wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

form 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai gelombang melintang

a)

Panjang gelombang bagi gelombang melintang adalah melebihi panjang gelombang bagi gelombang membujur

b)

Arah getaran zarah medium berserenjang dengan arah perambatan gelombang

c)

Halaju gelombang melintang sama dengan halaju cahaya

d)

Bunyi adalah sejenis gelombang melintang

2.

Perbezaan di antara suatu gelombang melintang dan suatu gelombang membujur ialah dari segi

a)

halaju

b)

tempoh

c)

amplitud

d)

arah getaran zarah medium dengan arah rambatan gelombang

3.

Rajah menunjukkan dua situasi sebiji bola terapung dan bergerak di atas permukaan air.Arah pergerakan bola adalah

a)

selari dengan arah perambatan gelombang

b)

berserenjang dengan arah perambatan gelombang

c)

sama arah dengan arah perambatan gelombang

d)

bertentangan dengan arah perambatan gelombang

4.

Rajah menunjukkan seketul batu dijatuhkan ke dalam sebuah kolam yang tenang. Gelombang yang terhasil bergerak keluar sebagai bulatan yang mengembang bermula dari tengah tempat gangguan.Pernyataan manakah yang betul berkenaan pergerakan zarah-zarah dalam air semasa perambatan gelombang?

a)

Bergerak keluar dalam bulatan

b)

Bergetar secara mendatar

c)

Bergetar secara menegak

d)

Bergerak secara menegak dan mendatar

5.

Rajah menunjukkan dua gambar berturut-turut sebuah pembesar suara dengan sebatang lilin menyala di hadapannya. Pemerhatian pada nyalaan lilin menunjukkan bahawa gelombang bunyi adalah

a)

gelombang melintang

b)

gelombang berkutub

c)

gelombang membujur

d)

gelombang elektromagnet

6.

Rajah menunjukkan keratan rentas gelombang air.Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai gelombang air?

a)

T dan U mempunyai fasa yang sama

b)

Tenaga gelombang dipindahkan dari kedudukan S ke U

c)

Panjang gelombang adalah jarak antara S dan U

d)

Zarah di U berayun pada arah selari dengan arah perambatan gelombang

7.

Rajah menunjukkan satu siri mampatan dan regangan molekul udara bagi gelombang bunyi yang terhasil apabila gendang dipalu.Pernyataaan manakah yang betul untuk ciri gelombang bunyi?

a)

Gelombang bunyi boleh merambat melalui vakum

b)

Gelombang bunyi memindahkan tenaga semasa perambatannya

c)

Zarah-zarah udara bergetar dalam arah yang berserenjang dengan arah perambatan gelombang bunyi

d)

Panjang gelombang bunyi adalah sama dengan jarak antara mampatan dan regangan

8.

Suatu sistem ayunan mengalami pelembapan disebabkan terdapatnya

a)

gerakan linear

b)

gerakan membulat

c)

daya geseran

d)

daya impuls

9.

Suatu sistem berayun pada frekuensi aslinya tanpa mengalami pelembapan. Apakah yang terjadi kepada jumlah tenaga sistem ayunan tersebut?

a)

tidak berubah

b)

menjadi sifar

c)

berkurang

d)

bertambah

10.

Apabila amplitud berkurang , maka ______________ berkurang

a)

tempoh

b)

frekuensi

c)

tenaga

d)

bilangan ayunan

11.

Apabila fenomena pelembapan berlaku, yang manakah antara berikut adalah benar?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Rajah menunjukkan sebuah buaian bermotor untuk kanak-kanak.Ayunan buaian ini adalah

a)

ayunan asli

b)

ayunan paksa

c)

ayunan linear

d)

ayunan pelembapan

13.

Antara kuantiti fizik berikut yang manakah menjadi maksimum apabila resonans berlaku?

a)

frekuensi

b)

tempoh

c)

amplitud

d)

pecutan

14.

Satu spring berayun pada frekuensi asli 50 Hz. Resonans berlaku apabila frekuensi getaran spring itu adalah

a)

0 Hz

b)

25 Hz

c)

50 Hz

d)

100 Hz

15.

Rajah menunjukkan lima bandul yang digantung pada satu benang MN. Bandul P disesarkan ke sisi dan dilepaskan supaya berayun.Bandul yang manakah akan mempunyai amplitud ayunan paling tinggi.?

a)

Bandul W

b)

Bandul X

c)

Bandul Y

d)

Bandul Z

16.

Rajah menunjukkan satu tali bunyi yang bergetar dipegang dan dibiarkan bergetar di atas tiub R.Apabila ketinggian turus udara dilaraskan pada nilai tertentu , bunyi yang kuat kedengaran. Ini adalah disebabkan

a)

amplitud getran turus udara sama dengan amplitud getaran tala bunyi

b)

frekuensi getran turus udara sama dengan frekuensi getaran tala bunyi

c)

panjang turus uadar sama dengan panjang tala bunyi

d)

jisim turus uadar sama dengan jisim tala bunyi

17.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menunjukkan fenomena resonans tetapi resonans tidak berlaku.Untuk memperbaiki eksperimen ini langkah berikut pelu dilakukan.

a)

Ayunkan bandul pemandu dengan laju maksimum

b)

Ayunkan bandul pemandu dengan amplitud maksimum

c)

Menggantikan rod besi dengan tali

d)

Menggantikan pemberat dengan apit-G

18.

Rajah menunjukkan dua tala bunyi yang serupa, X dan Y, yang diletakkan bersebelahan. Tala bunyi X dipukul supaya bergetar. Tala bunyi Y kemudiannya didapati turut bergetar. Kesan ini dikenali sebagai

a)

mampatan

b)

pelembapan

c)

renggangan

d)

resonans

19.

Antara fenomena berikut yang manakah tidak disebabkan oleh resonans?

a)

Getaran kuat mesin basuh pada suatu kelajuan putaran tertentu

b)

Litar penalaan dalam set TV dan radio berfungsi mencari frekuensi stesen yang anda pilih

c)

Alat-alat muzik menghasilkan bunyi dengan memberi ayunan paksa pada udara di dalam tiub

d)

Penyerap hentakan di dalam kereta menyebabkan ayunan menjadi lemah selepas kereta melalui jalanraya yang tidak rata.

20.

Antara peralatan memasak berikut yang manakah berkerja berdasarkan konsep resonans?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

Suatu tempat di mana gelombang bunyi tidak dapat merambat melaluinya adalah

a)

melalui sebiji belon yang berisi hidrogen

b)

antara dua orang penyelam di dasar laut

c)

antara dua orang angkasawan yang terpisah pada jarak 10 m di permukaan Bulan

d)

dari dalam sebuah bilik ke suatu mikrofon di luar bilik

22.

Rajah menunjukkan gelombang air merambat dari kawasan X ke kawasan Y.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Gelombang itu bergerak lebih laju di kawasan Y

b)

Laju gelombang itu adalah malar apabila bergerak dari kawasan X ke kawasan Y

c)

Gelombang itu mempunyai frekuensi lebih besar di kawasan X

d)

Gelombang itu mempunyai amplitud lebih tinggi di kawasan Y

23.

Rajah menunjukkan spektrum gelombang elektromagnet.

Apakah nama bagi gelombang elektromagnet J, K dan L ?

a)

J = Sinar X, K = Sinar Ultraungu, L = Cahaya nampak

b)

J = Sinar X, K = Cahaya nampak, L = Sinar Ultraungu

c)

J = Sinar Ultraungu, K = Cahaya nampak, L = Sinar X

d)

J = Sinar alfa, K = Sinar X, L = Sinar Ultraungu

24.

Rajah menunjukkan corak gelombang yang dihasilkan di dalam sebuah tangki riak dengan dasar condong oleh penggetar bulat di S.


Pernyataan manakah benar?

a)

Kawasan X adalah lebih dalam daripada kawasan Y

b)

Kawasan Y adalah lebih dalam daripada kawasan X

c)

Kedua-dua kawasan X dan Y mempunyai kedalaman yang seragam

d)

Laju gelombang di kawasan X adalah lebih besar daripada laju di kawasan Y

25.

Rajah menunjukkan gelombang air dibelau selepas melalui satu celah.


Tindakan manakah akan menghasilkan gelombang terbelau membulat?

a)

Tambah frekuensi gelombang

b)

Tambah kelajuan gelombang

c)

Kurangkan panjang gelombang

d)

Kurangkan saiz celah

26.

Rajah menunjukkan kedudukan bunyi kuat dan bunyi perlahan yang dihasilkan sepanjang garisan PQ apabila penjana isyarat audio dihidupkan.


Jarak antara bunyi kuat berturutan, X, akan bertambah jika

a)

M ditambah

b)

f ditambah

c)

λ dikurangkan

d)

b ditambah

27.

Fenomena yang berlaku apabila gelombang bunyi dipantulkan oleh suatu permukaan, dan kedengaran selepas bunyi yang asal dikenali sebagai

a)

gema

b)

bising

c)

gangguan

d)

interferens

28.

Pernyataan manakah bukan sifat gelombang elektromagnet ?

a)

Bergerak pada kelajuan cahaya

b)

Mematuhi persamaan gelombang, v = f λ

c)

Memerlukan medium untuk merambat

d)

Boleh mengalami interferens

29.

Rajah menunjukkan graf sesaran-masa bagi satu gelombang.


Berapakah frekuensi gelombang ?

a)

8.0 Hz

b)

4.0 Hz

c)

0.25 Hz

d)

0.125 Hz

30.

Rajah yang manakah menunjukkan contoh gelombang membujur ?

a)
b)
c)
d)
31.

Apakah nama fenomena ini ?

a)

pembiasan

b)

pantulan

c)

belauan

d)

interferens

32.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

33.

Halaju gelombang bunyi ialah 340 ms-1. Berapakah lebar lurah tersebut ?

a)

85 m

b)

170 m

c)

340 m

d)

680 m

34.

Garis-garis manakah menunjukkan garis nod ?

a)

Q dan S

b)

P dan R

c)

R dan T

d)

T dan Q

35.

Gelombang elektromagnet manakah digunakan oleh alat kawalan jauh itu ?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

36.

Gelombang dihasilkan apabila suatu sistem (a)   di dalam satu medium.

37.

Gelombang boleh memindahkan ___________ di antara dua titik melalui getaran tanpa memindahkan __________ di antara dua titik itu.

a)

jirim, tenaga

b)

tenaga, jirim

c)

jisim, haba

d)

haba, jisim

38.

Gelombang dikelaskan kepada dua jenis yang utama, iaitu

a)

gelombang progresif

b)

gelombang proaktif

c)

gelombang profasa

d)

gelombang pegun

39.

Gelombang progresif pula, boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu

a)

gelombang menegak

b)

gelombang melintang

c)

gelombang membujur

d)

gelombang melalu

40.

Gelombang air, gelombang cahaya, gelombang elektromagnet


di atas adalah contoh bagi gelombang

a)

melintang

b)

membujur

41.

Berikan satu contoh gelombang membujur

(a)  

42.

"Sesaran maksimum suatu zarah dari kedudukan asalnya."


Di atas adalah pernyataan bagi (a)   .

43.

"Masa yang diambil oleh suatu zarah untuk membuat satu ayunan lengkap."


Di atas adalah pernyataan bagi (a)   .

44.

"Bilangan ayunan lengkap yang dibuat dalam masa satu saat."


Di atas adalah pernyataan bagi (a)   .

45.

"Jarak di antara dua titik sefasa yang berturutan."


Di atas adalah pernyataan bagi (a)   .

46.

Apakah unit bagi frekuensi?

a)

Hz

b)

cms-1

c)

s-1

d)

fm

47.

"Frekuensi di mana suatu sistem ayunan biasanya berayun tanpa daya luar atau pelembapan."


Di atas adalah pernyataan bagi ________ .

a)

frekuensi nyata

b)

frekuensi maya

c)

frekuensi asli

d)

frekuensi mudah

48.

Pelembapan berlaku disebabkan oleh kehilangan ___________ di dalam sistem ayunan.

a)

jisim

b)

jirim

c)

kuasa

d)

tenaga

49.

Sistem ayunan yang mengalami pelembapan mempunyai ______________ yang beransur-ansur berkurang kepada sifar dengan frekuensi yang tidak berubah.

a)

amplitud

b)

panjang gelombang

c)

tempoh

d)

interferens

50.

"Sistem berayun pada frekuensi aslinya dengan amplitud maksimum."


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan (a)   .