Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM (Unit 7 - 9)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Perikemanusiaan merujuk sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani. Berikut merupakan contoh perlakuan berperikemanusiaan kecuali

a)

Membantu orang yang memerlukan

b)

Mempunyai sikap empati dan simpati dengan jiran

c)

Melakukan penderaan kepada golongan gelandangan

d)

Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ikhlas

2.

Sikap berperikemanusiaan perlu ada pada setiap individu dalam menjalani kehidupan yang sesuai dengan norma masyarakat. Berikut merupakan kepentingan berperikemanusiaan.

a)

Keselamatan masyarakat terjejas

b)

Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang

c)

Persepakatan dalam masyarakat semakin luntur

d)

Melahirkan masyarakat yang huru-hara

3.

Apabila nilai kemanusiaan diabaikan, manusia terdorong untuk mengambil tindakan negatif. Antaranya ialah pegangan agama dan nilai moral dalam kehidupan menjadi ___________________.

a)

erat

b)

berkecai

c)

sistematik

d)

goyah

4.

Penderaan kanak-kanak merupakan salah satu isu yang sering terjadi pada masa kini. Ramalkan kesan sekiranya perlakuan berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak terhakis dalam masyarakat.

a)

Menimbulkan tekanan jiwa dan emosi kepada kanak-kanak yang didera.

b)

Menyebabkan pendera akan semakin seronok melakukan penderaan.

c)

Menjejaskan sumber pendapatan sesebuah keluarga.

d)

Mengurangkan beban kos kepada kerajaan.

5.

Sikap berperikemanusiaan bukan sahaja diamalkan terhadap manusia tetapi juga terhadap hidupan lain termasuklah haiwan. Apakah nilai yang boleh membentuk sikap berperikemanusiaan ini ?

a)

Kepercayaan kepada Tuhan, baik hati dan kasih sayang

b)

Kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan harga diri

c)

Bertanggungjawab, hormat dan kerajinan

d)

Hemah tinggi, kesederhaan dan patriotisme

6.

Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Hak ialah

a)

batasan yang diperoleh oleh individu dalam menguruskan harta.

b)

kesanggupan warganegara untuk melakukan tugas serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara.

c)

bersikap bertolak ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.

d)

kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan mengikut peraturan dan undang-undang negara.

7.

Berikut merupakan kepentingan tanggungjawab sebagai warganegara kecuali

a)

Melestarikan alam sekitar

b)

Membangunkan dan memartabatkan negara

c)

Merapatkan jurang antara kaum

d)

Mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara

8.

Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Ini merujuk kepada

a)

Perkara 8 Kesamarataan

b)

Perkara 5 Kebebasan diri

c)

Perkara 10 Kebebasan berucap

d)

Perkara 13 Hak terhadap harta

9.

Apakah kesan pengabaian hak terhadap masyarakat ?

a)

Hak asasi akan hilang

b)

Dipandang tinggi oleh dunia

c)

Kestabilan akan tergugat

d)

Mengancam keselamatan

10.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, batasan hak sebagai warganegara harus dipatuhi agar kesejahteraan rakyat kekal terjamin. Antara batasan hak tersebut termasuklah

a)

Boleh memasuki mana-mana kawasan yang dikenakan sekatan.

b)

Tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa sahaja dalam mendapatkan pendidikan.

c)

Bertanggungjawab membuat pengisytiharan harta dan membayar cukai.

d)

Mengadakan perhimpunan tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

11.

Perpaduan ialah penyatuan masyarakat yang membentuk satu ________________________ dan nilai bersama

a)

identiti nasional

b)

identiti istimewa

c)

identiti peribadi

d)

identiti eksklusif

12.

Berikut merupakan agensi kerajaan yang berperanan untuk memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia termasuklah

a)

Jabatan Tenaga Kerja

b)

Jabatan Pendaftaran Negara

c)

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

d)

Jabatan Pengangkutan Jalan

13.

Terdapat pelbagai cabaran dalam memupuk perpaduan. Cabaran tersebut tidak melibatkan perkara yang berikut.

a)

Penyebaran maklumat palsu dan negatif

b)

Pemahaman budaya dan agama yang tinggi

c)

Kurang menerima, menghormati dan mengurus

d)

Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah

14.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat dalam pemumpukan semangat bersatu padu di Malaysia. Antara peranan utama jabatan ini

a)

Mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan

b)

Menerima maklumat dan menyiasat konflik masyarakat

c)

Menyokong pertumbuhan pelancongan negara

d)

Meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap pembinaan negara bangsa

15.

Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua. Maksud nilai ini merujuk kepada nilai

a)

hormat

b)

baik hati

c)

kebebasan

d)

kerjasama