Font size
WorksheetsSistem Bahasa 2
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Jemaah haji Malaysia telah ______ ke tanah suci Makkah dengan menaiki pesawat MAS.
terlepas
berlepas
dilepaskan
________ masalah pencemaran alam sekitar masih menyelubungi masyarakat kita sehingga kini?
Bagaimanakah
Di manakah
Mengapakah
Peribahasa 'seperti hujan jatuh ke pasir' sama maksudnya dengan peribahasa
seperti rumput di tepi jalan
seperti gunting dalam lipatan
bagai mencurah garam ke laut
Pilih ayat-ayat yang betul menggunakan perkataan 'kasar'.
Harimau jantan yang kelaparan itu menyerang mangsanya dengan kasar.
Keuntungan kasar Syarikat Bersatu belum mencapai sasaran yang ditetapkan,
Puan Syamimi tidak suka membeli baju kurung di butik tu kerana jahitannya kasar.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan ' menjulang' dengan betul.
Api yang menjulang itu dapat dilihat dari jauh.
Eamberson menjulang anaknya ke atas bahu sambil berjalan.
Pemain bola sepak itu berjaya menjulang bola hingga memasuki gol pihak lawan.
Abigail lebih suka menguruskan dan mengutamakan hal orang lain, sedangkan kepentingan keluarganya sendiri diabaikan. Sikapnya itu diibaratkan
orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus
kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan
Pilih ayat-ayat yang betul.
Bayi itu ditinggalkan di hospital kerana demam panas.
Banyak gajah telah dibunuh untuk mendapatkan gadingnya.
Pemain bola itu dilayangkan kad kuning kerana mengasari lawannya.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Irfan membaca majalah bila menunggu isterinya membeli barangan di kedai runcit.
Cara hidup Ferdinand sekarang lebih ke arah barat selepas hampir enam tahun tinggal di luar negara.
Hasrat Amber ingin menjuarai pertandingan pidato terkubur apabila dia tidak berjaya ke peringkat akhir.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Tikar yang dianyam oleh Elaize sangat cantik.
Berpuluh orang mengalami cirit-birit dan muntah selepas makan di gerai itu.
Kebanyakan tetamu yang hadir semasa hari jadi Goh Jia Le ialah rakan sekolahnya.
Aidel Zaquan berhasrat _______ bidang perubatan sekembalinya ke tanah air pada bulan hadapan.
menduduki
mendalami
menyelami
Matthew menjadi jurujual di sebuah pasar raya ______ menunggu keputusan peperiksaan SPM.
sambil
kerana
sementara
Karya sastera disampaikan dalam bentuk _________ yang dilengkapi dengan teks, grafik, dan audio.
multimedia
multilateral
multidimensi
Phoebe merujuki kamus untuk _______ bahan-bahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
terjemahan
menterjemah
menterjemahkan
Yong Fong Sheng _______ bertutur dalam bahasa Melayu dan tiada kedengaran pelat Cina ketika bercakap dalam bahasa Melayu.
fasih
mahir
pakar
Pelbagai jenis barang tinggalan sejarah ________ di Muzium Negara.
pameran
berpamer
dipamerkan
Malaysia kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang unik _________ pelbagai kaum.
dari
pada
daripada
Masyarakat Cina mempunyai__________ ketika membuat kuih bakul.
pantang larang
pantang makan
pantang mencabar
'Menuntut ilmu janganlah segan'
Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam baris pantun di atas ialah
repitisi
inversi
hiperbola
"_________ biarkan anak-anak anda ke taman permainan tanpa pengawasan daripada ibu bapa,"kata YB Devern dalam majlis itu.
Sila
Tolong
Usah
Shane dan Ritchie berlari _______ setelah terlempar sarang tebuan ketika bermain di taman permainan.
lalu-lalang
lintang-pukang
gopoh-gapah
