wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS KSSM TING.2: 8.2 TEKANAN ATMOSFERA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Gambar rajah menunjukkan pam penyedut ditekan ke dinding yang licin. Pam itu melekat pada dinding apabila dilepaskan.Pam itu melekat pada dinding kerana

a)

tekanan atmosfera sama dengan tekanan di dalam pam

b)

tekanan atmosfera lebih rendah daripada tekanan di dalam pam

c)

tekanan atmosfera lebih tinggi daripada tekanan di dalam pam

2.

Antara situasi berikut, yang manakah hanya berlaku disebabkan oleh tekanan atmosfera?

a)
b)
c)
d)
3.

Rajah menunjukkan sebuah barometer ringkas. Perbezaan ketinggian bagi aras dua merkuri itu ialah h.Apakah yang akan berlaku kepada nilai h apabila merkuri ditambah ke dalam bekas?

a)

Bertambah

b)

Berkurang

c)

Tidak berubah

4.

Sebuah pam penyedut ditarik ke atas untuk mengeluarkan kekotoran di dalam sebatang paip sinki yang tersumbat.Rajah manakah yang betul untuk menunjukkan tekanan?

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan satu barometer merkuri.Perubahan manakah yang menambahkan ketinggian, h, merkuri itu?

a)

Tambahkan merkuri dalam bekas itu

b)

Letakkan barometer itu di tepi pantai

c)

Letakkan barometer itu di bawah paras laut

d)

Letakkan barometer itu ke puncak sebuah gunung

6.

Rajah menunjukkan seorang budak menyedut paket minuman kosong.Pernyataan manakah yang menerangkan situasi ini?

a)

Tekanan dalam paket minuman < tekanan atmosfera

b)

Tekanan dalam paket minuman > tekanan atmosfera

c)

Tekanan dalam paket minuman = tekanan atmosfera

7.

Instrumen manakah yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera?

a)

Hidrometer

b)

Tolok Bourdon

c)

Barometer

d)

Tolok skru mikrometer

8.

Rajah menunjukkan suatu barometer merkuri ringkas dengan suatu ruang udara terperangkap di dalam tiub.Tekanan udara terperangkap ialah 1 cm Hg. Apakah tekanan atmosfera ?

a)

72 cm Hg

b)

74 cm Hg

c)

75 cm Hg

d)

76 cm Hg

9.

Yang manakah beroperasi berdasarkan kesan tekanan atmosfera?

a)

Pam Angkat

b)

Brek hidraulik

c)

aerofoil

10.

Rajah menunjukkan sebuah barometer ringkas. Jika tekanan atmosfera ialah 76 cm Hg, hitungkan tekanan udara yang terperangkap dalam tiub kaca.

a)

11 cm Hg

b)

65 cm Hg

c)

76 cm Hg

d)

141 cm Hg

11.

Apakah unit S.I. bagi tekanan?

a)

Newton

b)

pascal

c)

kilogram

d)

joule

12.

Tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan Bumi dan semua jasad di Bumi dikenali sebagai

a)

Tekanan udara

b)

Graviti

c)

Tekanan atmosfera

d)

Daya

13.

Tekanan atmosfera menurun apabila altitud semakin meningkat. JIka pendaki mendaki gunung sehingga ke puncak, apa berlaku kepada tekanan atmosfera?

a)

Tekanan atmosfera menurun

b)

Tekanan atmosfera meningkat

c)

Tekanan atmosfera tidak berubah

14.

Mengapakah dinding empangan air direka bentuk lebih lebar pada bahagian dasar?

a)

Untuk mengatasi kesan tekanan air yang tinggi pada bahagian dasar empangan

b)

Untuk menampung air yang banyak dalam empangan

c)

Untuk mengatasi tekanan atmosfera yang tinggi pada dasar empangan

15.

Tekanan ditakrifkan sebagai

a)

Daya × SesaranDaya\ \times\ Sesaran

b)

DayaLuas Permukaan\frac{Daya}{Luas\ \ Permukaan}

c)

Daya × Luas PermukaanDaya\ \times\ Luas\ \ Permukaan

d)

DayaSesaran\frac{Daya}{Sesaran}

16.

Apakah yang akan dialami oleh penyelam itu jika dia menyelam semakin dalam ke dasar laut?

a)

Berat air laut yang bertindak pada badan penyelam itu bertambah (tekanan tinggi)

b)

Berat air laut yang bertindak pada badan penyelam itu berkurang (tekanan rendah)

c)

Penyelam akan kekurangan nafas

d)

Penyelam lebih senang nak timbul semula ke permukaan

17.

Tandakan pada aktiviti yang melibatkan tekanan atmosfera

a)

Menyedut udara ke dalam peparu

b)

Membuka pintu

c)

Menggantung gambar pada dinding menggunakan paku

d)

Minum air dengan penyedut minuman

18.

Maksud tekanan atmosfera adalah

a)

tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan bumi dan jasad di bumi

b)

tekanan yang dikenakan oleh bumi ke atas lapisan atmosfera

c)

tekanan yang dikenakan oleh udara ke atas permukaan bumi dan jasad di bumi

19.

Apakah yang berlaku kepada tekanan atmosfera apabila ketinggian dari aras laut berkurang?

a)

Tekanan atmosfera tidak berubah

b)

Tekanan atmosfera rendah

c)

Tekanan atmosfera tinggi

20.

Apabila pili dibuka, air yang keluar semakin berkurang dan akhirnya berhenti mengalir. Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menggunakan bekas kaca agar tekanan lebih tinggi dapat dikenakan ke atas air

b)

Menggunakan bekas air yang lebih besar

c)

Membuka penutup bekas

21.

Apakah perbandingan yang benar mengenai tekanan di titik A dan di titik B?

a)

Tekanan di titik A adalah sama dengan tekanan di titik B

b)

Tekanan di titik A adalah besar berbanding tekanan di titik B

c)

Tekanan di titik A adalah rendah berbanding tekanan di titik B

22.

Sebuah cawan plastik yang diisi dengan air ditelangkupkan di atas sekeping kadbod dan kemudian diterbalikkan seperti dalam rajah di bawah. Didapati air tidak tumpah dan kadbod tidak jatuh. Mengapah hal ini berlaku?

a)

kerana tekanan atmosfera yang tinggi di dalam cawan plastik menarik kadbod

b)

kerana tekanan atmosfera yang tinggi di keliling kadbord menarik cawan agar melekat pada kadbod.

c)

kerana tekanan atmosfera yang tinggi di bawah kadbod menolak kadbord agar melekat pada cawan.

23.

Rajah menunjukkan tin susu pekat dengan 2 lubang di tebuk bagi membolehkan susu mengalir dengan lebih mudah. Jelaskan tindakan ini.

a)

kerana tekanan udara dalam tin susu lebih tinggi berbanding luar tin

b)

kerana tekanan udara dalam tin susu lebih rendah berbanding luar tin

c)

kerana tekanan udara dalam tin susu adalah sama dengan luar tin.

24.

Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip tekanan udara?

a)

sifon

b)

penyedut minuman

c)

kipas

d)

pam sedut

25.
Rajah menunjukkan dua mangkuk getah pelocok berasingan ditekan bersama. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang menerangkan mengapa susah untuk memisahkan dua mangkuk getah yang melekat antara satu sama lain?
a)
Tekanan udara di dalam mangkuk getah lebih tinggi daripada tekanan atmosfera di luar
b)
tekanan udara di dalam mangkuk getahl lebih rendah daripada tekanan atmosfera di luar
c)
Udara meresap ke dalam ruang di antara mangkuk-mangkuk getah
d)
Udara di dalam mangkuk getah mengandungi banyak air