Font size
WorksheetsUJIAN PEKA TATABAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Berikut merupakan jenis Kata Tugas, KECUALI?
Kata Penyambung Ayat
Kata Praklausa
Kata Prafrasa
Kata Pascafrasa
Puan Andrea menyuruh anaknya mengutip barang-barang permainan yang ____________________ di ruang tamu.
berciciran
bertaburan
bertempiaran
berhamburan
Peribahasa berikut membawa maksud semangat kerjasama dan saling membantu dalam masyarakat, kecuali .
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bersatu teguh, bercerai roboh
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Biru, Berani, Kecil, Payau
Perkataan di atas merujuk kepada jenis kata?
Kata Nama
Kata Adjektif
Kata Sendi Nama
Kata Kerja
Kata Hubung Pancangan terbahagi kepada TIGA, iaitu...
Kata Hubung Pancangan Keterangan
Kata Hubung Pancangan Komplemen
Kata Hubung Pancangan Gabungan
Kata Hubungan Pancangan Relatif
"Ialah" dan "adalah" merupakan perkataan di bawah jenis kata...
Kata Sendi Nama
Kata Pemeri
Kata Bantu
Kata Penegas
Reka Bentuk, Kertas Kerja, Kapal Layar, Alat Tulis
Senarai perkataan di atas merupakan antara jenis kata...
Kata Tunggal
Simpulan Bahasa
Kata Majmuk
Kata Nama Khas
Shafiq menendang bola dengan kencang sekali.
Tukarkan Ayat Aktif di atas kepada Ayat Pasif.
(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor, (a) telah mengurniakan pingat kebesaran kepada rakyat yang telah berjasa.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Samad berbaring di atas sofa untuk melepaskan penatnya.
Pak Isa melepaskan beberapa genggam baja di tapak semaianpadinya.
Merry melepaskan senyuman manis kepada kawannya,Alia.
Dennis telah melepaskan bendera sebaik sahaja menjejakkan kaki di puncak gunung itu.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kereta api yang kami naiki tiba-tiba terkeluar dari landasan.
A. Keretapi yang kami naiki
B. Kereta api yang kami menaiki
C. Kereta api yang dinaiki oleh kami
D. Kereta api yang kami naiki
Jangan, Usah, Sila, Tolong, Jemput
Perkataan di atas merupakan jenis Kata...
Kata Seru
Kata Perintah
Kata Pembenar
Kata Pangkal Ayat
Berikut merupakan jenis kata di bawah Kata Praklausa, KECUALI?
Kata Penguat
Kata Tanya
Kata Seru
Kata Pembenar
_______________ merupakan kata yang digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu masa kini, masa hadapan dan masa lampau.
Kata Bantu Aspek
Kata Bantu Ragam
Kata Pangkal Ayat
Kata Penyambung Ayat
Satu, Seratus, Dua Juta, Empat Ribu
Berikut merupakan contoh bagi ......
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata Bilangan Pecahan
Kata Bilangan Tentu
Kata Bilangan Tingkat
Proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian yang tertentu
Penyataan di atas merupakan maksud bagi kata....
Kata Bilangan
Kata Majmuk
Kata Terbitan
Kata Ganda
Dato' Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi tersohor di Asia.
Ayat di atas menggunakan Pola Ayat ...
Frasa Nama + Frasa Kerja
Frasa Nama + Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Bersenam dapat menyihatkan badan
Ayat di atas merupakan contoh bagi binaan ayat frasa ....
Frasa Nama
Frasa Adjektif
Frasa Kerja
Frasa Sendi Nama
Tolong ambilkan buku saya itu.
Ayat di atas merupakan jenis Ayat Perintah .....
Permintaan
Suruhan
Silaan
Larangan
1. Pelancong itu dari Jepun.
2. Budak perempuan itu sungguh comel
Dua ayat di atas merujuk kepada Jenis Ayat ...
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Apabila ________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
terngiang
terkenang
terimbas
termangu
Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
huru-hara
kucar-kacir
riuh-rendah
kelam-kabut
Pokok yang tumbang itu telah __________ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.
menghempas
menghenyak
menghimpit
menghempap
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat di bawah.
“Kalau
awak ada masa lapang petang ini, datanglah
ke rumah saya di Taman Satria,” kata Aiman kepada Hafiz.
Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau Aiman ada masa lapang.
Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang, datanglah ke rumahnya di Taman Satria.
Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang itu jika dia ada masa lapang.
Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini jika dia kelapangan.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.
Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.
Walaupun dia seorang yang lemah dalam pelajaran tetapi berkat kesungguhannnya dalam mengulang kaji pelajaran,akhirnya dia memperoleh kejayaan yang cemerlang
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah ....
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
bagaimana acuan begitulah kuihnya
belum duduk sudah berlunjur
batu direbus manakan empuk
Peribahasa “lembu punya susu, sapi dapat nama” bermaksud
Orang yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan mendapat hasilnya.
Orang lain yang melahirkan anak, orang lain yang memberi nama.
Orang lain yang bekerja, orang lain yang mendapat pujian.
Seseorang yang membuat kesalahan, dia akan terasa.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
Gula-gula yang saya belikan
Gula-gula yang dibeli oleh saya
Semua gula-gula yang saya beli
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya
Puan Hamizah tepung gandum untuk membuat kuih kegemaran anaknya.
menguli
mengadun
menebar
melenyek
Rusairy dan Hakim gemar melepak di Al-Falah Restoran setiap hari.
Ayat di atas mempunyai kesalahan dari segi ...
Kesalahan Kata Nama Khas
Kesalahan Ayat Pasif
Kesalahan Hukum D-M
Kesalahan Hukum M-D
