WorksheetsPantun Teka Teki
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Bayi comel anak lelaki,
Anak lelaki Tuan Sarjan;
Tiada kepala tiada kaki,
Berguna ketika panas dan hujan.
Ibu ayam masuk ke reban,
Anak ayam hendak keluar;
Cubalah teka apa jawapan,
Buah apa biji di luar.
Pergi ke hutan mencari keldai,
Pergi bersama anak Pak Harun;
Jika tuan bijak pandai,
Apa yang naik tidak turun-turun?
Komputer
Jagung
Umur
Kereta
Hatinya merindu cucu tersayang,
Hingga tak selera makan nasi;
Terbang tinggi bukan layang-layang,
Badan keras daripada besi.
Tengah malam terasa sunyi,
Hati merindu kepada kawan;
Boleh bersuara boleh menyanyi,
Bukannya manusia bukannya haiwan.
Anak Cina menjual lada,
Turugt dijual sidaun kari;
Bukan kuda sebarang kuda,
Kuda ini pandai menari.
Sahabat karib bernama Rosli,
Orangnya baik bersikap jujur;
Sukan ini lasak sekali,
Berebut bola berbentuk bujur.
Pergi ke kedai membeli beras,
Perut lapar belum bersarapan;
Berbentuk bulat dan keras,
Banyak data boleh disimpan.
Filem
Cakera Padat
CD
File
Pergi berkelah membawa bekal,
Makan bersama di tepi pantai;
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai???
Rambutan
Durian
Buah Melaka
Buah Mata Kucing
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi semakin ringan.
(a)
Setiap hari berjalan di pantai,
Sudah penat duduk di batu,
Kalau anda cerdik dan pandai,
Binatang apa tulangnya satu ?
Pekerjaan ini sangat mulia,
Merawat orang yang memerlukannya,
Serba putih warna pakaiannya
Ada sahaja nak dapatkan rawatannya.
Walaupun dibungkus bukanlah kiriman,
sudah takdir tuhan yang satu,
meskipun ditanam bukanlah tanaman,
cuba teka apakah itu?
Mayat
Rambut
Plastic
Surat
Pergi ke hutan mencari keldai,
Pergi bersama anak Pak Harun;
Jika tuan bijak pandai,
Apa yang naik tidak turun-turun?
Hingus
Jagung
Kereta
Umur
Ambil galah jolok nangka,
Nangka jatuh ke dalam tangki;
Cuba jawab cuba teka,
Binatang apa tidak berkaki.
Ketam
Cicak
Ular
Ulat Gonggook
