Font size
WorksheetsKUIZ "FINAL DESTINATION" T2
Total questions: 100
Worksheet time: 2hrs 40mins
Apakah kepentingan bertingkah laku baik?
di percayai dan diyakini oleh orang lain
membantu untuk membuat membuat keputusan yang betul dan tepat
hubungan dengan orang lain akan menjadi lebih mesra
Apakah maksud perlakuan baik?
tingkah laku yang jahil
tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
tingkah laku yang menjengkelkan
perlakuan yang memalukan diri
Apakah maksud perlakuan benar?
bercakap bohong
tingkah laku yang betul berdasarkan bukti dan akta atau eviden yang sah
membuat laporan palsu
memfitnah rakan sekelas
apakah maksud perlakuan patut?
tingkah laku yang sesuai dilakukan dan diterima oleh masyarakat
tingkah laku yang tidak sesuai dan tidak diterima oleh masyarakat
tingkah laku yang menyakitkan hati orang lain
tingkah laku yang menyebabkan perselisihan faham
kepentingan perlakuan baik, benar dan patut?
hubungan dengan orang lain menjadi lebih mesra
dipercayai dan diyakini oleh orang lain
membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat
menimbulkan kepercayaan orang lain kemudian mengkhianti mereka
Contoh perlakuan baik...
membantu ibu memasak
membantu rakan mencuri
meniru dalam peperiksaan
berkata buruk tentang rakan
moral berasal daripada bahasa Latin mores yang membawa maksud _________________.
tingkah laku baik, betul dan diterima
tingkah laku cermat dan berhati-hati
tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat
tingkah laku mengikut peraturan dan perasaan
Tingkah laku benar berasaskan__________ dan diterima oleh masyarakat.
cakap-cakap
khabar angin
fakta
anggapan
ranjeet singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ____________.
benar
baik
patut
sesuai
Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang ____________.
sahih
baik
benar
luhur
seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa ___________ dalam kehidupan.
sedih
ragu-ragu
gelisah
tenang
murid yang bertingkah laku baik akan ___________ oleh orang lain.
ditakuti
disenangi
dilindungi
dipulaukan
setiap individu perlu sentiasa ___________ kepada Tuhan agar menjadi orang yang baik.
berdoa
berserah
bergembira
bertenang
pilih tingkah laku bermoral.
berebut ketika menaiki bas
berbuat baik untuk dipuji
makan dengan gelojoh
bercakap dengan sopan
rakan anda ponteng kelas. Apakah tindakan yang patut anda ambil?
merahsiakan daripada guru
mengikutnya ponteng kelas
menasihatinya agar tidak ponteng
membiarkan tindakannya
kita dianggap tidak bercakap benar apabila kita ____________.
melaporkan salah laku rakan
melaporkan maklumat palsu
menjadi saksi salah laku orang lain
mendiamkan diri walaupun mengetahui salah laku rakan
Individu yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dia dilahirkan tidak sempurna ialah individu yang tidak ________________
bermoral
sombong
bersyukur
mementingkan diri
Kita harus mensyukuri kelebihan dan ___________________ diri anugerah Tuhan.
keaiban
kemiskinan
kekurangan
kesengsaraan
Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang pelajar?
hadir ke sekolah pada setiap hari
mengenali semua warga sekolah
menghormati guru yang sudah tua
belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh kejayaan
Perlakuan berikut menggambarkan nilai amanah, kecuali
berpegang teguh pada janji
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
bercakap benar dalam apa jua situasi
menyimpan barang yang dijumpai
Apakah yang dimaksudkan dengan perlakuan baik?
Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
Tingkah laku yang sesuai dilakukan dan diterima masyarakat
Tingkah laku yang betul dan berdasarkan fakta yang sahih
Antara yang berikut, manakah BUKAN tindakan bermoral?
Saling menghormati
Mematuhi peraturan
Bersopan santun
Melakukan vandalisme di tandas awam
Rakan anda mengajak anda merokok dan ponteng sekolah. Yang manakah tindakan bermoral yang patut anda lakukan?
Turut merokok bersama dengan rakan
Menolak ajakan rakan dengan baik
Bergosip tentang tabiat buruk rakan anda kepada rakan yang lain.
Berikut merupakan ciri insan bermoral kecuali...
Berfikiran rasional
Prihatin
Tidak peduli tentang orang lain
Berperikemanusiaan
Berdasarkan gambar tersebut, apakah nilai yang diamalkan?
Baik hati
Kejujuran
Kepercayaan kepada Tuhan
Hemah tinggi
Mengapa penting untuk kita menjadi insan yang bermoral?
Hidup menjadi lebih tenang dan sejahtera
Untuk menyenangkan hati orang lain
Berpura-pura baik
(a) memainkan peranan penting dalam membentuk insan bermoral.
Insan bermoral menjaga (a) dengan menjauhi gejala sosial.
Insan bermoral akan (a) oleh masyarakat.
Mengapa penting untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan?
Memupuk sikap saling menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat.
Hidup menjadi lebih tenang dan sejahtera
Menerima balasan baik daripada Tuhan
Apakah yang dimaksudkan dengan anggota keluarga?
insan yang paling penting dalam kehidupan kita.
insan yang sama agama dengan kita.
insan yang menyumbangkan bantuan kewangan kepada kita.
insan yang berlawan dalam kehidupan kita.
Berikut merupakan cara-cara menyayangi anggota keluarga,kecuali
mematuhi nasihat dan larangan keluarga.
memberikan hadiah atau kad ucapan
berkongsi masa suka sahaja
saling menghormayi
Apakah contoh etiket di rumah yang perlu diamalkan oleh anggota keluarga?
mengambil makanan secara berlebihan
nmembiarkan tetamu mengambil makanan sendiri tanpa berhidang
berbual bersama tetamu di meja makan dan bergurau senda secara keterlaluan
menerima nasihat dan berbahasa sopan ketika bertutur dengan anggota keluarga.
Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan dengan meraikan hari ____________ bagi anggota keluarga.
anugerah
istimewa
patriotisme
pekerja
"Trisya mengajak anggota keluarganya bercuti untuk meluangkan masa bersama."
Apakah nilai bermoral yang bersesuaian dengan situasi yang diberikan di atas?
baik hati
kasih sayang
patriotisme
rasional
Apakah kesan terhadap anggota keluarga jika nilai kasih sayang tidak diterapkan?
hidup dengan bahagia.
perpaduan keluarga terjamin
persefahaman antara anggota keluarga
tidak wujud sikap hormat-menghormati antara anggota keluarga.
Setiap anggota keluarga perlu berusaha untuk ......
mementingkan diri sendiri
menjaga nama baik keluarga
mengumpulkan harta diri sendiri sahaja
tidak melibatkan diri dalam membuat keputusan keluarga
Setiap anggota keluarga perlu berusaha untuk ......
mementingkan diri sendiri
menjaga nama baik keluarga
mengumpulkan harta diri sendiri sahaja
tidak melibatkan diri dalam membuat keputusan keluarga
Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia kecuali
hubungan mesra dan akrab.
saling bersaing dan mementingkan diri sendiri.
peka terhadap perasaan anggota keluarga yang lain.
saling hormat-menghormati antara anggota keluarga.
Berikut merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kehidupan harian , kecuali
masak bersama
aktiviti lasak bersendirian
menonton wayang bersama
melakukan kerja amal bersama
Apakah kesan terhadap anak-anak yang lahir daripada keluarga yang kurang mesra dan bahagia?
emosi anak-anak stabil
tahap pelajaran semakin merosot
menyayangi ahli keluarga melebihi sahabat.
menjadiakn ibu bapa sebagai tempat bergantung.
Apakah kepentingan kasih sayang terhadap keluarga?
I. Menjadi sumber inspirasi kejayaan
II. Melahirkan keluarga yang harmoni
III. Mewujudkan persaingan antara anggota keluarga
IV. Melahirkan individu yang pesimis.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Anggota keluarga yang mempunyai sikap yang baik akan
I. Menerima anggota keluarga dengan hati yang terbuka.
II. Berbangga dan sombong dengan kejayaan diri.
III. Membuat keputusan tanpa merujuk anggota keluarga lain.
IV. Berkomunikasi dengan baik sesama anggota keluarga.
I dan II
I dan Iv
II dan III
III dan IV
Terdapat 2 jenis keluarga, antaranya
keluarga asas
keluarga kembangan
keluarga induk
Antara cara menyayangi anggota keluarga ialah
memberi layanan sopan
patuh pada nasihat dan larangan anggota keluarga
sentiasa berada di rumah
kepentingan menyayangi anggota keluarga ialah
membina keluarga bahagia
memberi sokongan moral
berkongsi masa suka dan duka dengan keluarga
Meraikan hari (a) bersama anggota kelaurga
Aktiviti __________ dapat mewujudkan kasih sayang dalam keluarga.
membaca buku bersama
makan berasingan
bermain telefon bimbit
Apakah kepentingan terhadap anggota keluarga jika nilai kasih sayang diterapkan?
hidup dengan bahagia
persefahaman antara anggota keluarga
mendapat banyak harta
kurang beban tugas
Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.
Rasional
Berdikari
Hemah tinggi
Kesederhanaan
____________ memainkan peranan penting menjaga kesejahteraan dalam kalangan warga sekolah.
Polis
PIBG
Menteri
Parti politik
Penguatkuasaan ___________ perlu bagi memastikan murid-murid dapat belajar dalam situasi yang kondusif.
Dasar
Cukai
Peraturan
Keselamatan
Kita harus menjaga keselamatan kawasan kediaman supaya
keselamatan penduduk terjamin
menjadi daya tarikan pelancong asing
kebersihan dan kesihatan penduduk setempat terjamin
kemajuan sesuatu tempat kediaman semakin pesat
___________ memudahkan masyarakat membuat pelbagai urusan harian.
Pusat Latihan Pekerja
Pusat Kawalan Populasi
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Pusat Penyelidikan dan Kemahiran
Perlakuan ___________ merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang ramai.
berjudi
melepak
vandalisme
bekerjasama
____________ merupakan salah satu ancaman keselamatan kawasan kediaman yang makin membimbangkan.
Sukaneka
Pecah rumah
Lumba haram
Gotong royong
Kita perlu menghormati kemudahan khas yang disediakan kepada _______________ bagi memastikan mereka turut bersama-sama menikmati kemudahan yang disediakan.
warga asing
golongan miskin
golongan kanak-kanak
golongan kelainan upaya
Program __________ dapat menjaga keseimbangan alam sekitar.
3R
5R
6R
7R
_____________ merupakan tonggak utama negara pada masa hadapan.
remaja
warga emas
kanak-kanak
orang dewasa
___________ bermaksud peraturan tingkah laku yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sikap
Etiket
Gejala
Tabiat
Berikut menunjukkan amalan nilai berdikari kecuali
menyiapkan kerja sekolah tanpa disuruh oleh ibu bapa
memasak sendiri makanan yang ringkas apabila ibu tiada di rumah.
membeli alat tulis dari kedai buku sekolah dengan menggunakan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa.
mengambil wang dari bilik ibu bapa tanpa pengetahuan mereka untuk diberikan kepada peminta sedekah.
Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang usaha menjaga alam sekitar?
Penggunaan racun perosak dalam bidang pertanian dapat mengurangkan pencemaran tanah
Penggunaan petrol berplumbum dalam kenderaan dapat mengatasi pencemaran udara
Pembakaran sisa domestik secara terbuka merupakan cara berkesan untuk mengatasi pencemaran air.
Penanaman semula hutan yang telah dibersihkan membantu mengelakkan fenomena pemanasan bumi.
Tong _________ merupakan tong kitar semula untuk kertas.
Biru
Hijau
Hitam
Kuning
Maklumat berikut berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan remaja pada hari ini.
Apakah kesan yang mungkin timbul daripada gejala tersebut?
Penceraian
Vandalisme
Pembuangan bayi
Kemalangan jalan raya
Antara yang berikut yang manakah penyataan yang benar tentang rasuah?
Rasuah juga dikenali sebagai jenayah kolar biru
Rasuah tidak memberi kesan kepada imej sesebuah negara
Rasuah berpunca daripada sifat tamak
Rasuah hanya melibatkan penggunaan wang untuk memperoleh sesuatu manfaat
Sekiranya etiket di rumah diabaikan maka __________ dalam kehidupan keluarga akan terjejas.
kehormatan
keselamatan
kesengsaraan
keharmonian
Individu yang beretika akan menghindari ____________ hidup yang boleh menjejaskan kualiti hidup.
ketagihan
kebosanan
kemewahan
kebahagiaan
Orang yang ketagihan rokok cenderung mengalami
berat badan berlebihan
penyakit kencing manis
masalah sistem pernafasan
stress akibat beban hutang yang banyak
__________ ialah singkatan kepada Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu.
Salam
Unicef
Yayasan Chow Kit
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Antara yang berikut, yang manakah tanggungjawab jiran tetangga dalam menjamin keselamatan kawasan kediaman?
Mengawasi rumah jiran ketika mereka tiada di rumah
Menahan orang yang disyaki melakukan jenayah
Bergotong royong membersihkan taman permainan
Menganggotai Rukun Tetangga
Namakan rumah ibadat ini.
Gereja
Gudwara
Masjid
Tokong
Namakan rumah ibadat ini.
Tokong
Masjid
Kuil
Gereja
Namakan rumah ibadat ini.
Masjid
Gudwara
Gereja
Kuil
Namakan rumah ibadat ini.
Tokong
Kuil
Gudwara
Masjid
membakar colok ketika di tokong
bersembahyang di masjid
menanggalkan kasut sebelum masuk kedalam rumah ibadat
diam ketika upcara bacaan kitab bible
Devi membawa bunga malai untuk persembahan dewa. Apakah agama bagi Devi?
Hindu
Buddha
Islam
Kristian
zafri menunaikan solat 5 waktu sehari.
agama islam
agama hindu
agama kristian
agama sikh
Jarjit beragama _________. Rumah ibadatnya adalah di Gudwara.
islam
buddha
hindu
sikh
Penampilan diri yang menarik menjadikan diri bersikap positif dan dihormati oleh orang lain
betul
salah
Liza mempelawa datuk dan nenek yang datang dari kampung masuk ke dalam rumah
betul
salah
Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?
Mendapat maklumat yang sahih
Hubungan kekeluargaan renggang
Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara
Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian
Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?
Memujuk rakan anda
Mengajak rakan anda untuk bermain
Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya
Tidak menghiraukan rakan anda
Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?
Menasihati rakan supaya tidak meniru
Mendapatkan jawapan dari rakan anda
Senyap dan tidak mengambil tindakan
Maklumkan kepada guru yang bertugas
Apakah kepentingan menjadi Insan bermoral kepada alam?
Alam dicemarkan
Imej negara terpelihara
Hidup bermuafakat dan harmoni
Alam terpelihara
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?
Prihatin
Kecewa
Simpati
Rasional
Apakah kepentingan mempelajari Moral?
Menambah ilmu pengetahuan
Mengukuhkan pertahanan negara
Mempunyai nilai sejagat
Mengurangkan integriti
Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?
Makan semua makanan dengan sopan
Salam dengan semua orang
Memakai pakaian ikut keselesaan diri
Tidak menganggu majlis dengan membuat bising
Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?
Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap
Menggunakan tandas oku tersebut
Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang
Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama
Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?
Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain
Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan
Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang
Tidak buat apa-apa tindakan
Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?
Tahun Baharu Cina
Hari Wesak
Vaisakhi
Pesta Kaamatan
Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?
Hindu
Kadazan
Murut
Sikh
Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?
Kinorohingan
Nyenang
Hari menuai
Upacara Magavau
Apakah perasaan berterima kasih kepada tuhan?
Bersalam
Bersyukur
Bergembira
Sembayang
Mary sangat lemah dan kurang keyakinan diri dalam berbahasa Melayu. Apakah yang patut dilakukan oleh Mary untuk mengatasi kelemahan dirinya?
Menggunakan bahasa yang lain apabila bercakap
Menggelakkan diri daripada berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tidak berusaha
Membaca buku selain dari buku Bahasa Melayu
Banyak bertanya dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
Cara meminta pertolongan dari tuhan.
Bersyukur
Menangis
Berdoa
Berterima kasih
Bercakap dengan lemah lembut terhadap pelancong asing yang datang melancong ke Malaysia.
Betul
Salah
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti gejala sosial.
Betul
Salah
Mengutuk pekerja-pekerja asing yang datang mencari rezeki di negara kita.
Betul
Salah
Sentiasa bersikap peramah terhadap masyarakat yang tinggal di negara kita.
Betul
Salah
Berpakaian sopan dan tidak mencolok mata apabila menghadiri majlis yang melibatkan negara lain.
Betul
Salah
