NEW
Font size
WorksheetsBM T5
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Marina berasa ................ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung.
berat hati
sampai hati
tawar hati
jauh hati
Lelaki itu ............. sebab perangainya tidak menentu dan sukar diramal.
ringan kepala
kepala angin
darah daging
kepala batu
"Kamu mestilah sanggup mempertahankan ................ daripada dijajah semula," kata datuk.
ibu ayam
ibu keladi
ibu pertiwi
ibu kandung
Warden ................ apabila ada murid-murid yang tidak menutup lampu pada pukul 11.00 malam.
naik darah
hisap darah
darah muda
darah tinggi
Untuk ...................., Rizal menghadiahkan sebuah televisyen kepada ayahnya.
sejuk hati
ambil hati
putih hati
hati-hati
Saya sungguh menyesal kerana telah meminjam wang daripada .......................
ikan darat
tekong darat
lintah darat
pacat darat
Perniagaannya ................. kesan kegawatan ekonomi.
harga mati
gulung tikar
mata duitan
rambang mata
Saya mahu bukti ................ sebelum kamu menggeledah rumah saya.
hitam putih
putih mata
putih hati
bendera putih
Jamal dapat mendengar ketukan pintu pada malam itu kerana pada ketika itu dia .....................
ajak-ajak ayam
tidur-tidur ayam
telinga kuali
telinga nipis
Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Aina yang terkenal sebagai ........................
mulut tempayan
kutu embun
kaki ayam
tangkai jering
Nazir sanggup ............... untuk membeli kereta idamannya.
banyak akal
buah mulut
hancur perut
ikat perut
Semua ahli yang hadir diminta memberi ................. masing-masing dalam mesyuarat yang diadakan.
buah hati
buah pena
buah mulut
buah fikiran
Pada setiap hari Ahad, Cikgu Ramli akan mengajar anak-anak penduduk kampung yang .......................
kaki ayam
busuk hati
buta huruf
mata duitan
Pihak Majlis Bandaran menahan warga asing yang berniaga di .................. bangunan itu.
kaki lima
kaki botol
kaki ayam
kaki bangku
Saiful membeli komik kegemarannya menggunakan ............ yang disimpan pada setiap hari.
ulat buku
titik peluh
wang saku
wang suap
