan nikah mut'ah".
Pernyataan di atas merujuk kepada pegangan ...
Syiah Imamiah
Syiah Zaidiah
Syiah Batiniah
Maksud bid'ah ialah .....
menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran
melakukan dosa berterusan
perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
perkara karut yang dengan konsep tauhid
